clixsense

Khamis, 22 November 2012

PAS... JANGAN LARI.

Muktamar ke 58 Parti Islam Semalaysia (PAS) 16- 18 November 2012 telah pun berlalu, muktamar yang berlangsung di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) itu dilihat pendirian sebenar pemimpin PAS masa kini. Muktamar tahun ini begitu ketara pendiriannya berbanding tahun- tahun sebelumnya. Sejak PAS tidak lagi mewar- warkan secara berani tentang matlamat negara Islam yang dari asalnya menjadi teras penubuhan parti tersebut, kecelaruan dan arah tuju parti itu sudah semakin ketara. Kita akui akar- umbi penyokong PAS masih beranggapan parti mereka masih konsistem dengan matlamat negara Islam, kita hormat dan simpati kepada mereka yang setia bersama PAS, semoga mereka tetap setia dan mempunyai hasrat yang tinggi untuk kembali membawa PAS ke landasan asal. Apa yang sukar diterima adalah bagaimana pemimpin seperti Haji Hadi, Nik Aziz, Tuan Ibrahim  Tuan Man dan barisan ulama boleh terpengaruh dengan cita- cita Pakatan Rakyat yang mendahulukan PUTRAJAYA dalam perjuangan mereka. Memang benar setiap parti politik inginkan kemenangan dan memerintah tetapi PAS telah menjadi batu loncatan kepada PKR dan DAP untuk mencapai cita- cita mereka menumbangkan Barisan Nasional. DAP mempunyai strategi, PKR agresif dan penyebar propaganda yang berkesan, tetapi PAS mempunyai ahli yang patuh, sedia berjuang jiwa dan raga tetapi siapa sebenarnya mendapat keuntungan dalam Pakatan Rakyat, PAS sudah pastinya menjadi parti paling kurang mendapat kursi berbanding dua rakannya juga paling kurang mendapat kenikmatan dalam Pakatan. PAS boleh memilih untuk menjadi pembangkang tetapi PAS mesti memisahkan diri daripada PKR dan DAP yang terang- terangan tidak boleh menjadi sebagaimana MIC dan MCA yang patuh dan menghormati UMNO. Kita akan dapat melihat dan menilai pendirian UMNO dalam perhimpunan parti Melayu terbesar dunia yang akan berlangsung pada 27Nov- 1Dis 2012.

Dalam muktamar tersebut sebagaimana juga suara perwakilan dalam UMNO, perwakilan PAS sudah mula mencari pendirian dan kehangatan, perwakilan sudah berani mempersoalkan tindakan pucuk pimpinan parti, mereka sudah tidak peduli dengan beberapa orang pemimpin yang tidak sehaluan, sebagaimana suara sayap UMNO yang berani menghalau ahli yang tidak bersama jemaah, ahli PAS juga punya kekuatan tersebut.
Dalam suasana kemeriahan muktamar itu kita akan lihat banyak kepura- puraan dalam penampilan pakaian dan imej warak yang di tayangkan kepada hadirin, mereka megah berbusana sunnah tetapi masih tidak pasti imej apa sebenarnya yang dibawa, daripada warna merah, hijau, oren penyokong yang menyilaukan mata. Perwakilan tidak lagi berbangga dengan jubah dan serban, mereka sudah boleh menerima cara berpakaian sebagaimana perwakilan persidangan UMNO hanya yang berbeza adalah songkok yang masih lagi menjadi pantang kepada ahli yang hadir tetapi kopiah dengan corak dan tulisan lebih dihargai teristimewa jika ada lambang bulan.
Sesuatu yang dikesal tidak sepatutnya saya mempersoalkan adalah budaya meminta dan mencari keuntungan masih menjadi antara agenda utama dimana- mana adanya perhimpunan parti PAS. Kita tidak tahu apakah mereka tidak malu dengan slogan "Negara Berkebajikan" yang baru dilaungkan. Kita perlu akui UMNO sudah tidak ada budaya sebegitu, bukan bermakna UMNO lebih kaya dan menggunakan wang kerajaan tetapi lebih utama adalah imej dan cerminan keupayaan parti untuk menjaga rakyat. UMNO juga mempunyai had dan kekangan dalam menggunakan wang tetapi mereka sentiasa mempunyai pembiaya yang ingin membuat sumbangan kepada partinya. Jangan kita percaya bahawa segala- galanya menggunakan kewangan kerajaan kerana kita tahu wang kerajaan mempunyai prosedur dan setiap sen yang dibelanjakan ada pihak yang memantau dan ini sedia dimaklumi oleh parti yang berkuasa di P.Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan sendiri.
PAS boleh mengakui mereka parti yang masih tidak teguh ekonominya tetapi mengapa bila berhadapan dengan rakyat seolah mereka boleh memberikan kepada rakyat melebihi keupayaan parti UMNO. Perlu diingat undi kepada PAS bukan bermakna mereka percaya dengan keupayaan parti tetapi 60% adalah kerana simpati kepada PAS dan rasa tidak puas hati kepada UMNO, itulah kekuatan PAS. PAS tidak perlu bersandiwara dengan mendakwa boleh membawa kebajikan sedangkan setiap benda ingin diniagakan untuk mengisi tabung PAS yang tidak pernah penuh, keghairahan inilah yang memakan diri mereka bila pas masuk ke dalam dewan pun dijual tanpa had dan sekatan, tidak kira sesiapa asalkan membuat bayaran, apakah ini kebajikan untuk rakyat sedangkan ahli sendiri terpaksa memberi sumbangan kepada pemimpin. Jauh sekali untuk menghayati diri Rasulullah s.a.w yang berkorban harta untuk orang ramai.
PAS tidak perlu dipengaruhi kekayaan sesetengah pemimpin UMNO kerana mereka sebenarnya tidak semuanya menjadi kaya kerana memimpin UMNO, mereka mempunyai latar kerjaya yang hebat dan berpadanan dengan apa yang dilihat, mereka juga menyumbang dan Insyallah jika pemimpin PAS juga boleh menyumbang rezeki tuhan tidak akan habis melimpah- ruah.
Secara jujurnya rakyat Malaysia khasnya orang Melayu Islam memerlukan parti PAS untuk mengimbangi tindak- tanduk UMNO tetapi PAS akan rugi jika mereka mengutamakan keruntuhan UMNO, percayalah UMNO tidak akan runtuh dengan mudah selagi PAS masih menjadi minoriti, selagi PAS punyai niat yang salah dan selagi UMNO tidak lakukan kesalahan yang besar kepada agama dan negara, selagi pengurusan PAS tidak setanding UMNO selagi itulah PAS mesti menerima kepimpinan UMNO dan berbaik- baik kerana kita percaya UMNO sentiasa bersedia untuk transformasi partinya. Demi agama dan bangsa UMNO dan PAS mesti bersama dalam setiap perkara yang memihak kepentingan bersama, berpegang kepada konsep yang menang tidak semua menang dan yang kalah tidak semestinya kalah semua. 

Sabtu, 17 November 2012

Muktamar Ijtihad Tahaaluf Siyasi


Muktamar PAS ke 58 bermula 16 November 2012 di adakan di PUTIK Pengkalan Chepa kali ini ada kelainan. Bukan hanya keberanian Ketua Dewan Pemuda PAS yang secara terang- terangan mengistiharkan pendapatannya bersama isteri, Nasruddin Hassan Tantawi turut memaklumkan bahawa simpanannya di dalam Bank hanyalah RM9,000.00 sahaja. Tentang ini kita hormat  kepadanya walaupun kita sedikit musykil dengan sumber dari rumah sewa sebanyak RM300.00 sebulan ini bermakna Ketua Dewan Pemuda tidak mengambil kira hartanya berbentuk kekal. Alhamdulillah Ustaz Nasruddin bertindak berani dan kita juga akui bahawa Nik Aziz juga berani mengistiharkan hartanya tetapi hanya apa yang diketahui sahaja sedangkan dari pelbagai proksi sudah tentunya beliau tidak mampu walaupun satu kampung Pulau Melaka tahu di mana hendak jual tanah dengan harga mahal... carilah Tok Guru.
Muktamar tahun ini bolehlah dikatakan muktamar perang sabil kepada rakan seagama hanya kerana matlamat merampas PUTRAJAYA yang pembinaannya dulu begitu lantang di bantah oleh PAS sendiri. Pada  kali ini Dewan Ulama sendiri membuat pendirian bahawa mereka tidak menganggap isu Nurul Izzah yang hangat diperkatakan oleh rakyat hingga ke Istana itu bukan hal besar dan penting walaupun ia berkaitan dengan agama, ini kerana tumpuan adalah menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam pilihanraya umum. Ketua Dewan Ulama Pas, Harun Taib dalam ucapan perasmian di muktamar dewan itu meminta para ulama di dalam PAS agar mempertahankan ijtihad tahaaluf Siyasi (bahasa Melayu bermakna persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahlinya mengundi calon- calon bukan Islam di kalangan Pakatan Pembangkang, suatu yang dulunya difahamkan kepada ahli PAS bahawa berdosa memilih pemimpin bukan Islam. 
Muktamar PAS ini juga bertujuan menggerunkan UMNO Kelantan dan BN untuk menghadapi pilihanraya tetapi jelas ianya belum cukup menggetarkan kepimpinan UMNO, selain daripada laporan Harakah yang memuja- muji kehebatan muktamar, Sinar Harian hanya melaporkan hal- hal yang neutral dan tidak memudaratkan. Mungkin ramai orang luar Kelantan yang beranggapan Kota Bharu akan sesak, Pengkalan Chepa akan jemm.. datanglah sendiri dan anda akan rasai Kelantan tiada kesesakan, tidak nampak kelainan trafik pun.... PAS Kelantan sebenarnya akan terus sunyi jika bukan kerana ketololan gelombang "R" yang terus- terusan memanipulasi anak muda dan mengelirukan rakyat. 
Muktamar dikatakan perhimpunan merampas Malaysia ini (setelah gagal menggunakan kekerasan dan demonstrasi) sebenarnya tiada apa boleh diharapkan, PAS sudah bercelaru sepertimana bercelarunya warna T-Shirt (Hijau, Oren, Merah..). PAS kini berhadapan dengan desakan dari dalam sendiri, muktamar yang dipulaukan oleh bekas Timbalan Presiden, YB Nasharuddin Mat Isa ini juga sudah benar- benar tidak fokus lagi. Suara- suara Hudud, Negara Islam, Ikut telunjuk DAP, Ikut telunjuk Anwar sudah tidak dapat dibendung lagi, PAS akan menghadapi kesukaran untuk meraih tambahan sokongan orang Melayu, tetapi PAS mempunyai peluang untuk menarik minat bukan Melayu malangnya tiada kerusi bukan Melayu akan diberi kepada PAS oleh Pakatan Rakyat. PAS masih jauh untuk bermimpi menggantikan UMNO dalam segala hal..