clixsense

Jumaat, 13 Jun 2014

Anda politikus hebat.. cabarannya di Bachok

Bachok.. sekiranya anda ingin menjadi hebat bertarunglah di sini, jika anda tidak mahu kuburkan karier politik anda jangan mendekati Bachok. Tidak kira di pihak BN atau PAS Bachok sememangnya sentiasa menguji kepada setiap calon yang pernah mencuba nasib di sini.
Selain menjadi tempat asal tokoh politik terkini UMNO Kelantan iaitu Anuar Musa, Mustapa Mohamad dan Awang Adek, Bachok juga diakui oleh PAS pusat sebagai Kawasan Muslimat PAS paling kuat dan istiqamah. Memang di akui Bachok adalah antara kubu kuat PAS di Kelantan selain Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian, sejak pilihanraya pertama PAS begitu selesa di Bachok terutama di DUN Tawang, memperkatakan tentang Tawang yang waktu itu dipanggil Bachok Utara satu kawasan pilihanraya yang belum pernah ditembusi oleh BN walaupun semasa pilihanraya kecil dalam bulan april 1968 kerana ADUN Shafie Ahmad meninggal dunia. Calon PAS Hj Mohd Noor Ismail menang dengan majoriti kecil 473 undi menewaskan calon UMNO Ismail Hj Mamat berbanding majoriti 1724 pada pilihanraya umum sebelumnya. selepas itu majoriti  calon PAS terus bertambah dari semasa ke semasa untuk DUN Tawang, yang dikatakan DUN Penyelamat kepada sesiapa sahaja yang mewakili PAS untuk Parlimen Bachok kecuali Nik Aziz Nik Mat yang terpaksa menerima kekalahan di tangan rakan baiknya Mohd Zain atau Cikgu Zain iaitu seorang guru besar SK Badak yang mewakili BN dengan majoriti 270 undi pada pilihanraya uum tahun 1986. Pada tahun 1990 PAS kembali berkuasa sehinggalah Awang Adek memeranjatkan PAS pada pilihanraya 2004 dengan majoriti 1244 undi mengalahkan Wan Nik Wan Yusof. Di DUN Jelawat pula Ilias Hussin turut memberi kemenangan kepada BN dengan menewaskan Hj Shaari Awang dengan kelebihan 1053 undi. Pada pilihanraya umum 2008 PAS menyapu bersih kerusi Parlimen dan DUN di Bachok dengan majoriti yang selesa. Kelebihan undi Nasharuddin Mat Isa dengan majoriti 3146 undi  tidak mampu dirampas semula oleh Awang Adek pada pilihanraya 2013 walaupun Nasharuddin yang sudah dianggap menyertai kerajaan BN menjelang pilihanraya 2013, Awang Adek yang dianggap wira Bachok dan anak emas PM tewas pada rubber set kepada underdog Marzuk Shaari dengan kekurangan undi 201 undi, begitu juga Ilias Husin yang terkenal dengan kerja keras juga kalah dengan pengiraan undi kontroversi sebanyak 102 undi, di Perupok pula orang muda terpelajar Muhammad Zaidi Sidek yang mempunyai ramai saudara mara sebagai pengundi tidak mampu mengalahkan rakan sekolah yang hanya memiliki sijil menengah dengan majoriti 1488 undi. Di Tawang pula walaupun Mohd Zain Yasim mempunyai pengalaman menjadi calon di situ ia tetap tidak berjaya membuktikan popularitinya boleh meraih pertambahan undi, beliau kalah dengan majoriti besar 3112 undi kepada Hasan Mahamood. Pada pilihanraya ini sekali lagi Tawang muncul menyelamatkan calon parlimen kerana mampu memadam kekalahan besar PAS di DUN Jelawat dan DUN Perupok.

Moral utama daripada politik Bachok adalah :
1) Pilihanraya kecil bukan jaminan untuk momentum yang sama pada pilihanraya umum.
2) Calon berjawatan dan punya pengaruh di pusat bukanlah jaminan untuk memenangi undi rakyat.
3) Calon yang bekerja keras mendekati rakyat tidak boleh dijadikan ukuran untuk dijadikan calon menang
4) Calon yang mempunyai pelajaran tinggi dan ramai sanak saudara tidak semestinya mempunyai kelebihan
5) Calon yang dilihat mempunyai ramai rakan dan dikenali tidak semestinya menjadi pilihan
6) Satu DUN boleh mengalahkan seorang calon parlimen yang menang di dua DUN dan sebaliknya.
7) Kehebatan calon tidak dapat mengalahkan populariti sesebuah parti.
8) Calon yang tidak mendekati rakyat sebenarnya paling kurang menanggung risiko penolakkan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan