clixsense

Sabtu, 16 Jun 2012

Penggunaan 'Dinar dan Dirham' Kelantan tiada keredhaan dan berdosa..

Majlis bersama Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih popular dengan panggilan Sheikh Kickdafella baru- baru ini memberi kesempatan kepada saya berkongsi pandangan beliau bersama khalayak umum tentang satu produk yang diperkatakan di Kelantan dan Malaysia sejak akhir- akhir ini, iaitu 'Dinar emas'. Walaupun Syed Azidi pernah menjadi ketua pemuda cawangan UMNO Taman Sri hartamas tetapi kerana pandangan politiknya pernah memihak kepada Anwar Ibrahim dan pengetahuannya dalam penyiaran telah memberi peluang kepada beliau untuk menjadi orang penting di belakang YB Exco Husam Musa dan berhubung rapat dengan kepimpinan PAS Kelantan atas peranannya sebagai Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).  
Syed Azidi yang pertama kali memijak kaki ke bangunan UMNO Kelantan selepas kali terakhir pada 1983 iaitu sewaktu menonton wayang gambar panggung Odeon di bangunan yang sama. Kehadiran blogger yang pernah menggemparkan negara dengan saranan kibar bendera negara secara terbalik pada 2008 ini bersama pengamal media pro BN adalah kena pada masanya dengan pergolakan terbaru dalam Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) iaitu anak syarikat PMBK yang menguruskan penggunaan Dinar dan Dirham.
Pembentangan tentang logam emas terutamanya 'Dinar' diterangkan secara mendalam tentang kebaikan dan keburukan penggunaannya tetapi. Antara alasan matawang 'Dinar' tidak boleh menggantikan wang kertas dan syiling yang ada pada hari ini adalah. 

* Hanya Bank Negara yang boleh menentukan nilai   dan matawang yang digunakan dalam negara.
* Emas adalah logam yang diniagakan secara aktif dan harganya berubah setiap minit. Ini akan menjadi masalah dalam menentukan tahap gaji dan bayaran sebenar untuk setiap pekerja atau penjawat jawatan kerana nilainya tidak sama dengan perjanjian antara majikan dan pekerja.
* Emas 24K akan menyusut timbangannya dalam 3 tahun, ini menyebabkan 'dinar' mesti dipunggut semula daripada rakyat untuk dilebur dalam waktu tersebut.
* Jika menggunakan emas 22K ia tidak lagi tulen dan masih perlu dilebur semula selepas 15 tahun kerana penyusutan nilainya.
* Kebiasaannya emas tidak dibenarkan dikeluarkan daripada pembungkusannya dan risiko harga rendah jika bungkusan plastik diusik atau resit belian hilang.
* Emas lebih senang ditiru dan sukar untuk ditentukan ketulenan isipadunya jika digunakan oleh orang awam secara berleluasa.

Menurut Syed Azidi lagi, penggunaan 'dinar' yang semakin dicuba oleh para peniaga sekitar Kota Bharu sebenarnya telah terperangkap dan keliru dengan segala mainan politik kerajaan PAS negeri, Kerajaan Kelantan yang mempunyai perancangan yang baik seperti koridor Depu, ladang Rakyat dan sebagainya adalah bertujuan baik tetapi akhirnya ia hanyalah slogan politik semata dan tak mampu direalisasikan malahan menjadi lubuk pendapatan yang hanya dirasai oleh pemimpin PAS sahaja dan rakyat hanya terbuai oleh slogan dan penampilan sahaja seperti juga projek 'dinar dan dirham' Kelantan.
KGT yang ditubuhkan adalah berpunca dari idea Tun Dr Mahadhir yang menyarankan perdagangan antara negara Islam dibuat dengan menggunakan emas telah membawa Umar Pasha Ibrahim Vadillo dari Sepanyol menduduki CEO Kelantan Golden Trade, Umar yang sering mencanang penggunaan 'dinar' diserata dunia berganding bahu dengan pengamal kewangan Islam Nik Mahani Mohamad yang berperanan sebagai Pengurus Executive. Umar Vadillo juga pada mulanya dipelawa untuk tinggal di Kelantan tetapi memilih berada di Kuala Lumpur dengan alasan kesukaran menyewa sebuah rumah yang ada 12 bilik untuk menempatkan anak dan beberapa orang isterinya. Penubuhan anak syarikat yang digambarkan untuk mempraktikkan amalan ekonomi Islam akhirnya menemui jalan sukar apabila Umar telah diragui niat dan personalitinya apabila nama Umar telah dibuat laporan polis oleh tiga individu antaranya seorang warga Jepun yang mendakwa Umar adalah seorang yang sesat, fasik dan menipu. Juga oleh Nik Mahani sendiri yang menyedari Umar telah menyalahgunakan kuasanya dan menggunakan wang syarikat dengan sesuka hati tanpa merujuk kepada Lembaga Pengarah KGT, kemelut ini menyebabkan Umar Vadillo dilucutkan jawatan dan Nik Mahani pula berpuas hati menjadi pengurus biasa yang tidak melibatkan kuasa penuh syarikat sementara Menteri Besar pula tidak mahu dikaitkan dirinya dalam masalah yang berlaku dalam KGT. Walaupun telah diketahui bahawa Umar Vadillo memberi masalah kepada KGT tetapi YB Husam Musa tidak mampu bebas dari pengaruhnya dan kebimbangan lain adalah dakwaan bahawa Umar Vadillo telah tiga kali mengadap Sultan Kelantan. 
Berdasarkan pengalaman dan kepakaran Nik Mahani Mohamad, beliau kini sudah menyedari kelemahan 'dinar' dan penggunaannya, Nik Mahani juga akan terus mendedahkan kepincangan dalam pengurusan 'dinar' dalam waktu terdekat terutama peranan Umar Vadillo yang pernah dibayar gaji RM15,000 sebulan dan mendapat persen setiap kali 'dinar dan dirham' Kelantan dikeluarkan.

Diakhir perbincangan tertutup bersama Sheikh Kickdafella, pengamal media pro BN difahamkan bahawa beliau mengakui kebaikan 'dinar' tetapi beliau tegaskan bahawa berdasarkan kelemahan dan sifat emas, dinar tidak sepatutnya dijadikan medium pertukaran harian dan jangka pendek tetapi beliau menyarankan agar "Skim Simpanan Dinar" yang lebih terjamin perlu difikrkan kerana beliau juga sependapat dengan Nik Mahani bahawa penggunaan 'dinar' tidak akan mendapat keredaan Allah sebaliknya akan menjadi satu dosa apabila digunakan secara meluas.
Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan hadis yang telah disempitkan tafsiran dan pemahamannya tentang kebaikan penggunaan emas yang mana zaman itu tidaklah sama dengan sistem yang digunakan sekarang, kita tidak boleh mengundur ke belakang hanya dengan alasan yang tidak dibuat kajian menyeluruh.


Sabtu, 2 Jun 2012

UMNO ada cara untuk kaum lain jadi Perdana Menteri

Apabila dirasakan pilahanraya umum hampir tiba, semua parti politik melipatganda kempen dalam meraih undi rakyat. Sama ada anda memihak kepada Barisan Nasional  atau Pakatan Rakyat, semua mesti akui bahawa gerakan kebelakangan ini lebih condong kepada menarik undi daripada melaksanakan tanggung jawab sebagai pemimpin yang dipilih dalam pilihanraya yang lalu.
Dan satu matlamat yang paling besar adalah untuk membentuk kerajaan di peringkat pusat. Satu pihak dengan lantang berikrar untuk pertahan PUTRAJAYA manakala satu lagi dengan angkuh mahu merebut pusat pentadbiran negara yang pernah ditempelak waktu pembinaannya dulu. 
Dalam keghairahan merebut pemerintahan, BN yang telah jelas barisan kabinet dan kerusi Perdana Menteri sebaliknya PR masih belum berani mengistiharkan wakil mereka untuk mengisi kabinet manakala untuk PM pula Anwar Ibrahim masih dipertikaikan oleh rakan pakatan mereka sendiri.. DAP mempunyai cita- cita untuk mencalonkan wakil mereka sekiranya berjaya menumbangkan BN dan menjadi parti yang terbesar menyumbang kemenangan, sementara PAS pula walaupun menyedari mereka sering lemah dan kurang dari segi kedudukan kerusi, mereka tetap berhasrat untuk menjadi PM dengan harapan mereka di beri peluang berasaskan kedudukan Melayu dan Islam yang diwakilinya nanti. Apa yang jelas sekiranya kerajaan dibentuk oleh mereka, rakyat akan merasai perbezaan yang besar yang sudah tentunya kedudukan Melayu dan Islam tidak menentu dan kaum lain pula akan lebih menguasai apa yang selama ini mereka terpaksa berkongsi dan toleransi dengan pihak lain.
Memperkatakan tentang peluang kaum lain menjadi PM sebenarnya peluang kaum lain tetap ada sekiranya mereka sanggup berkorban dan menjadi rakyat Malaysia yang sebenar sebagaimana kedudukan minoriti Jepun di Peru, Negro di US ataupun paling hampir adalah sebagaimana kaum Cina di Thailand.
Keangkuhan kaum Cina di malaysia adalah penghalang paling besar untuk mereka menjadi PM Malaysia dan itulah juga jerat Melayu yang paling pintar yang tuhan anugerahkan kepada pewaris Tanah Melayu, berkebetulan pula dengan ramainya kaum Cina yang masih kiasu dan rasis untuk berasimilasi dengan kaum dominen.
Tidak payah untuk memperkatakan perkara yang rumit dalam hal yang menghalang PM bagi kaum Cina juga India.. perkara paling asas adalah hapuskan semua sekolah pelbagai aliran iaitu SJKC/I, inilah sebenarnya yang jadi pemisah untuk kaum mereka bercampur dengan orang Melayu dan kesungguhan mereka memperjuangkan China Town juga Little India. Mereka tidak membuka mata bagaimana Abisit Vejajiva dan Chuan Leekpai dari bangsa Cina menjadi PM Thailand dan juga Alberto Fujimori pernah memenangi hati rakyat Peru, juga keupayaan Obama menjadi Presiden biarpun dia dikalangan kaum minoriti semuanya kerana kesanggupan mereka mengorbankan identiti asal.. mampukah kaum Cina khasnya mengorbankan identiti mereka di Malaysia.. sudah tentu masih jauh dan kerusi PM akan terus jadi milik melayu untuk waktu yang lebih lama.
Tetapi sekiranya orang Melayu ingin merasa gusar mereka boleh merasai perasaan itu hanya dengan parti UMNO yang telah bertapak dah kukuh di negeri Sabah.. satu - satunya negeri yang paling berjaya dalam hubungan kaum di Malaysia dan sekiranya kaum Cina tetap angkuh dengan SJKC mereka perlu malu sekiranya semua kaum memperjuangkan pelajaran bahasa kaum masing- masing maka akan lahirlah pelbagai jenis sekolah di Malaysia Timur. Peluang kaum lain menjadi PM hanya berlaku untuk kaum pelbagai dari Sabah sahaja selain daripada sebahagian kecil masyarakat Siam yang menubuhkan cawangan UMNO. Ini kerana penglibatan mereka bersama UMNO, itulah cara yang halal walaupun mereka dari kaum dan agama bukan Islam itupun jika adanya tokoh yang boleh mempengaruhi seluruh perwakilan UMNO Kebangsaan, walaupun dikatakan sukar tetapi jalannya sudah dirintis..