Ahli akar umbi terutamanya ketua- ketua cawangan serta ahli cawangan yang tidak mempunyai jawatan peringkat bahagian atau lebih tinggi berupaya memberi denyut nadi kepada pihak atasan yang ketika ini masih mempunyai pertimbangan menyebelahi kepentingan parti.
Cubaan orang orang tertentu yang berada dalam kerajaan untuk menggagalkan pindaan perlembagaan mengenai penangguhan pemilihan parti akhirnya terpaksa akur dengan penolakan sebahagian besar ahli- ahli Umno. Mungkin ada yang tidak setuju dengan apa yang dikatakan dan memberi hujah bahawa semua penjawat parti termasuk kluster kerajaan juga bersetuju dengan pindaan perlembagaan,
Sebetulnya Ismail Sabri berjaya menghindari kemarahan ahli Umno, sekiranya beliau menolak pindaan perlembagaan Umno sudah tentu beliau akan dimalukan dan tidak berjaya menyekat kehendak presiden dan majoriti ketua bahagian Umno seluruh negara, Memberi sokongan adalah jalan terbaik untuk beliau terus diterima tanpa mengundang rasa prejudis ahli Umno kepada beliau dengan itu perlembagaan diterima sebulat suara termasuk dari Ketereh yang diketahui masih ingin menjadi jaguh tidak bersetuju dengan penangguhan pemilihan parti hingga saat akhir.
Cubaan untuk menolak pindaan oleh KDN yang dikuasai oleh menteri dari parti Bersatu masih terus terjadi, melambatkan keputusan atau tidak memberi jawapan adalah jalan paling mudah untuk memaksa Umno membuat pemilihan atau pertubuhan diharamkan secara otomatik. Sekali lagi.ahli akar umbi rasa parti mereka masih diancam serta tidak dibantu oleh pemimpin mereka yang berada dalam kerajaan, ahli kabinet dari Umno tidak berkata apa serta tidak memberi respon yang boleh melegakan orang Umno mereka seolah menunggu masa untuk bersorak serta ada yang mula menunjukkan kesediaan merebut jawatan utama Umno pusat.
Apabila Setiausaha Agong Umno mengumumkan plan B jika pindaan perlembagaan Umno ditolak, saya kira pertimbagan Perdana Menteri kembali berasas dan sedar bahawa kehendak akar umbi sekali lagi akan mengalahkan perancangan mereka maka jawapan yang sepatutnya tidaklah sukar akhirnya pihak ROS meluluskan pindaan perlembagaan Umno untuk menangguhkan pemilihan sehingga 6 bulan selepas sesuatu pilihanraya umum.
Selepas kejayaan pindaan perlembagaan Umno yang dibawa oleh pihak yang digelar 'kluster mahkamah', gelaran ini dipopular oleh PH dan turut dipersetujui oleh kluster kerajaan. Serangan kepada Presiden Umno dan Bossku masih terus berlaku kali ini melalui ketua pembangkang Anwar Ibrahim, saya andaikan serangan ini juga adalah bagi memulihkan semula sokongan kepada Annuar Musa yang sudah teruk tercalar dikalangan orang orang Umno.
Pengakuan Anwar Ibrahim bahawa dia pernah disokong oleh Zaid dan Najib untuk menjadi Perdana Menteri telah memberi gambaran bahawa Annuar Musa dipihak yang benar sepanjang pertentangan pendapatnya dengan presiden dengan kata lain 'keputusan presiden adalah kehendak parti membantah presiden adalah melawan parti'
Anwar Ibrahim seolah bingung bila dia rasa tertipu dengan (jika benar) helah Zahid dan Bossku sedangkan dia telah ditipu beberapa kali oleh Tun Mahathir sehingga peluangnya untuk menjadi PM disia- siakan sewaktu kerusi parlimen partinya paling besar ketika bersama PH dia juga sudah diampun oleh YDP Agong namun isteri beliau masih tidak mahu menyerah jawatan TPM kepada Anwar Ibrahim sebagai persediaan untuk menjadi PM. Situasi Umno yang sedang tersepit mencari pemimpin waktu itu menyebabkan surat terbuka kepada Anwar dibuat agar Anwar kembali kepada Umno sekiranya masih berhasrat menjadi PM pun begitu manusia unik ini lebih seronok bermain main santai berangan dengan jawatan PM8. Kini masa terbaik itu sudah berlalu.
Sebelum pilihanraya 2018 Presiden Umno pernah diasak dari dalam dan berlaku perpecahan pendapat yang mana parti menyeru kepada ahli agar patuh dan menghormati institusi presiden, namun waktu itu gelombang anti Najib dan Rosmah begitu kuat dimainkan, institusi presiden dan Perdana Menteri tidak lagi diambil peduli sehingga slogan 'I Love PM' dan 'Respect My Presiden' terpaksa digerakkan. Kini ramai ahli Umno sudah mula sedar bila kebenaran mula menyebelahi bekas Presiden dan bekas Perdana Menteri Najib Razak selepas pendedahan demi pendedahan dibuat.
Presiden PAS Hadi Awang pernah mengatakan politik itu adalah perang, perang itu tipu daya serta menipu dalam perang untuk menang tidak menjadi kesalahan. PAS begitu gemar menggunakan taktik ini. Biarpun ahli akar umbi Umno tidak selesa dengan tindakan Zaid dan Najib seperti dakwaan Anwar Ibrahim. Namun ahli Umno mungkin masih waras jika tiada yang berani menipu Anwar Ibrahim mungkin hari ini Ismail Sabri masih menjadi menteri kepada kabinet Muhyiddin Yassin. Parti Umno pula diperkudakan setiap masa oleh parti Bersatu. Mujurlah ada Presiden dan Bossku yang sanggup membuat helah memperdayakan Anwar Ibrahim nak harapkan Annuar Musa dan geng mereka hanya berani mendahulukan atas hal hal yang menjadi cita cita dan kedudukan sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan