Dalam muktamar tersebut sebagaimana juga suara perwakilan dalam UMNO, perwakilan PAS sudah mula mencari pendirian dan kehangatan, perwakilan sudah berani mempersoalkan tindakan pucuk pimpinan parti, mereka sudah tidak peduli dengan beberapa orang pemimpin yang tidak sehaluan, sebagaimana suara sayap UMNO yang berani menghalau ahli yang tidak bersama jemaah, ahli PAS juga punya kekuatan tersebut.
Dalam suasana kemeriahan muktamar itu kita akan lihat banyak kepura- puraan dalam penampilan pakaian dan imej warak yang di tayangkan kepada hadirin, mereka megah berbusana sunnah tetapi masih tidak pasti imej apa sebenarnya yang dibawa, daripada warna merah, hijau, oren penyokong yang menyilaukan mata. Perwakilan tidak lagi berbangga dengan jubah dan serban, mereka sudah boleh menerima cara berpakaian sebagaimana perwakilan persidangan UMNO hanya yang berbeza adalah songkok yang masih lagi menjadi pantang kepada ahli yang hadir tetapi kopiah dengan corak dan tulisan lebih dihargai teristimewa jika ada lambang bulan.
Sesuatu yang dikesal tidak sepatutnya saya mempersoalkan adalah budaya meminta dan mencari keuntungan masih menjadi antara agenda utama dimana- mana adanya perhimpunan parti PAS. Kita tidak tahu apakah mereka tidak malu dengan slogan "Negara Berkebajikan" yang baru dilaungkan. Kita perlu akui UMNO sudah tidak ada budaya sebegitu, bukan bermakna UMNO lebih kaya dan menggunakan wang kerajaan tetapi lebih utama adalah imej dan cerminan keupayaan parti untuk menjaga rakyat. UMNO juga mempunyai had dan kekangan dalam menggunakan wang tetapi mereka sentiasa mempunyai pembiaya yang ingin membuat sumbangan kepada partinya. Jangan kita percaya bahawa segala- galanya menggunakan kewangan kerajaan kerana kita tahu wang kerajaan mempunyai prosedur dan setiap sen yang dibelanjakan ada pihak yang memantau dan ini sedia dimaklumi oleh parti yang berkuasa di P.Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan sendiri.
PAS boleh mengakui mereka parti yang masih tidak teguh ekonominya tetapi mengapa bila berhadapan dengan rakyat seolah mereka boleh memberikan kepada rakyat melebihi keupayaan parti UMNO. Perlu diingat undi kepada PAS bukan bermakna mereka percaya dengan keupayaan parti tetapi 60% adalah kerana simpati kepada PAS dan rasa tidak puas hati kepada UMNO, itulah kekuatan PAS. PAS tidak perlu bersandiwara dengan mendakwa boleh membawa kebajikan sedangkan setiap benda ingin diniagakan untuk mengisi tabung PAS yang tidak pernah penuh, keghairahan inilah yang memakan diri mereka bila pas masuk ke dalam dewan pun dijual tanpa had dan sekatan, tidak kira sesiapa asalkan membuat bayaran, apakah ini kebajikan untuk rakyat sedangkan ahli sendiri terpaksa memberi sumbangan kepada pemimpin. Jauh sekali untuk menghayati diri Rasulullah s.a.w yang berkorban harta untuk orang ramai.
PAS tidak perlu dipengaruhi kekayaan sesetengah pemimpin UMNO kerana mereka sebenarnya tidak semuanya menjadi kaya kerana memimpin UMNO, mereka mempunyai latar kerjaya yang hebat dan berpadanan dengan apa yang dilihat, mereka juga menyumbang dan Insyallah jika pemimpin PAS juga boleh menyumbang rezeki tuhan tidak akan habis melimpah- ruah.
Secara jujurnya rakyat Malaysia khasnya orang Melayu Islam memerlukan parti PAS untuk mengimbangi tindak- tanduk UMNO tetapi PAS akan rugi jika mereka mengutamakan keruntuhan UMNO, percayalah UMNO tidak akan runtuh dengan mudah selagi PAS masih menjadi minoriti, selagi PAS punyai niat yang salah dan selagi UMNO tidak lakukan kesalahan yang besar kepada agama dan negara, selagi pengurusan PAS tidak setanding UMNO selagi itulah PAS mesti menerima kepimpinan UMNO dan berbaik- baik kerana kita percaya UMNO sentiasa bersedia untuk transformasi partinya. Demi agama dan bangsa UMNO dan PAS mesti bersama dalam setiap perkara yang memihak kepentingan bersama, berpegang kepada konsep yang menang tidak semua menang dan yang kalah tidak semestinya kalah semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan