clixsense

Jumaat, 19 Ogos 2022

Hakim : Najib bersalah, PH Mahathir tak menang


Perkembangan terbaru kes mahkamah Dato Seri Najib, kelihatan jelas beliau akan kalah dan menerima hukuman sebagaimana dijatuhkan oleh hakim mahkamah Rayuan yang bersetuju dengan keputusan oleh hakim Nazlan. Orang yang paling gembira di dunia ini adalah Tun Dr Mahathir yang kedua adalah Rafizi Ramli PKR dan anak beranak keluarga Lim DAP yang ketiga pemimpin PH iaitu Mohd Sabu serta beberapa orang pemimpin PAS. Tidak terkecuali orang yang turut mengalu- alukan kekalahan DS Najib adalah orang UMNO mesra PPBM seperti yang berada dalam kabinet PM Ismail Sabri.

Orang yang ingin melihat DS Najib dipenjara sudah mula tersenyum, mereka sudah lama menahan marah apabila sering ditempelak tanpa berupaya membalas balik apabila menjadi mangsa troll FB Najib Razak. DS Najib mungkin sengaja dijatuhkan hukuman bersalah kerana agenda jahat yang menguasai Institusi Kehakiman, namun kita tidak menolak bahawa DS Najib memang bersalah atas kesnya dia melakukan kebaikan yang menyalahi undang undang sementara Hakim merasa amat arif apabila bersetuju dengan Undang undang sebegitu. 

Hakim dan peguam sebetulnya adalah juga kerjaya sebagaimana kedoktoran, perguruan dan penjawat awam, ada doktor yang melanggar etika dan ada guru yang menyalahguna kerjaya mereka untuk membuat benda benda yang tidak baik manakala ahli perniagaan tidak dilihat lebih jahat jika mereka mengejar kewangan. Kewangan adalah tujuan utama setiap kerjaya kerana mengejar wang jugalah ada peguam yang berjaya membebaskan orang bersalah dan banyak kes yang menghukum orang yang tidak bersalah atas nama keadilan.

Malaysia di zaman pentadbiran Tun Dr mahathir pernah terkenal dengan rasuah di mata dunia hingga pelabur memikirkan bajet khusus pelaburan mereka untuk perbelanjaan rasuah. Kehakiman sebetulnya masih dikuasai oleh Eksekutif apabila terjadinya kes Salleh Abbas dan Affandi Ali, semuanya semasa pentadbiran Tun Mahathir. Apabila negara dikuasai rasuah sangat tidak masuk akal apabila sistem kehakiman dan perundangan ingin mendakwa mereka bebas rasuah jadi rasuah itu berada di mana ?

Rakyat dapat menerima jika DS Najib bersalah tetapi rakyat tahu Tun Mahathir, Mas Ermiyanti, Tok Pa dan semua Wakil Rakyat mustahil tidak melakukan hal yang sama malahan ada yang benar benar perompak original.

Kerjaya politik dipenuhi oleh lulusan dan pengamal undang undang terutama parti DAP. Di mata rakyat kerjaya yang paling banyak berbohong adalah politik, pembohongan orang politik dengan sendiri jelas ada dalam Institusi. Rakyat tidak terus telan bulat bulat jika ada ahli politik meminta agar rakyat menghormati Mahkamah.

Satu rencana tentang kebijaksanaan hakim, saya juga percaya ramai Hakim yang kenal 'Justice Bao' . Perkara besar yang mungkin tidak dihiraukan oleh Hakim di negara kita adalah apa berlaku selepas hukuman dijatuhkan, dalam rencana itu Hakim bukan hanya berfungsi untuk menghukum tetapi lebih memikirkan kestabilan dan keamanan orang awam yang akan berlaku selepas hukuman dijatuhkan.

Tindakan keras kepada Anwar Ibrahim menyebabkan simpati rakyat kepadanya walaupun dikatakan oleh Tun bahawa Anwar terlibat dengan kes yang jijik namun orang muda tetap bersamanya dan negara terus berada dalam kekecohon dengan demonstrasi dan kekerasan tidak pernah reda bermula selepas Anwar dijatuhkan suasana yang sebelumnya tidak pernah ada di negara kita. Bandingkan dengan kes DS Najib adakah beliau terlibat dengan kes yang jijik dan berapa ramaikah penyokong Bossku yang akan buat huru hara di media maya dan peti undi. Keputusan untuk mendiamkan dan menutup mulut DS Najib dengan menyumbat ke penjara tidak akan berhasil. 

Jika DS Najib ke penjara, itu petanda BN akan menang besar di pilihanraya ke15, beliau tetap boleh berFB dengan kaedah lain, kebiasaanya orang yang ditahan mereka ada banyak masa untuk berfikir, seruannya akan lebih bertenaga lagi dan penyokong simpati akan bertambah ramai PH tidak menjadi lebih baik walaupun mungkin keputusan Hakim ingin berpihak kepadanya PH dan Tun Mahathir semakin dibenci sementara Kluster Keluarga Malaysia akan diingat sebagai pihak yang gagal menyelamatkan Dato Seri Najib.



Isnin, 1 Ogos 2022

Presiden & Bossku terus diasak, selepas ROS tak berjaya..


Sekali lagi ahli yang digelar akar umbi Umno menarik nafas lega dan dapat bertenang buat seketika. Tumpuan boleh terarah hanya kepada pilihanraya, mereka kini tidak disesakkan dengan calon calon atau ajen calon pemilihan parti pelbagai peringkat serta bermasam muka sesama ahli kerana berlainan kem. Sebagai sebuah parti terbesar di Malaysia dan masih menjadi parti yang dianggap masih berpengaruh menguasai negara biarpun tewas dalam pilihanraya umum ke 14.

Ahli akar umbi terutamanya ketua- ketua cawangan serta ahli cawangan yang tidak mempunyai jawatan peringkat bahagian atau lebih tinggi berupaya memberi denyut nadi kepada pihak atasan yang ketika ini masih mempunyai pertimbangan menyebelahi kepentingan parti.

Cubaan orang orang tertentu yang berada dalam kerajaan untuk menggagalkan pindaan perlembagaan mengenai penangguhan pemilihan parti akhirnya terpaksa akur dengan penolakan sebahagian besar ahli- ahli Umno. Mungkin ada yang tidak setuju dengan apa yang dikatakan dan memberi hujah bahawa semua penjawat parti termasuk kluster kerajaan juga bersetuju dengan pindaan perlembagaan,

Sebetulnya Ismail Sabri berjaya menghindari kemarahan ahli Umno, sekiranya beliau menolak pindaan perlembagaan Umno sudah tentu beliau akan dimalukan dan tidak berjaya menyekat kehendak presiden dan majoriti ketua bahagian Umno seluruh negara, Memberi sokongan adalah jalan terbaik untuk beliau terus diterima tanpa mengundang rasa prejudis ahli Umno kepada beliau dengan itu perlembagaan diterima sebulat suara termasuk dari Ketereh yang diketahui masih ingin menjadi jaguh tidak bersetuju dengan penangguhan pemilihan parti hingga saat akhir.

Cubaan untuk menolak pindaan oleh KDN yang dikuasai oleh menteri dari parti Bersatu masih terus terjadi, melambatkan keputusan atau tidak memberi jawapan adalah jalan paling mudah untuk memaksa Umno membuat pemilihan atau pertubuhan diharamkan secara otomatik. Sekali lagi.ahli akar umbi rasa parti mereka masih diancam serta tidak dibantu oleh pemimpin mereka yang berada dalam kerajaan, ahli kabinet dari Umno tidak berkata apa serta tidak memberi respon yang boleh melegakan orang Umno mereka seolah menunggu masa untuk bersorak serta ada yang mula menunjukkan kesediaan merebut jawatan utama Umno pusat.

Apabila Setiausaha Agong Umno mengumumkan plan B jika pindaan perlembagaan Umno ditolak, saya kira pertimbagan Perdana Menteri kembali berasas dan sedar bahawa kehendak akar umbi  sekali lagi akan mengalahkan perancangan mereka maka jawapan yang sepatutnya tidaklah sukar akhirnya pihak ROS meluluskan pindaan perlembagaan Umno untuk menangguhkan pemilihan sehingga 6 bulan selepas sesuatu pilihanraya umum.

Selepas kejayaan pindaan perlembagaan Umno yang dibawa oleh pihak yang digelar 'kluster mahkamah', gelaran ini dipopular oleh PH dan turut dipersetujui oleh kluster kerajaan. Serangan kepada Presiden Umno dan Bossku masih terus berlaku kali ini melalui ketua pembangkang Anwar Ibrahim, saya andaikan serangan ini juga adalah bagi memulihkan semula sokongan kepada Annuar Musa yang sudah teruk tercalar dikalangan orang orang Umno.

Pengakuan Anwar Ibrahim bahawa dia pernah disokong oleh Zaid dan Najib untuk menjadi Perdana Menteri telah memberi gambaran bahawa Annuar Musa dipihak yang benar sepanjang pertentangan pendapatnya dengan presiden dengan kata lain 'keputusan presiden adalah kehendak parti membantah presiden adalah melawan parti'

Anwar Ibrahim seolah bingung bila dia rasa tertipu dengan (jika benar) helah Zahid dan Bossku sedangkan dia telah ditipu beberapa kali oleh Tun Mahathir sehingga peluangnya untuk menjadi PM disia- siakan sewaktu kerusi parlimen partinya paling besar ketika bersama PH dia juga sudah diampun oleh YDP Agong namun isteri beliau masih tidak mahu menyerah jawatan TPM kepada Anwar Ibrahim sebagai persediaan untuk menjadi PM. Situasi Umno yang sedang tersepit mencari pemimpin waktu itu menyebabkan surat terbuka kepada Anwar dibuat agar Anwar kembali kepada Umno sekiranya masih berhasrat menjadi PM pun begitu manusia unik ini lebih seronok bermain main santai berangan dengan jawatan PM8. Kini masa terbaik itu sudah berlalu.

Sebelum pilihanraya 2018 Presiden Umno pernah diasak dari dalam dan berlaku perpecahan pendapat yang mana parti menyeru kepada ahli agar patuh dan menghormati institusi presiden, namun waktu itu gelombang anti Najib dan Rosmah begitu kuat dimainkan, institusi presiden dan Perdana Menteri tidak lagi diambil peduli sehingga slogan 'I Love PM' dan 'Respect My Presiden' terpaksa digerakkan. Kini ramai ahli Umno sudah mula sedar bila kebenaran mula menyebelahi bekas Presiden dan bekas Perdana Menteri Najib Razak selepas pendedahan demi pendedahan dibuat. 

Presiden PAS Hadi Awang pernah mengatakan politik itu adalah perang, perang itu tipu daya serta menipu dalam perang untuk menang tidak menjadi kesalahan. PAS begitu gemar menggunakan taktik ini. Biarpun ahli akar umbi Umno tidak selesa dengan tindakan Zaid dan Najib seperti dakwaan Anwar Ibrahim. Namun ahli Umno mungkin masih waras jika tiada yang berani menipu Anwar Ibrahim mungkin hari ini Ismail Sabri masih menjadi menteri kepada kabinet Muhyiddin Yassin. Parti Umno pula diperkudakan setiap masa oleh parti Bersatu. Mujurlah ada Presiden dan Bossku yang sanggup membuat helah memperdayakan Anwar Ibrahim nak harapkan Annuar Musa dan geng mereka hanya berani mendahulukan atas hal hal yang menjadi cita cita dan kedudukan sahaja.