clixsense

Sabtu, 17 November 2012

Muktamar Ijtihad Tahaaluf Siyasi


Muktamar PAS ke 58 bermula 16 November 2012 di adakan di PUTIK Pengkalan Chepa kali ini ada kelainan. Bukan hanya keberanian Ketua Dewan Pemuda PAS yang secara terang- terangan mengistiharkan pendapatannya bersama isteri, Nasruddin Hassan Tantawi turut memaklumkan bahawa simpanannya di dalam Bank hanyalah RM9,000.00 sahaja. Tentang ini kita hormat  kepadanya walaupun kita sedikit musykil dengan sumber dari rumah sewa sebanyak RM300.00 sebulan ini bermakna Ketua Dewan Pemuda tidak mengambil kira hartanya berbentuk kekal. Alhamdulillah Ustaz Nasruddin bertindak berani dan kita juga akui bahawa Nik Aziz juga berani mengistiharkan hartanya tetapi hanya apa yang diketahui sahaja sedangkan dari pelbagai proksi sudah tentunya beliau tidak mampu walaupun satu kampung Pulau Melaka tahu di mana hendak jual tanah dengan harga mahal... carilah Tok Guru.
Muktamar tahun ini bolehlah dikatakan muktamar perang sabil kepada rakan seagama hanya kerana matlamat merampas PUTRAJAYA yang pembinaannya dulu begitu lantang di bantah oleh PAS sendiri. Pada  kali ini Dewan Ulama sendiri membuat pendirian bahawa mereka tidak menganggap isu Nurul Izzah yang hangat diperkatakan oleh rakyat hingga ke Istana itu bukan hal besar dan penting walaupun ia berkaitan dengan agama, ini kerana tumpuan adalah menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam pilihanraya umum. Ketua Dewan Ulama Pas, Harun Taib dalam ucapan perasmian di muktamar dewan itu meminta para ulama di dalam PAS agar mempertahankan ijtihad tahaaluf Siyasi (bahasa Melayu bermakna persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahlinya mengundi calon- calon bukan Islam di kalangan Pakatan Pembangkang, suatu yang dulunya difahamkan kepada ahli PAS bahawa berdosa memilih pemimpin bukan Islam. 
Muktamar PAS ini juga bertujuan menggerunkan UMNO Kelantan dan BN untuk menghadapi pilihanraya tetapi jelas ianya belum cukup menggetarkan kepimpinan UMNO, selain daripada laporan Harakah yang memuja- muji kehebatan muktamar, Sinar Harian hanya melaporkan hal- hal yang neutral dan tidak memudaratkan. Mungkin ramai orang luar Kelantan yang beranggapan Kota Bharu akan sesak, Pengkalan Chepa akan jemm.. datanglah sendiri dan anda akan rasai Kelantan tiada kesesakan, tidak nampak kelainan trafik pun.... PAS Kelantan sebenarnya akan terus sunyi jika bukan kerana ketololan gelombang "R" yang terus- terusan memanipulasi anak muda dan mengelirukan rakyat. 
Muktamar dikatakan perhimpunan merampas Malaysia ini (setelah gagal menggunakan kekerasan dan demonstrasi) sebenarnya tiada apa boleh diharapkan, PAS sudah bercelaru sepertimana bercelarunya warna T-Shirt (Hijau, Oren, Merah..). PAS kini berhadapan dengan desakan dari dalam sendiri, muktamar yang dipulaukan oleh bekas Timbalan Presiden, YB Nasharuddin Mat Isa ini juga sudah benar- benar tidak fokus lagi. Suara- suara Hudud, Negara Islam, Ikut telunjuk DAP, Ikut telunjuk Anwar sudah tidak dapat dibendung lagi, PAS akan menghadapi kesukaran untuk meraih tambahan sokongan orang Melayu, tetapi PAS mempunyai peluang untuk menarik minat bukan Melayu malangnya tiada kerusi bukan Melayu akan diberi kepada PAS oleh Pakatan Rakyat. PAS masih jauh untuk bermimpi menggantikan UMNO dalam segala hal..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan