clixsense

Jumaat, 20 Jun 2014

BN masih tenggelam dalam arus media sosial

        Trend orang politik dan mereka yang menceburkan diri dalam politik sudah semakin sebati dan berjinak jinak dengan media sosial terutamanya facebook iaitu satu akaun yang mudah dan senang dikendalikan, bagi yang menganggap mereka sebagai orang lama dalam politik pula mereka lebih menggemari Twitter mungkin disebabkan mereka boleh bertindak lebih fokus kepada kelompok tertentu, bagi yang mempunyai idea meleret dan melontarkan pandangan panjang lebar pula mereka menggunakan blog, tetapi sangat jarang orang politik yang boleh konsisten dengan blog kecuali para blogger upahan. Akhir- akhir ini pula semakin ramai yang berlumba- lumba sesama mereka semata- mata untuk memberitahu kepada 50 orang rakan mereka dalam grup whatsap. Selain dari medium di atas sebenarnya banyak lagi media sosial yang ada dan semakin bertambah. Mana mana saja penggunaan medium tersebut terpulanglah kepada kesesuaian dan keselesaan masing- masing.
Apa yang ingin dikatakan adalah cara penampilan pemain- pemain politik tersebut di alam maya, kadang- kadang seperti tidak kena dan adakala nampak terdesak dan menunjuk- nunjuk.
Cuba kita banding dan lihat bagaimana seseorang yang selama ini tidak berminat langsung dengan media sosial tiba- tiba tiap hari memuat naik aktiviti mereka... tidak mengapa ia memanfaatkan ruang populariti.
     Jika kita melihat skop yang lebih luas ke peringkat nasional pula, kebanyakan ahli politik yang kena kejutan media sosial ini adalah terdiri daripada mereka yang sebelum ini dikalangan orang yang kalah pilihanraya atau kalau dalam pemilihan parti dengan itu mereka perlu melonjakkan diri semula dan cuba menggambarkan mereka sentiasa bersama rakyat walhal sebelum ini itulah yang dilakukan tetapi tidak diwar- warkan ke seluruh alam. Bagi yang menang pilihanraya dan mendapat tempat dalam parti pula kebanyakan mereka bangga dengan cara eklusif dan aktiviti mereka tidak perlu dipapar di media sosial, mereka ini sama ada sedang tidur atau terlalu sombong, yang jelas mereka sudah melawan arus dan bakal hanyut.
      Satu hal lagi yang kebanyakan orang yang mencari populariti politik tahu tetapi tidak cuba berubah, sebagai contoh di negeri yang BN kalah pemimpin politik mereka bekerja seperti merekalah yang memerintah dan cuba menyelesaikan masalah rakyat, disini berkemungkinan rakyat tidak kisah walaupun BN kalah lagi kerana pemimpin BN tetap bekerja untuk mereka. Pemimpin BN masih mencari jalan selamat dengan tidak mahu mencari kesalahan dan isu untuk menyedarkan rakyat bahawa dulunya mereka undi parti yang salah. Dalam keadaan ini pemimpin BN seharusnya mengikut apa yang dilakukan oleh pemimpin PR yang sentiasa mencari isu besar dan mengajak rakyat bangkit tanpa menawarkan perkhidmatan dan kebajikan.. mereka betul kerana mereka bukan kerajaan tapi pembangkang.. dah nama pembangkang mereka lebih banyak bangkang itu yang sepatutnya. 
       Akhir sekali kita senang mengesan bahawa posting pemimpin BN sebahagian besarnya adalah untuk memberi mesej kepada bos mereka bahawa mereka sedang bekerja, layak jadi pemimpin, mesra media, sangat layak untuk menjadi calon pilihanraya dan sentiasa berpakaian kemas dan bergaya. Jadilah mereka takut untuk berhujah dengan pihak lawan, tetapi cepat melenting bila rakan menegur, mereka sebenarnya lebih kehilangan rakan sementara tidak mampu menarik minat golongan muda tetapi akan bertambah pengampu- pengampu. Bagi PR pula mereka jarang memuat naik foto bersama pemimpin besar mereka, mungkin mereka tahu bahawa pemimpin besar mereka akan jadi liabiliti kepada diri mereka, posting mereka adalah dengan tujuan mencari sokongan orang muda dan pengundi, mereka lantang walaupun dengan perkara yang tidak pasti, mereka tidak malu menggambarkan merekalah suara orang bawahan dan selalu memperlihatkan kepayahan mereka.
Hakikatnya dalam menggunakan medium maya PR lebih berjaya daripada BN.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan