Dalam sejarah penyatuan wilayah banyak berlaku pihak yang sedikit bilangan boleh memenangi suatu peperangan atau menguasai negara, mengambil contoh negara Jepun yang terakhir sekali disatukan oleh Tokugawa Iyasyu dan sehingga kini negara Jepun terdiri daripada wilayah warisan daripada usaha Iyashu. Sebenarnya Jepun hampir dikuasai oleh Daimyo Ishida yang lebih kuat dan ramai tenteranya. Tetapi pembelotan yang dilakukan oleh panglimanya sewaktu perang Ishigahara menyebabkan Tokugawa Iyashu memenangi perang dan Jepun lahir seperti yang kita kenali hari ini.
Parti Umno khasnya bahagian Bachok masih belum boleh melepaskan panglimanya bergerak bersendirian dengan membawa matlamat sendiri sebagaimana terjadi kepada pihak Daimyo bahagian barat yang akhirnya membawa kekalahan sementara diri panglima yang tidak mengikut arahan akan menyesal sebagaimana sejarah di Jepun itu. Negara tetap boleh dibentuk dan boleh bersatu tetapi di tangan pemimpin kelompok lain dan kelompok yang menang itu tidak akan berterima kasih kepada penyumbang kekalahan pihak lawannya.
Sebagaimana kehendak sebahagian besar ahli Umno, di Bahagian Bachok juga Umno masih tidak dapat menerima secara positif jika ada individu dalam parti bergerak sendirian dengan matlamat untuk memenangi pilihanraya, seikhlas manapun usaha solo dengan membelakangkan kepimpinan akan dilihat tidak membawa agenda parti, individu sebegini disokong usahanya tetapi jika dipilih untuk menjadi calon pilihanraya ia tidak akan direstui oleh sebahagian orang Umno sendiri, perpecahan tetap akan terjadi dan perpecahan walaupun sedikit sudah cukup untuk kalah dalam pilihanraya dalam perebutan yang sengit jika ianya pertembungan antara PAS dan Umno.
Kelegaan bila Umno Bachok mempunyai seorang ketua yang berpengalaman dan cepat menghidu ketidakselesaan yang berlaku, ianya dibendung dengan bijak terutama di Dun pantai Irama, Dun Pantai Irama adalah Dun yang mempunyai ramai bakat bakat kepimpinan dan ianya seolah menjadi Dun menonjolkan diri sebagai individu yang layak diketengahkan, masing masing ingin menunjukkan kebolehan.
Untuk Dun Jelawat sebetulnya perkara seperti dialami oleh Dun Pantai Irama sudah pernah dialami, pengikut Umno di Dun Jelawat kelihatan lebih memendam rasa, mereka tidak lantang membantah tetapi mereka akan mentafsirkan di dalam peti undi, sebagaimana dibuktikan dalam PRU14 bila ada perebutan yang ketara jumlah kemerosotan undi Umno di Dun Jelawat melebihi Dun Dun lain dan buat pertama kali kekalahan undi Dun Jelawat mengatasi jumlah undi Dun Pantai Irama. Di dalam parlimen Bachok, Dun Tawang kebiasaanya tidak menjadi rebutan sesiapa yang ingin menjadi calon Dun Tawang menyedari mereka hanya menyumbang untuk membantu undi Parlimen, untuk memenangi kerusi Dun bukan menjadi pilihan.
Hari ini di PDM Kampung Sungai dalam Dun Pantai Irama, Ketua Umno Bahagian Datuk Hj Mohd Zain Yasim memberi isyarat bahawa kehadiran ketua Bahagian dalam program turun ke bawah memberi impak dan tanggapan yang baik, ia sekaligus menggambarkan tidak ada individu dalam parti yang boleh bergerak dengan bebas tanpa ada ketidakpuasan hati jika ketua tidak turut serta biarpun individu bergerak dengan mendakwa mendapat restu Ketua Bahagian, sekiranya Ketua Bahagian tidak hadir itu tandanya pergerakan dilihat tempang dan bermuslihat.
Dalam perjumpaan santai makan pagi di kedai kopi sebelum ziarah bersama penyokong dan penduduk setempat, Penyelaras Dun Pantai Irama En Rozimie Hamzah memberi ucapan berkenaan gerak kerja pilihanra dan diteruskan oleh ucapan Datuk Ketua Umno Bahagian, ucapan yang dipengerusi oleh Cikgu Ya itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Bahagian En Hj Yusof Safei, Ketua Wanita Zakiah Mohd Nor, Pemangku Ketua Pemuda Fazeli, AJK Bahagian Dr Amran, Marzuki Omar, Zila Zahari, Sidek Rajab, Borhan Nor, SUB serta Suk bahagian. ia juga melibatkan ketua ketua cawangan sekitar.
Datuk Hj Mohd Zain Yasim memulakan ucapan dengan memberi kefahaman bahawa semua parti politik di Malaysia sudah diberi peluang mentadbir negara, PH sudah menunjukkan ketidakmampuan mereka merealisasikan manifesto dan janji mereka begitu juga PAS yang dulunya lantang melaungkan Hudud dan Ruu355 akhirnya terpaksa akur bahawa mereka sebagaimana pemerintahan BN sebenarnya amat sukar dan tak mungkin boleh menjayakan keseluruhan undang undang Islam di negara majmuk seperti Malaysia sebagaimana Umno telah usaha lakukan. Kini Umno hanya perlu perkukuhkan parti serta tidak perlu lagi bersusah payah berkempen dan mendakwa mereka parti lebih baik dari PAS. Pengundi telah faham dan tahu parti mana yang benar dalam perjuangan agenda rakyat, pengundi luar yang menjadi kunci menang dan kalah dalam pilihanraya hanya menunggu masa untuk ubah balik memilih parti yang ikhlas kepada rakyat. Umno mempunyai lebih peluang dalam memperolehi kepercayaan pengundi luar berbanding PAS.
Seruan yang ditekankan oleh ketua Umno Bachok secara langsung adalah lupakan soal calon kerana beliau akan ikut apa saja keputusan pucuk pimpinan parti dan akur walaupun mungkin keputusan pucuk pimpinan tidak memihak kepada beliau sendiri atau mana mana individu yang berhajat untuk beradu dalam pilihanraya umum.
Sebagaimana dibuktikan oleh Tokugawa Iyasu bahawa bakat kepimpinan dan ketetapan azam serta penyatuan pasukan boleh menjadi faktor kemenangan kumpulan yang kecil, pihak lain akan lebih tertarik dan ingin bersama kumpulan yang diyakini mempunyai pemimpin yang fokus diyakini serta bijak mengawal persekitaran. Orang akan tertarik untuk bersama pasukan yang difikr boleh diharap boleh dipercayai walaupun dalam kelompok yang tidak besar. PAS memenangi undi di Kelantan bukan kerana mereka ramai tetapi mereka disokong oleh orang lain yang memerhatikan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan