clixsense

Ahad, 19 Mac 2017

kepayahan di Bachok

Kelantan, negeri unik kaya dengan budaya, kepelbagaian yang jarang ada di negeri lain baik dari segi beragama, bersosial, berekonomi dan juga politik. Seseorang yang hebat di peringkat nasional atau persada antarabangsa belum menjamin penerimaan masyarakatnya sendiri, belum boleh menjadi jaguh dihalaman sendiri dari segi apa pun. Menawan hati orang Kelantan tidak memerlukan seseorang yang kelihatan hebat, kaya, berkedudukan tinggi, atau berketurunan bangsawan.
Dalam berpolitik, bangsa Kelantan menjadikan sebahagian cara hidup, setiap amalan harian akan dikaitkan dengan politik, setiap hari politik menjadi perbualan di mana sahaja, begitu teliti dan cereweknya orang Kelantan hendak menzahirkan sokongan dalam pilihanraya.
Dalam sebuah negeri yang unik, Parlimen Bachok adalah sebuah kawasan yang menyaksikan ramai pemimpin berkebolehan berasal dari sini dan tidak kurang juga yang membawa diri ke tempat lain untuk terus menghidupkan cita cita sebagai pemimpin hebat antaranya YB Dato Sri Mustapha Mohamed (AP Jeli), YB Tan Sri Annuar Musa (AP Ketereh), YB Datuk Jazlan Yaakob (AP Machang), YB Norzula Mat Diah (Adun Paloh, Gua musang).
Orang Bachok hampir memiliki tandatangan di wang kertas Ringgit Malaysia jika Timbalan Gabenor Bank Negara waktu itu tidak menjerumuskan diri dalam politik, Dato Dr Awang Adek b. Hussin memulakan langkah cemerlang apabila bertanding dalam PRU11 dan menamatkan sejarah BN tidak pernah menang di parlimen Bachok bersama Dato Dr Ilias b. Husain di DUN Jelawat. Kemenangan pada pilihanraya tersebut terus diambil manfaat oleh mereka dengan membawa perubahan kepada Parlimen dan DUN yang dimenangi. Bachok mula menuai hasi kemenangan YB Dato Dr Awang Adek beliau diangkat sebagai Timbalan Menteri KKLW. Kini walaupun BN tidak lagi mewakili rakyat dalam kerajaan namun jasa Ahli Parlimen dan seorang Adun BN pada pilihanraya tahun 2004 jelas berjaya membawa Universiti dan Hospital ke Bachok.
Perdana Menteri juga mengumumkan Stesen ECRL di Jelawat, satu kejutan dan pembangunan yang nyata untuk rakyat Bachok atas sokongan pada PRU ke 11. Dua projek berimpak besar tersebut adalah antara banyak projek lain yang terus dibawa ke Bachok biarpun tanpa wakil rakyat. PRU ke12, walaupun tewas Dato Awang Adek masih dituntut kepakarannya dalam kabinet Kerajaan Dato' Dr Awang Adek sebagai pemimpin berbakat  terus mendapat tempat dalam Kerajaan dengan diangkat pula sebagai Senator dan diletakkan sebagai Timbalan Menteri Kewangan, dengan kedudukan tersebut pelbagai pembangunan terus dibawa ke Bachok, rangkaian jalan raya dan jalan berturap giat dibuka dan dinaiktaraf sebagaimana parlimen yang diwakili oleh wakil BN lain, Hub Pendidikan terus di usahakan, kebajikan dan kemudahan kepada petani dan nelayan tidak ketinggalan, pelancongan pantai semakin rancak dan pelbagai lagi yang menjadikan Bachok dan Awang Adek jadi sebutan. Sayangnya sekali lagi pada pilihanraya ke 13 tahun 2013 menjadikan perancangan pemimpin tertinggi UMNO Bachok tersebut terpaksa diabaikan dan tergendala, tidak mampu membawa slogan "Bachok Baru Bachok Maju" dilandasan yang dirancangkan. wakil BN tiada di Parlimen. Sebagai pemimpin yang ilmu dan pengalamannya diperlukan oleh negara Dato' Dr Awang Adek dihantar ke negara kuasa dunia USA sebagai Duta Besar dengan panggilan hormat tertinggi iaitu Yang Amat Berbahagia (YABhg) Tuan Yang Terutama Dato' Dr Awang Adek b. Hj Hussin, Parti UMNO di Bachok sepi dan YABhg TYT menyerahkan kuasa pengurusan kepada Timbalannya iaitu Dato Dr Ilias Hussian untuk menyelaras Parlimen.
Dato' Ilias sebagai timbalan bos nya yang setia tidak asing lagi sebagai seorang yang berbudaya kampung menunjukkan kebolehan dalam menarik perhatian, beliau berusaha menyatukan perpecahan sesama ahli, menjelajah secara solo ke segenap kawasan tanpa mengira waktu, Dato Ilias menampilkan cara hubungan masyarakat yang lebih menyentuh peribadi, mampu memenuhi permintaan permintaan kecil rakyat. menguruskan parti berdasarkan keupayaan dan kesungguhan jentera. Boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja tanpa merujuk kepada jawatan politik tetapi sangat berhati hati dalam perbelanjaan dan Pemangku Ketua Bahagian ini sangat peka dan berminat dengan angka- angka pergerakan sokongan rakyat yang realistik, suatu kecenderungan yang jarang diambil peduli oleh kebanyakan pemimpin.
      Setelah tidak menyambung perkhidmatannya di Washington DC, Dato Dr Awang Adek meluangkan banyak masa di Bachok, keikhlasan beliau membantu parti UMNO telah memberi keyakinan kepada penyokong dan mungkin beliau akan menyertai senarai calon yang akan bertanding atas tiket BN. Kali ini beliau lebih berhati hati dalam setiap langkah, tidak gopoh dalam menangani keperluan rakyat, mula mengenali kawan dan lawan dari dalam dan luar parti. Dato' Awang Adek dalam kelasnya tersendiri tetap mempunyai pengikut di setiap pergerakkannya, masih terus dilihat pemimpin yang disegani oleh rakyat serta jentera parti. Kemunculan beliau di mana sahaja sebolehnya direncana dengan teratur oleh pengelola.
Kehadiran Perdana Menteri DS Najib dalam majlis pecah tanah hospital Bachok pada 12 Mac 2017 dengan jelas dan yakin berkata bahawa pembangunan yang dibawa kepada rakyat Kelantan adalah atas rasa tanggungjawab kepada rakyat dan tidak memberi hukuman kepada rakyat atas penolakan kepada parti BN malahan di masa pentadbirannya peruntukan untuk Kelantan ditambah sekali ganda daripada sebelumnya. Pun begitu untuk Bachok, pengerusi BN menyahut 3 janji yang akan menjadi manifesto pilihanraya bagi Bachok yang dicadangkan oleh Dato Dr Awang Adek sebagai Pengerusi BN Parlimen Bachok.
1. Jalan bertingkat / flyover di pekan Jelawat
2. Mendalamkan kuala Kemasih untuk kemudahan nelayan dan berperanan sebagai pelabuhan
3. Menubuhkan sebuah sekolah berasrama penuh 
Berdasarkan cara pentadbiran Perdana Menteri kini, ditambah dengan apa yang disedari oleh rakyat, pemimpin UMNO / BN khasnya di Bachok tidak boleh terlalu bergantung dengan janji- janji pembangunan fiskal semata, Pengundi cukup tahu bahawa Parlimen Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa tetap dibangunkan oleh kerajaan pusat biarpun menjadi kubu amat teguh oleh parti PAS dan menang dengan tradisi majoriti besar setiap kali pilihanraya. Pengundi Bachok sudah menterjemahkan pilihan mereka dan Jentera BN serta penyokong perlu menyedari bahawa kali ini mereka melawan PAS sebagai sangat perit kerana Dato Awang Adek tidak lagi Timbalan Menteri, Sudah tidak banyak dana yang dihulur ke Bachok, tidak berlaku lagi penggunaan jentera PPD dan guru guru secara terbuka dalam menyokong parti dan yang perlu di insafi adalah Jawatankuasa UMNO Bahagian adalah dalam keadaan lemah, kurang pengalaman berbanding barisan penggal yang lalu, isu tempatan juga kurang diberi perhatian atau tiada yang boleh melonjak kebencian kepada PAS sebagaimana isu tempat pelupusan sampah di Beris Lalang, isu itu hanya berkesan di satu PDM sahaja, tidak mampu memberi kesan kepada seluruh 50 PDM dalam Bachok, maka isu isu nasional lah yang lebih mempengaruhi pengundi terutama pengundi muda di rantauan.
Bachok akan beralih kepada BN dengan lebih mudah sekiranya penyokong PAS berpecah dan lari kepada PAN dengan harapan penyokong BN tidak tertarik kepada BERSATU. Perubahan sikap pengundi, daya tarik calon bakal bertanding dan kejituan barisan hadapan parti adalah penentu kepada "Bachok Milik BN" Dato Awang Adek boleh memilih kerusi Dun Jelawat sekiranya ingin bergelar YB dengan lebih senang dan harmoni beliau juga boleh bertanding dan hanya beliau satu satunya watak sesuai di Parlimen Bachok sekiranya masih berhajat berada di Putrajaya namun taruhannya pasti berisiko. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan