clixsense

Ahad, 4 Januari 2015

Sumbangan besar PAS kepada banjir Kelantan

Mengikut kata Imam masjid Mahmudi Bachok, kalau di Aceh tsunami yang melanda adalah sekitar 26 km dari pantai sahaja tetapi banjir yang berlaku di Kelantan adalah menyeluruh kecuali di daerah Pasir Puteh melibatkan 30% sahaja manakala Bachok tidak terjejas sama sekali. Mengucap syukur kerana bebas dari bencana banjir, jemaah masjid diminta melakukan solat hajat agar dijauhi bencana disamping melakukan selawat sempena maulidur rasul selepas solat jumaat 2 Jan 2015 yang lalu. Ujian berupa cabaran dan bencana adalah satu cara untuk Allah mengangkat suatu kaum ke darjat yang lebih tinggi, bencana tersebut juga adalah kerana tangan- tangan kaum itu sendiri itulah yang saya fahami dalam ucapan sebelum khutbah jumaat pada hari tersebut.

Mengikut pendapat rakan tabligh pula, sekiranya kemarau yang melanda sesuatu tempat, itu menandakan bahawa manusia di situ ramai yang tidak mengeluarkan zakat, manakala jika banjir pula ia menandakan ramai orang yang tidak melakukan sembahyang.

Sekiranya mengikut logik dan hukum alam pula, tanpa ragu- ragu kemusnahan hutan dan pengambilan hasil bumi tanpa kawalan dan berleluasa adalah penyebab utama. Sekiranya kita melawat kawasan yang ditenggelami banjir, lihatlah betapa tebal nya selut- selut dan tanah yang ditinggalkan apakah itu tidak cukup untuk menggambarkan betapa luas dan sakitnya bumi menanggung kerja tangan manusia hinggakan pokok- pokok dan rumpai tidak boleh menahan tanah daripada dibawa arus, rimba tidak mampu untuk menahan hakisan lagi, dan keadaan ini akan berulang setiap tahun sekiranya tidak diambil tindakan dengan segera, rakyat Kelantan tidak lagi dapat melihat banjir air hujan biasa tetapi banjir berlumpur.

Kita akui kerajaan PAS kelantan sangat terkesan dan malu dengan apa yang terjadi di Kelantan, sebelum ini kepimpinan negeri begitu megah dan sombong bila setiap kali berlaku musibah di negeri- negeri lain dengan pantas mereka mengatakan itulah akibat kerana menolak PAS di negeri tersebut, mereka berbangga kononnya Kelantanlah negeri contoh dan tanpa segan silu mengatakan sekiranya nabi saw hidup negeri itulah yang akan dilawati, pemimpin negeri juga sangat berbangga dengan cara hidup Islam dinegeri tersebut tetapi hakikatnya Islam sudah tidak bermaya dan setiap hari PAS berusaha menjadikan parti itu sebagai kiblat kepada rakyatnya daripada Islam sendiri, rakyat dikelirukan bahawa Islam itu adalah PAS, apa sahaja yang PAS lakukan itulah kehendak Islam walaupun dalam kelulusan pembinaan berhala paling hebat di Kelantan.

Dalam menghadapi permulaan bencana banjir hinggalah pasca banjir, lihatlah berapa banyak kerajaan pusat mengerahkan tenaga dan kewangan, sedangkan kerajaan negeri seperti terpaku dan melihat sahaja, tidak ada daya untuk membantu dengan berkesan, tidak ada usaha dan batang hidung YB PAS terus hilang hanya sesekali muncul untuk mempopularkan diri dengan membawa sedikit sumbangan tetapi membawa lambang parti yang keterlaluan, inilah hasil daripada pemilihan yang dibuat oleh rakyat, rata rata rakyat kelantan masih memilih kaca daripada permata, lihatlah sendiri bagaimana Dato Sri Mustapha bergegas pulang dari Mekah hanya untuk mengharung banjir dan basah kuyup bersama rakyat, PM Najib pula membatalkan cuti dan terus ke Kelantan tanpa pulang ke rumah terlebih dahulu, ketika pemimpin BN mengumumkan bantuan jutaan ringgit dan pelbagai aset dikerahkan MB Kelantan sendiri memohon maaf kerana tidak menjenguk rakyat disebabkan beliau sendiri turut menjadi mangsa banjir, Lim Guang Eng sendiri yang pernah dianggap khalifah oleh penyokong PAS pula berlepas ke Paris walau tahu Kerajaan Kelantan sangat memerlukan bantuan terutama daripada Pakatan Rakyat dan lebih memalukan Ketua Pembangkang yang dilabel sebagai PM sebenar Dato Sri anwar Ibrahim masih berada di New Zealand bersama keluarga dan tergamak mengatakan tiket kapal terbang tidak boleh ditukar untuk pulang lebih awal, agaknya PM itu benar- benar tidak mempunyai wang dan miskin benar hingga tidak mampu untuk membeli tiket lain, alasan yang bodoh dan membodohkan.

Ketka banjir berlaku ini juga tokoh paling berpengaruh dan menjadi ketaksuban penyokong PAS Kelantan tidak mampu lagi berkata apa dan hanya boleh berada di hospital kerana kesihatan semakin merosot, beliau barangkali amat terkesan kerana saham beliau dalam pengurusan negeri juga sudah limpah di depan tangga rumah beliau sendiri di Kg Pulau Melaka, apakah seorang yang dianggap wali oleh penyokong totok tidak lagi menjadi manusia yang disegani oleh alam..?

Kerajaan PAS tidak cuba mencari sumber pendapatan yang lebih terjamin, kerajaan PAS tidak mempunyai pakar ekonomi selain daripada pakar putar belit dalam tuntutan Petrolium dan gas sahaja, kita bersyukur Petronas dan kerajaan tegas dalam pengagihan wang hasil minyak tersebut jika tidak rakyat hanya tertipu lagi dan hanya dapat melihat pemimpin negeri menjadi kaya dan pembelaan terhadap orang BN dan hak mereka sebagai rakyat negeri dinafikan. 

Untuk membiayai gerak kerja parti dan kelangsungan kuasa mereka hanya mengeksploit hasil bumi seperti biji besi, emas dan kayu balak secara berleluasa dan tidak mendapat keuntungan jangka panjang, ini dilakukan secara sangat tidak berhemah kerana sangat terdesak untuk memperolehi sumber kewangan hanya untuk membayar kos pengurusan negeri dan elaun wakil rakyat dan exco sahaja. Akibatnya alam tidak redha sebagaimana bumi menangis dari Gua Musang hingg ke Tumpat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan