clixsense

Rabu, 10 Disember 2014

PAU : Kemenangan Akta Hasutan dan SOLIDARITI

Perhimpunan Agong UMNO 2014 dirasakan perhimpunan yang mempunyai tujuan untuk membuat pendirian atau gesaan pada satu isu iaitu Akta Hasutan 1948, Alhamdulillah hasrat semua perwakilan dan pemerhati perhimpunan daripada rakyat biasa, ahli biasa, pemerhati, perwakilan hinggalah Timbalan Presiden akhirnya boleh menarik nafas lega apabila Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri memberi jaminan bahawa Akta tersebut bukan sahaja dikekalkan malahan diperkukuhkan lagi dengan memasukan hal -- hal berkaitan agama dan menentang usaha pemisahan Sabah dan Sarawak daripada Persekutuan Malaysia.
Sudah masuk tahun kedua saya tidak lagi menjadi Perwakilan otomatik mewakili sayap pemuda, bukan sahaja tidak berjawatan tetapi tidak berjaya menjawat apa- apa jawatan di Bahagian tetapi masih diberi kepercayaan oleh Ketua parti di bahagian untuk bersama PAU pada kali ini disamping menguruskan pengagihan bilik penginapan perwakilan dan pemerhati. 
Berlegar- legar diruang luar dewan dalam bangunan PWTC akan membuatkan setiap yang datang seperti memasuki galeri sejarah UMNO dan merasai budaya parti Melayu paling ampuh ini. Di sini bolehlah diumpamakan hari temasya lautan merah dan wajah pelbagai ragam orang Melayu dan Bumiputera di samping pemimpin parti komponen BN juga turut bersama. Waktu inilah menteri tertinggi dan pemimpin negara sudah tidak ada batasan lagi, menegur, bersalam dan bergambar sudah tidak kekok lagi walaupun kita rakyat biasa yang datang dari ceruk yang selama ini terlalu jauh dari jangkauan Putrajaya.

Tahniah kepada semua perwakilan G7 khasnya dari Bahagian Bachok yang bukan sahaja berkomitmen untuk tetap berada di dalam dewan persidangan tetapi juga sangguh mengeluarkan belanja menyediakan persalinan lengkap baju melayu berwarna warni selama 5 hari bersidang. Diakhir perhimpunan satu agenda besar dan kefahaman utama yang akan di bawa ke Bahagian masing- masing adalah ungkapan muafakat iaitu SOLIDARITI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan