clixsense

Khamis, 2 November 2017

Kuasa Queen

Saya bukan dilahirkan dalam keluarga yang senang, tinggal pun di rumah kecik paling tercorok dalam kampung, untuk ke rumah kami terpaksa melalui belakang rumah orang dan menyusur hutan kecil kebun kelapa, tinggal disitu membuatkan kami tidak bernasib baik dan selalu menghadapi masalah mendapatkan air bersih kerana perigi yang digali akan mengeluarkan air yang kelat dan masam.. maka mandi dan mengangkut air dari sungai adalah rutin kami sekeluarga. Saya belajar di sekolah Kebangsaan. Tiada apa yang mendedahkan saya dan juga budak budak kampung saya untuk mengenali alat permainan anak anak orang berada... Seingat saya "Catur" sangat asing dan saya langsung tidak memahami permainan itu hingga saya anggap itu adalah permainan santai orang- orang elit dan pintar hinggalah satu hari dimana saya sudah dewasa dan bekerja, saya tertarik dengan buah catur yang berbentuk pelbagai dan hebat. Saya membuat pembacaan tentang permainan itu dan akhirnya kadangkala saya rasa hebat bila dapat mencabar dan mengalahkan komputer... wah rasa setaraf dengan pemain catur handal dari Russia, Garry Kasparov.

Kini bila terdedah dalam suasana politik, saya semakin tersenyum dengan watak- watak dalam permainan catur, ada tentera ada alim ulama ada kubu pertahanan ada kenderaan perang (kuda) lagii.. ada raja atau King dan paling penting ada Permaisuri atau Queen. Hampir cukup untuk memahami peranan dan gandingan dalam mempertahankan permainan, King yang berjaya di Checkmate akan kalah walaupun lain lain watak masih banyak. Bila diterjemahkan kedalam politik contohnya negara kita, walaupun Queen itu seumpama Perdana Menteri dan King itu ibarat YDP Agong. Tetapi saya tercuit untuk meletakkan King itu Perdana Menteri dan Queen pula Isteri Perdana Menteri.

Jika dilihat dalam perjalanan politik Perdana Menteri yang Kini DS Najib, beliau menjadi target kepungan dan buruan oleh pihak lawan, ia diintai dan dicari kelemahan, orang- orang disekelilingnya kadangkala tersungkur dan penyokong diasak namun sasaran paling utama adalah untuk mematikan langkah Perdana Menteri agar menyerah kalah. Tetapi peranan Queen atau DS Rosmah Mansor sangat sangat aktif dan kehulu- kehilir bergerak penuh muslihat walaupun dari jauh, pihak lawan terpaksa memerhatikan di mana Rosmah sebelum menyerang DS Najib, silap silap haribulan semua mengundur dan tumbang ditangan Rosmah. 

Itulah catur walaupun saya umpamakan DS Najib dan DS Rosmah untuk watak tersebut, jangan pula kita lupa bahawa Lim Guan Eng juga ada Betty Chew sebagai Queen, Mohd Sabu pun ada Queen pujaannya iaitu Normah dan Queen yang paling tekenal dan aktif menerkam adalah Queen Wan Azizah. Queen yang juga suka membawa tiara palsu kehulu hilir bersama Mahathir dan menjadi doktor peribadi yang paling setia persis Queen kepunyaan Anwar adalah Siti Hasmah. Jangan lupa HJ Hadi juga ada Queen Queen yang mengelilingi walaupun senyap tetapi sangat perlu

Saya percaya pemain pemain catur sangat sayang dan menjaga Queen mereka kerana itulah tulang belakang pemerintahan King.

Ahad, 27 Ogos 2017

Politik dalam Teori Maslow dan Abu Nawas

Abraham Maslow dalam teori keperluan hierarki menyatakan 5 keperluan dalam setiap diri manusia iaitu keperluan fisiologikal. keperluan keselamatan, keperluan sosial, keperluan keyakinan diri dan keperluan pencapaian diri sebagaimana di bawah

Image result for teori  maslow

Teori di atas dialami oleh setiap manusia, ianya berbeza bagi setiap orang. Jika dilihat dalam teori Maslow, kita melihat tidak ramai manusia yang berada di puncak kehidupan atau pada tahap Keperluan kesempurnaan Diri.

dalam politik, Para pemimpin dan ketua kebanyakakannya sampai ke tahap ketiga iaitu keperluan sosial dan sedang menikmati atau menuju ke arah tahap Keperluan keyakinan Diri iaitu tahap yang di mana mereka diraikan diberi kedudukan yang baik dalam majlis majlis, disebut sebut namanya dan diberikan cenderamata dan penghargaan. Dalam politik sangat jarang orang yang mencapai tingkat tertinggi dalam hidupnya iaitu tahap Keperluan Pencapaian Diri. tahap ini jika berlaku di negara kita ia mungkin boleh dikatakan dimiliki oleh Yang Di Pertuan Agong, Sultan juga pembesar pembesar yang sudah mengalami kepuasan diri dan melepasi semua keperluan lain. mereka hanya menikmati hasil kerja mereka, melihat perjalanan dibelakang dengan kebangaan dan berharap yang mendatang memenuhi apa yang diinginkannya.

Tun Dr Mahathir adalah satu contoh pemimpin yang pernah berada di puncak keperluannya, pernah menjadi Idola para pengikut, dikagumi dan disegani. namun kebelakangan ini tindak tanduk bekas Ketua Kerajaan paling lama itu menyebabkan beliau menjatuhkan dirinya hingga ke tahap kedua keperluan iaitu Keperluan Keselamatan Diri, walaupun dalam waktu yang sama sudah berada di tahap Keperluan ke empat. Tahap keperluan tertinggi tidak lagi dimiliki oleh Tun Mahathir.

Banyak pemimpin yang tidak sabar, rakus dan membelakangi rakyat yang rata rata masih di tahap pertama iaitu keperluan Fisiologi walaupun di Malaysia majoriti rakyat sudah berada di tahap ke Tiga iaitu Keperluan Sosial. Pemimpin pemimpin yang dulunya hebat adakalanya menjadi seorang yang dilihat malas menggunakan anugerah tuhan sebagai pemimpin yang mempunyai sentuhan semulajadi mereka lebih banyak menggunakan kepintaran itu untuk memanipulasi orang orang bawahan sebagai penghubung, mereka anggap keselesaan menggunakan orang bawahan akan lebih melonjakkan dirinya, tanpa menyedari dalam waktu yang sama ada pihak- pihak yang sedang nampak dan menilai apa yang dilakukan itu akan sedikit demi sedikit menyebabkan pemimpin terpaksa menelan situasi yang membodohkan diri sendiri sebagaimana kisah Abu Nawas mengirim surat kepada Isterinya dari penjara.

Istriku tercinta, Jangan bersedih dengan keadaanku sekarang ini, Aku baik-baik saja. Sepeninggalku tak perlu Kamu risau bagaimana kamu menghadapi hidup sendirian. Istriku tercinta, Ketahuilah kalau Kita masih ada simpanan harta karun yang berupa emas, permata dan berlian. Semua itu Aku tanam di ladang kentang di belakang rumah Kita. Cubalah Kau gali pasti Kau akan menemuinya. Gunakanlah untuk keperluanmu selama aku di sini. Suamimu tercinta, Abu Nawas
Setelah selesai menuliskan surat tersebut, Abu Nawas memanggil penjaga dan memintanya untuk mengantarkan surat itu kepada istrinya. Penjaga yang diberi surat itu gelisah dan membuka surat Abu Nawas tersebut. Setelah mengetahui isi surat, sang penjaga melaporkan kepada Sultan Harun Al Rasyid.
Setelah membaca surat Abu Nawas untuk istrinya, Sultan memerintahkan pengawalnya untuk pergi kerumah Abu Nawas. Para pengawal tersebut diperintahkan untuk menggali ladang kentang milik Abu Nawas dan mengambil harta karun yang ada di ladang tersebut.
Tak berapa lama kemudian sampailah para pengawal kerajaan di rumah Abu Nawas. Tanpa meminta kebenaran mereka terus menuju ke ladang kentang milik Abu Nawas. Mereka menggali ladang kentang tersebut. Istri Abu Nawas yang tidak tau apa-apa heran melihat banyak pengawal menggali ladang kentangnya. Tapi dalam hatinya dia berasa lega kerana kerja mencangkul ladang sekarang sudah ada orang yang melakukannya walaupun Abu Nawas tidak ada dirumah.
Sudah seluruh ladang milik Abu Nawas digali tapi tidak ada harta karun yang dijumpai. Akhirnya para pengawal itu menghentikan kerja penggalian dan kembali ke Istana melaporkan kejadian itu kepada Sultan.
Abu Nawas yang mendengar para pengawal sudah kembali dari rumahnya menulis sepucuk surat lagi untuk isterinya.
Istriku tercinta, Sultan sudah sangat baik mengirimkan para pengawalnya untuk membantu Kita mengolah tanah di ladang. Sekarang ladang Kita sudah dicangkul semua. Sekarang Kamu tentu lebih mudah menanam kentang, tidak perlu bising lagi mencangkul ladang sebegitu luas. Sabarlah istriku, Aku akan cepat pulang karena Sultan orang yang bijaksana. Beliau tahu kalau aku tidak bersalah. Pasti sebentar lagi aku akan dibebaskan. Suamimu, Abu Nawas
Surat itu diberikan kepada penjaga penjara untuk disampaikan kepada istrinya di rumah. Dan sesuai dugaan Abu Nawas, surat itu disampaikan kepada Sultan oleh penjaga penjara. Setelah tahu isi surat itu, Sultan merasa malu kepada dirinya sendiri.
Sebagai seorang Sultan yang berkuasa tidak seharusnyalah Beliau penjarakan Abu Nawas dengan alasan yang tidak jelas. Beliau sedar akan kekeliruannya itu, kemudian memerintahkan pengawalnya untuk membebaskan Abu Nawas dari penjara.
Teori Maslow tidak asing lagi kepada pelajar- pelajar sains Sosial di Pusat pengajian Tinggi, ia sesuai untuk semua manusia. Dalam teori ini Pemimpin Politik dan Pemimpin Masyarakat khasnya boleh dengan rakus dan lahapnya untuk mencapai tahap tahap berbentuk material tetapi untuk memiliki tahap Keperluan Sosial terutama kasih sayang ia tidak lagi boleh dimiliki semata mata dengan harta dan kemewahan, dalam pemerhatian kepada pemimpin seperti Tun Mahathir penyebab kepada menurunnya tahap keperluan adalah kerana keinginannya untuk meletakkan anaknya Mukriz sebagai Perdana Menteri, sebagai orang yang sangat pintar dan licik faktor DAP, Muhyiddin, Mohd Sabu dan juga keterlibatan secara tak langsung tokoh yang dulu dihumbanya iaitu Anwar Ibrahim bukanlah faktor yang mempengaruhi Tun Mahathir. begitu juga tahap Keperluan Keyakinan diri yang hampir seluruhnya bergantung kepada penerimaan orang lain dan tahap kepuasan yang tertinggi iaitu Keperluan Pencapaian Diri sangat rapat dengan sifat keikhlasan, Pengorbanan, kepasrahan dan Ketuhanan.

Walaupun tulisan ini hanya merujuk kepada contoh Tun Mahathir ianya adalah mesej dan tulisan yang boleh juga terpakai kepada semua penyokong, ahli, pemain, penasihat, pendokong dan semua yang meletakkan diri sebagai sebahagian dari orang politik.

Ahad, 19 Mac 2017

kepayahan di Bachok

Kelantan, negeri unik kaya dengan budaya, kepelbagaian yang jarang ada di negeri lain baik dari segi beragama, bersosial, berekonomi dan juga politik. Seseorang yang hebat di peringkat nasional atau persada antarabangsa belum menjamin penerimaan masyarakatnya sendiri, belum boleh menjadi jaguh dihalaman sendiri dari segi apa pun. Menawan hati orang Kelantan tidak memerlukan seseorang yang kelihatan hebat, kaya, berkedudukan tinggi, atau berketurunan bangsawan.
Dalam berpolitik, bangsa Kelantan menjadikan sebahagian cara hidup, setiap amalan harian akan dikaitkan dengan politik, setiap hari politik menjadi perbualan di mana sahaja, begitu teliti dan cereweknya orang Kelantan hendak menzahirkan sokongan dalam pilihanraya.
Dalam sebuah negeri yang unik, Parlimen Bachok adalah sebuah kawasan yang menyaksikan ramai pemimpin berkebolehan berasal dari sini dan tidak kurang juga yang membawa diri ke tempat lain untuk terus menghidupkan cita cita sebagai pemimpin hebat antaranya YB Dato Sri Mustapha Mohamed (AP Jeli), YB Tan Sri Annuar Musa (AP Ketereh), YB Datuk Jazlan Yaakob (AP Machang), YB Norzula Mat Diah (Adun Paloh, Gua musang).
Orang Bachok hampir memiliki tandatangan di wang kertas Ringgit Malaysia jika Timbalan Gabenor Bank Negara waktu itu tidak menjerumuskan diri dalam politik, Dato Dr Awang Adek b. Hussin memulakan langkah cemerlang apabila bertanding dalam PRU11 dan menamatkan sejarah BN tidak pernah menang di parlimen Bachok bersama Dato Dr Ilias b. Husain di DUN Jelawat. Kemenangan pada pilihanraya tersebut terus diambil manfaat oleh mereka dengan membawa perubahan kepada Parlimen dan DUN yang dimenangi. Bachok mula menuai hasi kemenangan YB Dato Dr Awang Adek beliau diangkat sebagai Timbalan Menteri KKLW. Kini walaupun BN tidak lagi mewakili rakyat dalam kerajaan namun jasa Ahli Parlimen dan seorang Adun BN pada pilihanraya tahun 2004 jelas berjaya membawa Universiti dan Hospital ke Bachok.
Perdana Menteri juga mengumumkan Stesen ECRL di Jelawat, satu kejutan dan pembangunan yang nyata untuk rakyat Bachok atas sokongan pada PRU ke 11. Dua projek berimpak besar tersebut adalah antara banyak projek lain yang terus dibawa ke Bachok biarpun tanpa wakil rakyat. PRU ke12, walaupun tewas Dato Awang Adek masih dituntut kepakarannya dalam kabinet Kerajaan Dato' Dr Awang Adek sebagai pemimpin berbakat  terus mendapat tempat dalam Kerajaan dengan diangkat pula sebagai Senator dan diletakkan sebagai Timbalan Menteri Kewangan, dengan kedudukan tersebut pelbagai pembangunan terus dibawa ke Bachok, rangkaian jalan raya dan jalan berturap giat dibuka dan dinaiktaraf sebagaimana parlimen yang diwakili oleh wakil BN lain, Hub Pendidikan terus di usahakan, kebajikan dan kemudahan kepada petani dan nelayan tidak ketinggalan, pelancongan pantai semakin rancak dan pelbagai lagi yang menjadikan Bachok dan Awang Adek jadi sebutan. Sayangnya sekali lagi pada pilihanraya ke 13 tahun 2013 menjadikan perancangan pemimpin tertinggi UMNO Bachok tersebut terpaksa diabaikan dan tergendala, tidak mampu membawa slogan "Bachok Baru Bachok Maju" dilandasan yang dirancangkan. wakil BN tiada di Parlimen. Sebagai pemimpin yang ilmu dan pengalamannya diperlukan oleh negara Dato' Dr Awang Adek dihantar ke negara kuasa dunia USA sebagai Duta Besar dengan panggilan hormat tertinggi iaitu Yang Amat Berbahagia (YABhg) Tuan Yang Terutama Dato' Dr Awang Adek b. Hj Hussin, Parti UMNO di Bachok sepi dan YABhg TYT menyerahkan kuasa pengurusan kepada Timbalannya iaitu Dato Dr Ilias Hussian untuk menyelaras Parlimen.
Dato' Ilias sebagai timbalan bos nya yang setia tidak asing lagi sebagai seorang yang berbudaya kampung menunjukkan kebolehan dalam menarik perhatian, beliau berusaha menyatukan perpecahan sesama ahli, menjelajah secara solo ke segenap kawasan tanpa mengira waktu, Dato Ilias menampilkan cara hubungan masyarakat yang lebih menyentuh peribadi, mampu memenuhi permintaan permintaan kecil rakyat. menguruskan parti berdasarkan keupayaan dan kesungguhan jentera. Boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja tanpa merujuk kepada jawatan politik tetapi sangat berhati hati dalam perbelanjaan dan Pemangku Ketua Bahagian ini sangat peka dan berminat dengan angka- angka pergerakan sokongan rakyat yang realistik, suatu kecenderungan yang jarang diambil peduli oleh kebanyakan pemimpin.
      Setelah tidak menyambung perkhidmatannya di Washington DC, Dato Dr Awang Adek meluangkan banyak masa di Bachok, keikhlasan beliau membantu parti UMNO telah memberi keyakinan kepada penyokong dan mungkin beliau akan menyertai senarai calon yang akan bertanding atas tiket BN. Kali ini beliau lebih berhati hati dalam setiap langkah, tidak gopoh dalam menangani keperluan rakyat, mula mengenali kawan dan lawan dari dalam dan luar parti. Dato' Awang Adek dalam kelasnya tersendiri tetap mempunyai pengikut di setiap pergerakkannya, masih terus dilihat pemimpin yang disegani oleh rakyat serta jentera parti. Kemunculan beliau di mana sahaja sebolehnya direncana dengan teratur oleh pengelola.
Kehadiran Perdana Menteri DS Najib dalam majlis pecah tanah hospital Bachok pada 12 Mac 2017 dengan jelas dan yakin berkata bahawa pembangunan yang dibawa kepada rakyat Kelantan adalah atas rasa tanggungjawab kepada rakyat dan tidak memberi hukuman kepada rakyat atas penolakan kepada parti BN malahan di masa pentadbirannya peruntukan untuk Kelantan ditambah sekali ganda daripada sebelumnya. Pun begitu untuk Bachok, pengerusi BN menyahut 3 janji yang akan menjadi manifesto pilihanraya bagi Bachok yang dicadangkan oleh Dato Dr Awang Adek sebagai Pengerusi BN Parlimen Bachok.
1. Jalan bertingkat / flyover di pekan Jelawat
2. Mendalamkan kuala Kemasih untuk kemudahan nelayan dan berperanan sebagai pelabuhan
3. Menubuhkan sebuah sekolah berasrama penuh 
Berdasarkan cara pentadbiran Perdana Menteri kini, ditambah dengan apa yang disedari oleh rakyat, pemimpin UMNO / BN khasnya di Bachok tidak boleh terlalu bergantung dengan janji- janji pembangunan fiskal semata, Pengundi cukup tahu bahawa Parlimen Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa tetap dibangunkan oleh kerajaan pusat biarpun menjadi kubu amat teguh oleh parti PAS dan menang dengan tradisi majoriti besar setiap kali pilihanraya. Pengundi Bachok sudah menterjemahkan pilihan mereka dan Jentera BN serta penyokong perlu menyedari bahawa kali ini mereka melawan PAS sebagai sangat perit kerana Dato Awang Adek tidak lagi Timbalan Menteri, Sudah tidak banyak dana yang dihulur ke Bachok, tidak berlaku lagi penggunaan jentera PPD dan guru guru secara terbuka dalam menyokong parti dan yang perlu di insafi adalah Jawatankuasa UMNO Bahagian adalah dalam keadaan lemah, kurang pengalaman berbanding barisan penggal yang lalu, isu tempatan juga kurang diberi perhatian atau tiada yang boleh melonjak kebencian kepada PAS sebagaimana isu tempat pelupusan sampah di Beris Lalang, isu itu hanya berkesan di satu PDM sahaja, tidak mampu memberi kesan kepada seluruh 50 PDM dalam Bachok, maka isu isu nasional lah yang lebih mempengaruhi pengundi terutama pengundi muda di rantauan.
Bachok akan beralih kepada BN dengan lebih mudah sekiranya penyokong PAS berpecah dan lari kepada PAN dengan harapan penyokong BN tidak tertarik kepada BERSATU. Perubahan sikap pengundi, daya tarik calon bakal bertanding dan kejituan barisan hadapan parti adalah penentu kepada "Bachok Milik BN" Dato Awang Adek boleh memilih kerusi Dun Jelawat sekiranya ingin bergelar YB dengan lebih senang dan harmoni beliau juga boleh bertanding dan hanya beliau satu satunya watak sesuai di Parlimen Bachok sekiranya masih berhajat berada di Putrajaya namun taruhannya pasti berisiko. 



Selasa, 7 Februari 2017

Ahli UMNO masuk sekolah..

UMNO sentiasa sedar dan setiasa menyekolahkan ahli ahli mereka daripada kepimpinan tertinggi hingga pemimpin kecil dan pengikut biasa dicawangan dan kampung- kampung. Satu himpunan antara ahli parti diadakan di tempat yang jauh daripada tempat bergiat, suatu suasana yang amat sesuai untuk menyelami kehendak dan harapan barisan hadapan parti, Ketua cawangan boleh melihat tigkah ketua dan semua rakan peserta, ketua cawangan melihat sentuhan kemesraan dan ketua cawangan amat tahu menilai harga diri mereka kepada ketua mereka, barangkali ini yang UMNO tidak dapat menyekolahkan ahli- ahli, ia bukan dibuat- buat, ia bukan boleh diajar dan ia bukan boleh digambarkan melalui swafoto- swafoto yang hebat. Ketua cawangan dan penggiat adalah orang yang sangat penting dan menjadi imej serta latar sokongan dalam setiap pilihanraya, tanpa mereka parti tidak dapat berdiri mendabik dengan gagah, ketua tidak ada nilai tanpa sokongan daripada mereka. Malangnya mereka yang dikatakan benteng paling setia kepada parti hanya seringkali digunakan sebagai memenuhi upacara dan memenuhkan senarai sahaja. Keuntungan parti tidak banyak dikecapi oleh mereka, mereka cumalah biasa biasa sahaja, mereka tidak rasa diperkasakan, masih ramai yang merungut tidak dapat merasai pengorbanan ibu bapa dan diri yang sentiasa setia memenuhi kerahan parti, bersekang mata bila musim kempen, berhabis duit untuk memenuhi permintaan anak buah. Walaupun tidak semua yang sangat berbakti tapi yang bukan semua inilah antara ketua di cawangan mudah menjadi sinis apabila kehendak mereka menggerakkan parti dicawangan berdepan kekangan kewangan dalam masa yang sama mereka dihidangkan cerita diperlihatkan secara nyata lagak penjawat atasan tidak menghadapi masalah untuk bersantai ria. bergaya glamer, bersukan mewah dengan sebilangan broker- broker kewangan yang mendapat habuan setelah menggunakan nama parti tetapi begitu kedekut untuk menghulur kepada sasaran sebenar. Pegawai pegawai yang bertanggungjawab menjana kewangan parti masih gagal menterjemahkan peruntukan pembangunan menjadi tabung parti, gagal menambahkan harta parti, masih berkira dalam kerja- kerja untuk parti tapi dalam masa yang sama sangat cekap memenuhkan poket masing masing dengan menjaja nama dan kedudukan dalam parti di setiap Kementerian kononnya untuk parti. ketua ketua dan penggerak dicawangan sentiasa menghadapi rasa kecewa. Ketua di cawangan bukan alat dan mereka tahu walaupun ketua mereka tidak disingkir dari kepimpinan parti tapi mereka tidak akan bersemangat untuk menterjemahkan sokongan dalam peti undi.. Apa yang boleh dibanggakan jika menang tidak membawa untung dan kalau kalah bukanlah jadi bebanan.. sama sahaja. Ahli UMNO bukan seperti ahli PAS yang boleh bersetuju atas setiap benda.. Ahli UMNO bukan boleh menjadi seperti ahli PAS yang dungu dan tetap memangkah calon PAS dalam pilihanraya walaupun tahu calon mereka hanyalah ting kosong dan tak dapat berbuat apa apa seperti buah kelapa ditebuk tupai, tak ada nilai..
Program menyekolahkan ahli parti bukanlah berlaku kepada UMNO sahaja tetapi juga semua parti- parti politik ia bolehlah diumpamakan semua ahli keluarga berkumpul dan berkelah disuatu tempat, tiada agenda yang lebih utama dalam program begini. Kemesraan, penyatuan dan mencapai kata sepakat yang mana UMNO Bachok mempunyai slogan yang baik iaitu 3S.