Teori di atas dialami oleh setiap manusia, ianya berbeza bagi setiap orang. Jika dilihat dalam teori Maslow, kita melihat tidak ramai manusia yang berada di puncak kehidupan atau pada tahap Keperluan kesempurnaan Diri.
dalam politik, Para pemimpin dan ketua kebanyakakannya sampai ke tahap ketiga iaitu keperluan sosial dan sedang menikmati atau menuju ke arah tahap Keperluan keyakinan Diri iaitu tahap yang di mana mereka diraikan diberi kedudukan yang baik dalam majlis majlis, disebut sebut namanya dan diberikan cenderamata dan penghargaan. Dalam politik sangat jarang orang yang mencapai tingkat tertinggi dalam hidupnya iaitu tahap Keperluan Pencapaian Diri. tahap ini jika berlaku di negara kita ia mungkin boleh dikatakan dimiliki oleh Yang Di Pertuan Agong, Sultan juga pembesar pembesar yang sudah mengalami kepuasan diri dan melepasi semua keperluan lain. mereka hanya menikmati hasil kerja mereka, melihat perjalanan dibelakang dengan kebangaan dan berharap yang mendatang memenuhi apa yang diinginkannya.
Tun Dr Mahathir adalah satu contoh pemimpin yang pernah berada di puncak keperluannya, pernah menjadi Idola para pengikut, dikagumi dan disegani. namun kebelakangan ini tindak tanduk bekas Ketua Kerajaan paling lama itu menyebabkan beliau menjatuhkan dirinya hingga ke tahap kedua keperluan iaitu Keperluan Keselamatan Diri, walaupun dalam waktu yang sama sudah berada di tahap Keperluan ke empat. Tahap keperluan tertinggi tidak lagi dimiliki oleh Tun Mahathir.
Banyak pemimpin yang tidak sabar, rakus dan membelakangi rakyat yang rata rata masih di tahap pertama iaitu keperluan Fisiologi walaupun di Malaysia majoriti rakyat sudah berada di tahap ke Tiga iaitu Keperluan Sosial. Pemimpin pemimpin yang dulunya hebat adakalanya menjadi seorang yang dilihat malas menggunakan anugerah tuhan sebagai pemimpin yang mempunyai sentuhan semulajadi mereka lebih banyak menggunakan kepintaran itu untuk memanipulasi orang orang bawahan sebagai penghubung, mereka anggap keselesaan menggunakan orang bawahan akan lebih melonjakkan dirinya, tanpa menyedari dalam waktu yang sama ada pihak- pihak yang sedang nampak dan menilai apa yang dilakukan itu akan sedikit demi sedikit menyebabkan pemimpin terpaksa menelan situasi yang membodohkan diri sendiri sebagaimana kisah Abu Nawas mengirim surat kepada Isterinya dari penjara.
Istriku tercinta, Jangan bersedih dengan keadaanku sekarang ini, Aku baik-baik saja.
Sepeninggalku tak perlu Kamu risau bagaimana kamu menghadapi hidup
sendirian. Istriku tercinta, Ketahuilah kalau Kita masih ada simpanan
harta karun yang berupa emas, permata dan berlian. Semua itu Aku tanam di
ladang kentang di belakang rumah Kita. Cubalah Kau gali pasti Kau akan
menemuinya. Gunakanlah untuk keperluanmu selama aku di sini. Suamimu
tercinta, Abu Nawas
Setelah selesai menuliskan surat tersebut, Abu
Nawas memanggil penjaga dan memintanya untuk mengantarkan surat itu kepada
istrinya. Penjaga yang diberi surat itu gelisah dan membuka surat Abu Nawas
tersebut. Setelah mengetahui isi surat, sang penjaga melaporkan kepada Sultan
Harun Al Rasyid.
Setelah membaca surat Abu Nawas untuk istrinya,
Sultan memerintahkan pengawalnya untuk pergi kerumah Abu Nawas. Para pengawal
tersebut diperintahkan untuk menggali ladang kentang milik Abu Nawas dan
mengambil harta karun yang ada di ladang tersebut.
Tak berapa lama kemudian sampailah para pengawal
kerajaan di rumah Abu Nawas. Tanpa meminta kebenaran mereka terus menuju ke
ladang kentang milik Abu Nawas. Mereka menggali ladang kentang tersebut. Istri
Abu Nawas yang tidak tau apa-apa heran melihat banyak pengawal menggali ladang
kentangnya. Tapi dalam hatinya dia berasa lega kerana kerja mencangkul ladang
sekarang sudah ada orang yang melakukannya walaupun Abu Nawas tidak ada
dirumah.
Sudah seluruh ladang milik Abu Nawas digali tapi
tidak ada harta karun yang dijumpai. Akhirnya para pengawal itu menghentikan
kerja penggalian dan kembali ke Istana melaporkan kejadian itu kepada Sultan.
Abu Nawas yang mendengar para pengawal sudah
kembali dari rumahnya menulis sepucuk surat lagi untuk isterinya.
Istriku tercinta, Sultan sudah sangat baik mengirimkan para pengawalnya untuk
membantu Kita mengolah tanah di ladang. Sekarang ladang Kita sudah dicangkul
semua. Sekarang Kamu tentu lebih mudah menanam kentang, tidak perlu bising
lagi mencangkul ladang sebegitu luas. Sabarlah istriku, Aku akan cepat
pulang karena Sultan orang yang bijaksana. Beliau tahu kalau aku tidak
bersalah. Pasti sebentar lagi aku akan dibebaskan. Suamimu, Abu Nawas
Surat itu diberikan kepada penjaga penjara untuk
disampaikan kepada istrinya di rumah. Dan sesuai dugaan Abu Nawas, surat itu
disampaikan kepada Sultan oleh penjaga penjara. Setelah tahu isi surat itu,
Sultan merasa malu kepada dirinya sendiri.
Sebagai seorang Sultan yang berkuasa tidak
seharusnyalah Beliau penjarakan Abu Nawas dengan alasan yang tidak jelas.
Beliau sedar akan kekeliruannya itu, kemudian memerintahkan pengawalnya untuk
membebaskan Abu Nawas dari penjara.
Teori Maslow tidak asing lagi kepada pelajar-
pelajar sains Sosial di Pusat pengajian Tinggi, ia sesuai untuk semua manusia.
Dalam teori ini Pemimpin Politik dan Pemimpin Masyarakat khasnya boleh dengan
rakus dan lahapnya untuk mencapai tahap tahap berbentuk material tetapi untuk
memiliki tahap Keperluan Sosial terutama kasih sayang ia tidak lagi
boleh dimiliki semata mata dengan harta dan kemewahan, dalam pemerhatian kepada
pemimpin seperti Tun Mahathir penyebab kepada menurunnya tahap keperluan adalah
kerana keinginannya untuk meletakkan anaknya Mukriz sebagai Perdana Menteri,
sebagai orang yang sangat pintar dan licik faktor DAP, Muhyiddin, Mohd Sabu dan
juga keterlibatan secara tak langsung tokoh yang dulu dihumbanya iaitu Anwar
Ibrahim bukanlah faktor yang mempengaruhi Tun Mahathir. begitu juga tahap Keperluan
Keyakinan diri yang hampir seluruhnya bergantung kepada penerimaan
orang lain dan tahap kepuasan yang tertinggi iaitu Keperluan Pencapaian
Diri sangat rapat dengan sifat keikhlasan, Pengorbanan, kepasrahan dan
Ketuhanan.
Walaupun tulisan ini hanya merujuk kepada contoh
Tun Mahathir ianya adalah mesej dan tulisan yang boleh juga terpakai kepada
semua penyokong, ahli, pemain, penasihat, pendokong dan semua yang meletakkan
diri sebagai sebahagian dari orang politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan