clixsense

Jumaat, 19 Ogos 2022

Hakim : Najib bersalah, PH Mahathir tak menang


Perkembangan terbaru kes mahkamah Dato Seri Najib, kelihatan jelas beliau akan kalah dan menerima hukuman sebagaimana dijatuhkan oleh hakim mahkamah Rayuan yang bersetuju dengan keputusan oleh hakim Nazlan. Orang yang paling gembira di dunia ini adalah Tun Dr Mahathir yang kedua adalah Rafizi Ramli PKR dan anak beranak keluarga Lim DAP yang ketiga pemimpin PH iaitu Mohd Sabu serta beberapa orang pemimpin PAS. Tidak terkecuali orang yang turut mengalu- alukan kekalahan DS Najib adalah orang UMNO mesra PPBM seperti yang berada dalam kabinet PM Ismail Sabri.

Orang yang ingin melihat DS Najib dipenjara sudah mula tersenyum, mereka sudah lama menahan marah apabila sering ditempelak tanpa berupaya membalas balik apabila menjadi mangsa troll FB Najib Razak. DS Najib mungkin sengaja dijatuhkan hukuman bersalah kerana agenda jahat yang menguasai Institusi Kehakiman, namun kita tidak menolak bahawa DS Najib memang bersalah atas kesnya dia melakukan kebaikan yang menyalahi undang undang sementara Hakim merasa amat arif apabila bersetuju dengan Undang undang sebegitu. 

Hakim dan peguam sebetulnya adalah juga kerjaya sebagaimana kedoktoran, perguruan dan penjawat awam, ada doktor yang melanggar etika dan ada guru yang menyalahguna kerjaya mereka untuk membuat benda benda yang tidak baik manakala ahli perniagaan tidak dilihat lebih jahat jika mereka mengejar kewangan. Kewangan adalah tujuan utama setiap kerjaya kerana mengejar wang jugalah ada peguam yang berjaya membebaskan orang bersalah dan banyak kes yang menghukum orang yang tidak bersalah atas nama keadilan.

Malaysia di zaman pentadbiran Tun Dr mahathir pernah terkenal dengan rasuah di mata dunia hingga pelabur memikirkan bajet khusus pelaburan mereka untuk perbelanjaan rasuah. Kehakiman sebetulnya masih dikuasai oleh Eksekutif apabila terjadinya kes Salleh Abbas dan Affandi Ali, semuanya semasa pentadbiran Tun Mahathir. Apabila negara dikuasai rasuah sangat tidak masuk akal apabila sistem kehakiman dan perundangan ingin mendakwa mereka bebas rasuah jadi rasuah itu berada di mana ?

Rakyat dapat menerima jika DS Najib bersalah tetapi rakyat tahu Tun Mahathir, Mas Ermiyanti, Tok Pa dan semua Wakil Rakyat mustahil tidak melakukan hal yang sama malahan ada yang benar benar perompak original.

Kerjaya politik dipenuhi oleh lulusan dan pengamal undang undang terutama parti DAP. Di mata rakyat kerjaya yang paling banyak berbohong adalah politik, pembohongan orang politik dengan sendiri jelas ada dalam Institusi. Rakyat tidak terus telan bulat bulat jika ada ahli politik meminta agar rakyat menghormati Mahkamah.

Satu rencana tentang kebijaksanaan hakim, saya juga percaya ramai Hakim yang kenal 'Justice Bao' . Perkara besar yang mungkin tidak dihiraukan oleh Hakim di negara kita adalah apa berlaku selepas hukuman dijatuhkan, dalam rencana itu Hakim bukan hanya berfungsi untuk menghukum tetapi lebih memikirkan kestabilan dan keamanan orang awam yang akan berlaku selepas hukuman dijatuhkan.

Tindakan keras kepada Anwar Ibrahim menyebabkan simpati rakyat kepadanya walaupun dikatakan oleh Tun bahawa Anwar terlibat dengan kes yang jijik namun orang muda tetap bersamanya dan negara terus berada dalam kekecohon dengan demonstrasi dan kekerasan tidak pernah reda bermula selepas Anwar dijatuhkan suasana yang sebelumnya tidak pernah ada di negara kita. Bandingkan dengan kes DS Najib adakah beliau terlibat dengan kes yang jijik dan berapa ramaikah penyokong Bossku yang akan buat huru hara di media maya dan peti undi. Keputusan untuk mendiamkan dan menutup mulut DS Najib dengan menyumbat ke penjara tidak akan berhasil. 

Jika DS Najib ke penjara, itu petanda BN akan menang besar di pilihanraya ke15, beliau tetap boleh berFB dengan kaedah lain, kebiasaanya orang yang ditahan mereka ada banyak masa untuk berfikir, seruannya akan lebih bertenaga lagi dan penyokong simpati akan bertambah ramai PH tidak menjadi lebih baik walaupun mungkin keputusan Hakim ingin berpihak kepadanya PH dan Tun Mahathir semakin dibenci sementara Kluster Keluarga Malaysia akan diingat sebagai pihak yang gagal menyelamatkan Dato Seri Najib.



1 ulasan:

  1. Doakan DSNR mendapat kebaikan dr hukuman ini.. sbg ahli PAS, kami tidak bergembira dgn hukuman salah ni, malah menyedihkan krn seagama.. kami doakan Dato Seri redha n mendapat kebaikan dr Allah..

    BalasPadam