Apabila
mendengar kenyataan dari mulut Tun Dr Mahathir
dalam Buletin Utama hari ini 31 Januari 2013 bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ada kaitan dengan
pengeluaran Kad Pengenalan kepada pendatang di negeri Sabah sewaktu beliau
dalam kerajaan dulu. Rasa pelik, apatah lagi hendak menafikannya malahan saya
rasa kenyataan itu akan lebih lengkap sekiranya Tun Dr Mahathir turut mengakui
bahawa beliau sendiri menyedari keadaan itu dan saya yakin Tun Dr Mahathir
memang mengetahui dan membiarkan keadaan sebegitu dengan hanya menyatakan
kerajaan tidak bersekongkol malahan ada membuat tindakan terhadap pihak yang
terlibat. Saya juga berani mengatakan kebanyakan parti politik dalam Barisan Nasional tidak
menghalang dan parti pembangkang juga tidak mendapat kesan dengan apa yang sedang
berlaku di Sabah waktu itu.
Tetapi hari
ini bila setiap undi dianggap terlalu penting kepada parti bertanding terutamanya Pakatan
Rakyat (PR) isu ini mula dibongkar.. Untuk siapa dan apa boleh buat, perkara
dah berlalu dan yang berlalu itu dulunya tidak diambil berat oleh mana- mana pihak seolah-olah setiap
penerima kad Pengenalan akan memberi undi kepada BN dan berkebetulan zaman itu
BN terlalu kuat hingga pembangkang hampir pupus di Sabah, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun
masih bersama BN, tiada parti dari semenanjung memikirkan apa implikasinya
kepada negeri Sabah dan saya yakin hari inilah rakyat Sabah merasai kesannya dan
menjelang PRU13 inilah Pakatan Rakyat
mencari onar dan salah kerajaan BN terutama dengan adanya Datuk Seri Anwar Ibrahim
yang seolah sedang melondehkan seluar rakannya dulu yang pada waktu yang sama
melondehkan seluarnya sendiri hingga Tun Dr Mahathir terpaksa menegur dan cuba menutup perbuatan anak didiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim
dengan cara mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan perbuatan lampaunya.
Secara
benarnya sebagai sebuah negeri yang
telah lama mengamalkan konsep 1Malaysia sebelum gagasan itu dipopularkan kini, rakyat
Sabah mengeluh dalam gusar tetapi terpaksa menelan kerana memikirkan
kepentingan dan sensitiviti kaum dan agama terutama orang Islam yang hidup
bersama.
Orang Islam
di negeri Sabah dan Malaysia amnya perlu berterima kasih kepada kepintaran Tun Dr
Mahathir dan pasangannya Datuk Seri Anwar
Ibrahim pada waktu itu.
Dalam
pemerhatian saya yang secara tak langsung merasai dan mengetahui serba sedikit
politik kepartian dan kepentingan agama Islam. Pada mulanya saya hairan dengan
meluasnya kegiatan mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang tetapi
kemarahan saya dapat ditenangkan bila mendapat tahu bahawa hampir kesemua mereka
yang mempunyai kad pengenalan yang ada 'bunga raya' adalah dikalangan orang
Pakistan dan Afghanistan yang bukan
sahaja peniaga bijak, punya fizikal yang baik tetapi lebih penting mereka
bertindak sebagai mubaligh yang menggempur ke segenap ceruk pedalaman Sabah.
Bagi saya yang cintakan perkembangan agama Islam saya terasa begitu kecil hidup
di daerah Keningau yang dikelilingi masyarakat beragama kristian yang sepanjang
jalanraya adalah kelihatan gereja
kecuali sebuah sahaja masjid di pekan Keningau yang dirasmi oleh Allahyarham
Tun Datu Mustapha Datu Harun dan setiap hari jumaat pendatang inilah yang
bersama- sama rakyat dari Indonesia yang menghidupkan solat jumaat. Bukan
sahaja pendatang dari Asia Selatan yang mendapat manfaat di Sabah tetapi juga
bangsa Moro yang mencari kehidupan di Sabah saya terharu dengan pembelaan dan
tindakan kerajaan pusat juga kerjasama kerajaan negeri . Cuma saya akui ini
bukanlah kesilapan tetapi disengajakan terutama bagi kes bangsa Pakistan dan
Afghanistan yang terang- terang jelas tidak bewajah dan tidak berwatak rakyat kelahiran
negeri Sabah.
Dalam hal
ini janganlah pula PAS hendak menunjuk pandai, mereka perlu ingat akan kata-
kata Mursyidul Am PAS YAB Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa bumi ini bebas diterokai oleh manusia
tanpa sempadan politik jadi tak perlulah mereka menjadi wira membangkitkan
semula pemberian kad pengenalan ini.
Manakala
DAP dan lain- lain pembangkang bukan Islam.. cukuplah sudah tiada apa lagi
hendak dibangkitkan sedangkan dulu mereka hanya diam dan tidak menganggap ia
ancaman kerana kebanyakan pemimpin DAP tidak pernah memikirkan akan persaingan
agama tetapi lebih mendahulukan kaum sendiri. Mereka tidak peduli walaupun Kristian di Sabah disaingi hebat oleh Islam selepas tersungkurnya Pairin
Kitingan di tampuk Ketua Menteri.
Bagi PKR
pula mereka tiada hak langsung untuk membangkitkan apa yang melibatkan sejarah
ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya masih ingat apa yang arwah bapa
mertua saya ceritakan tentang apa yang dilihat di Hotel Marco Polo di Tawau yang mana perempuan dikatakan dibawa kepada Datuk
Seri Anwar di hotel tersebut dan hal itu
menjadi pasti apabila Tun Dr Mahathir mempercayai tuduhan moral terhadap
DS Anwar beberapa tahun kemudian. Hingga hari ini saya masih mempunyai banyak cerita tentang
beberapa pemimpin besar Sabah yang diceritakan oleh arwah mertua saya yang
semasa hayatnya pernah bersama- sama otai politik Sabah seperti Lajim Ukim,
Jefri Kitingan, Pandikar Amin Mulia dan juga pernah membentuk parti BERSIH dan
bertanding di Tawau tahun 80an- 90an
Oleh itu
apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN zaman itu bukan semata- mata kerana
politik kepartian tetapi juga politik bangsa dan agama bagi negeri Sabah begitu juga apa yang dikatakan Tunku Abdul Rahman lakukan untuk pendatang di awal kemerdekaan
negara... semuanya adalah pilihan yang difikirkan terbaik pada waktu itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan