clixsense

Selasa, 15 November 2016

Strategi dan Falsafah Politik dalam Parti

Politik boleh dibahagikan kepada 2 kategori. Kategori yang pertama ialah berkenaan bagaimana politik, dan yang kedua berkenaan "mengapa politik". Contoh ahli ahli penulisan strategi (kategori pertama) ialah Sun Tzu, Niccolo Machiavelli, dan George Washington Plunkitt. Manakala contoh ahli ahli falsafah pula (kategori 2) ialah Plato, Aristotle, Locke, Mills, Thomas Jefferson, Marx dan Mao.

"Politik" mungkin mempunyai maksud pejoratif (tidak menyenangkan), terutama sekali apabila digunakan di dalam kerja kerja dalaman sesebuah institusi. Dengan mengatakan sesuatu keputusan dibuat atas dasar politik akan memberi gambaran bahawa keputusan tersebut dipengaruhi oleh kepentingan runcit daripada objektif atau kebaikan bersama.
Politik merupakan satu cara untuk manusia mengkoordinasi tindakan seseorang untuk kebaikan bersama (atau kebaikan individu). Apa yang membezakan politik dengan etika dan sosial ialah didalam politik terdapat banyak persoalan berdebat ( debated questions ) di negara kita parti politik yang lantang menganjur dan melobi acara debat bermula dengan PKR disebabkan ketua umum mereka dikatakan handal dan boleh mempengaruhi di dalam perdebatan contohnya debat langsung di Televisyen antara Anwar Ibrahim dan Sabry Cheek, walaupun debat tersebut dilihat memihak kepada Anwar Ibrahim tetapi dari segi pengisian hujah sebenarnya lebih logikal di pihak Sabry Cheek . Kebanyakan ahli teori berpendapat untuk menjadi politik, sesuatu proses itu perlu menggunakan sedikit kekerasan kerana politik mempunyai hubungan rapat dengan konflik, parti politik yang menggunakan kaedah kekerasan adalah diawal nasionalis seperti AWAS dan PKM dan sosok keras Chin Peng serta wanita kental Samsiah Fakeh yang mana sifat mereka boleh dilihat dalam tindakan tegas pemimpin terkemudian seperti Mahathir, Rafidah Aziz, Karpal Singh, Lim Guang Eng dan sebahagian besar pemimpin bersikap membangkang
Memenangi suatu konflik politik bermaksud merampas kuasa dari satu kumpulan atau entiti dan memberikannya kepada kumpulan lain seperti yang berlaku dalam kes kejayaan BN merampas semula pentadbiran negeri Perak daripada Pakatan pembangkang, biarpun rampasan tersebut mengkhianati kemahuan rakyat yang mengundi parti politik tetapi cara itu tidak menyalahi Perundangan negeri dan Perlembagaan negara. Ramai akan bersetuju konflik politik boleh dengan mudahnya tumbang menjadi "zero-sum game", dimana tiada yang dipelajari atau diselesaikan, melain menentukan "siapa menang, siapa tewas":
Lenin berkata politik ialah siapa yang boleh lakukan apa kepada siapa ( Who could do what to whom ) sebagaimana Husam Musa menyerang balik selepas menjadinya strategi mengundang agar PAS memecatnya dan bukannya dia meninggalkan parti, hal seperti ini banyak dilakukan oleh mereka yang asalnya adalah dilihat hebat bersama parti lama. Dengan membuat alasan bahawa ia tidak mengkhianati parti tetapi bertanggungjawab kepada parti, strategi ini sangat mudah untuk orang yang mempunyai sikap hipokrit. Manakala, seorang ahli sains politik, Harold Lasswell pula berkata politik adalah siapa yang dapat apa, bila dan bagaimana ( who gets what, when and how ) Ahli politik seperti dikatakan oleh Laswell adalah Ibrahim Ali, Zaharin Mat Yasin, Sazmi Miah dan beberapa orang tokoh yang melompat parti atau kumpulan dengan matlamat menjaga kedudukan peribadi setelah populariti dan kebergantungan mereka kepada parti mereka semakin terancam.
Politik juga mengenai bagaimana kita menyelesaikan pertikaian moral yang cukup serius sehinggakan ia membentuk ancaman gangguan masyarakat - dalam mana usaha sepenuh hati kepada proses perundingan atau diplomasi biasa cenderung mengurangkan keganasan - biasanya dilihat sebagai matlamat utama peradapan di mana institusi awam boleh bersetuju, tidak bersetuju, atau campur tangan bagi mencapai hasil akhir yang diingini atau proses menyeluruh yang lengkap. Sebagaimana tertutupnya skandal besar seperti kes Mohamad Sabu di Bilik 121 Hotel Perdana yang menyebabkan seluruh jentera kerajaan negeri berusaha menutup kes tersebut, mahupun kaitan Lorrain Osman dalam isu BMF yang masih misteri.
Selain kerajaan, wartawan, kumpulan agama, kumpulan berkepentingan khas, dan sistem ekonomi mempunyai kesan terhadap sesuatu keputusan. Dengan itu politik menyentuh kesemua subjek ini.

Perkataan politik itu sendiri diambil dari perkataan Yunani bagi bandar, "Polis", dengan itu istilah 'Politics'. Gambaran apa itu Politik yang pertama di jumpai dalam Hesoid di mana ia dipetik, "Bagaimana cara terbaik manusia tinggal dalam bandar, dan dengan patuh kepada apa?". Ditulis semula, ia dibaca, "Bagaimana manusia mengatur haluannya?". Bagi orang-oramg Yunani, ia adalah aplikasi sebab untuk hidup. Politik adalah aturan masyarakat melalui sebab mencapai matlamat yang sama; seperti harmoni antara kelas masyarakat di Athens di bawah Solon,, atau perniagaan dan perdagangan, atau bagi perperangan seperti Masyarakat Doric di Crete dan Sparta. Dalam menerapkan unsur ini, Lim Guan Eng mengambil langkah menubuhkan pasukan ala polisnya sendiri di Pulau Pinang dan akhirnya ia diharamkan 
Pengarang pengkajian politik telah membayangkan dan mempengaruhi sistem politik di dunia. Niccolo Machievelli menulis The Prince, analisa politik dalam sistem monarki, pada 1513, semasa tinggal dalam negara monarki. Karl Marx dan Friedrich Engels menerbitkan "The Communist manifesto", risalah yang berpengaruh besar dan dibaca dengan meluas yang membentuk asas bagi Socialism dan Komunism sepanjang abad ke 19 dan 20.
Hari ini, kebanyakan kajian mengenai politik tertumpu pada demokrasi, dan bagaimana bentuknya mempengaruhi keputusan yang dilakukan.
Selain dipengaruhi oleh masalah besar ini, politik juga merupakan aktiviti masyarakat, dengan itu ia bergantung kepada angin perubahan yang akhirnya menentukan kejayaan dan keberkesanan sebagaimana yang lain.

Khamis, 20 Oktober 2016

Semangat Zaman RESTORASI AIR

Tahniah kepada Restorasi yang diilham oleh team Dato Syed Azidi digerak dan disubur oleh rakan- rakan penyelidik sumber sensasi Mat Jek dibantu oleh beberapa orang rakan gerakan massa yang komited seperti Hasani, Che Atiq.. dan beberapa nama yang kelibat mereka saya kagumi.. inilah penggerak penggerak isu politik baru Kelantan. Restorasi Air sebagai senjata baru mengorek kelemahan pengurusan oleh kerajaan Kelantan. Isu air sudah menjadi hal yang penting kepada Kerajaan Pas Kelantan hingga menjadi tumpuan perbincangan dalam mesyuarat Exco. Ia juga dipaparkan dalam portal PMBK. Datuk Hanifa Ahmad sebagai Exco yang bertanggungjawab kepada Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat adalah exco yang tidak lena tidur dengan serangan- serangan siber pro BN Kelantan.

Strategi menyerang AKSB sambil menyindir Kerajaan negeri ini sudah bergerak bukan sahaja di depan pintu pagar pejabat SUK Kota Darul Naim tetapi sudah menjelajah ke pejabat- pejabat AKSB di daerah- daerah, melihat kepada kesungguhan para penggerak Restorasi berkemungkinan ini menjadi satu sebab yang penting dalam penolakan rakyat kepada PAS pada PRU14. 

Sebenarnya masalah air bersih di Kelantan adalah satu isu yang telah lama dan sudah maklum oleh semua pelanggan- pelanggan AKSB, hanya pencetus dan peledak yang sebelum ini tidak diselaraskan dengan berkesan menjadikan ianya berlalu bersama masa. Walaupun masalah air bersih yang lama itu seperti sudah berlalu, rakyat sudah semakin keluar dari fasa kesusahan untuk mendapatkan air bersih. Berpuluh tahun rakyat Kelantan setiap hari beriktiar mencari cara untuk mendapatkan air bersih, setiap hari merungut air karat, angin yang keluar dari kepala paip, meter dan bil yang sering memeningkan lantas kaedah bekalan air bawah tanah melalui boring atau perigi tiub adalah alternatif yang dipraktikkan, rentetan itu rakyat yang menghadapi masalah air sudah beralih kepada keadaan yang melupakan episod sukar mendapatkan air. kemunculan Restorasi menggamit kembali kesusahan rakyat mendapat air bersih disamping mengumpul kembali saki baki rakyat yang marah kepada AKSB dan Kerajaan PAS. Disebabkan kaedah mendapatkan air bersih melibatkan juga penggunaan letrik untuk motor / enjin air ia juga mempengaruhi pertambahan bayaran bil elektri pengguna, kaitan ini sedikit sebanyak menjadikan TNB sebagai pihak yang menjadi mangsa kepada kepayahan rakyat disebabkan AKSB.

Restorasi Air adalah satu daripada kisah- kisah kelemahan, keangkuhan dan ketidakcaknaan kerajaan PAS dalam memikul amanah rakyat, antara yang menjadi momokan rakyat berpanjangan adalah projek batu nisan, royalti hasil bumi yang disembunyikan hinggakan kemarahan alam menyebabkan tragedi bah selut 2014.

Restorasi akan terus membara sekiranya ia berjaya membangkitkan rasa dan semangat rakyat dari bawah iaitu pengguna AKSB sendiri, Restorasi tidak boleh terus berharap kepada publisti dan sokongan orang yang sama seolah suatu gesaan yang memaksa penggerak penggerak tegar kumpulan pro BN. Restorasi perlu akur rakan- rakan mereka sentiasa memberi sokongan tetapi mereka juga adalah penggerak- penggerak yang mempunyai kaedah dan bukan penggerak yang disokong khusus untuk berpiket dan berkumpul sahaja. Restorasi Air diharap boleh membangkitkan pelanggan AKSB yang sebenar kerana itu lebih menyemarak dan berkesan sebagaimana kejayaan kumpulan 'R' suatu ketika yang mana mereka mampu menyentuh sentimen pemilikan oleh rakyat terhadap Royalti Minyak yang ternyata suatu fantasi. 


Sabtu, 24 September 2016

... Tun M sudah bagi signal..

Mungkin pilihan ini akan banyak ditolak oleh orang UMNO terutamanya mereka yang menyokong DS Najib atas sifat peribadi, sifat kepatuhan kepada ketua. Pun begitu jika ditoleh ke belakang, sebelum pemecatan Tan Sri Muhyiddin, ketika Mukriz masih menjadi menteri besar Kedah, Tun Mahathir sudah berkali kali mendesak agar DS Najib berundur dan berkali kali juga Tun Mahathir secara jelas mengugut jika tidak berundur beliau terpaksa mengambil jalan yang dibenci oleh orang UMNO tetapi terpaksa dipilih untuk menyelamatkan UMNO iaitu Tun Mahathir terpaksa masuk ke dalam pihak pembangkang, dengan kata lain keluar UMNO dan menjadi pembangkang. Tun Mahathir sudah membayangkan jika beliau tidak berjaya ubah kepimpinan tertinggi UMNO beliau akan terpaksa merosakkan pembangkang dari dalam.. ini satu keputusan yang tidak ramai melihat sebagai positif tetapi ramai yang mengkritik dan membenci, tetapi cara inilah yang Tun Mahathir aturkan ketika itu. Kerana pada perkiraan beliau BN akan tewas jika DS Najib terus menerajui, dakwaan ini pada mulanya sedikit sebanyak berasas, tetapi atas kesedaran DS Najib sendiri pelbagai langkah telah diambil untuk membaiki reputasinya yang boleh dikatakan tempias daripada tindakan Tun Mahathir juga kesedaran daripada Ahli Majlis Tertinggi bersama suara suara kepimpinan bawahan akan perlunya Presiden membina semula populariti seterusnya menafikan ramalan Tun Mahathir. Sementara isu isu lain seperti kepentingan keluarga dan pembelaan kepada Mukriz adalah isu yang terkemudian yang akhirnya menenggelamkan matlamat asal yang dirancang oleh Tun Mahathir. 
Jika kita toleh ke zaman kegemilangan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sudah tentu kita akan berjumpa beberapa keputusannya yang pada awalnya dilihat tidak menguntung tetapi di era lain ia menjadi suatu yang baik dan dipuji. Inilah juga yang sedang dirangka oleh Tun Mahathir, yang mana kebelakangan ini mahu tidak mahu orang UMNO dan Pembangkang harus mengakui bahawa Tun Mahathir sedang merosakkan Pembangkang dari dalam, Tun Mahathir sedang memecahkan kesepakatan Pembangkang yang dulunya disatukan oleh DS Anwar Ibrahim kini Pembangkang sudah mempunyai blok- blok mereka sendiri dan bertelagah, manakala UMNO pula giat mempertahankan diri dengan cara menafikan peranan Tun Mahathir sebaliknya membidas apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir dan itulah apa yang dari awal sudah dijangka oleh Tun Mahathir sendiri.

Untuk melihat kesan yang dicetuskan oleh tindakan Tun M adalah ulasan ulasan yang tidak dirancang sebagaimana video.



Politik adalah satu keputusan yang kompleks dan sukar diramal sekiranya berfikir dalam satu arah. Orang orang UMNO rata ratanya memilih jalan yang mudah sama ada 
(a) menyokong DS Najib 
(b) Menyokong Tun M 
(c) Menyokong parti UMNO

Dalam tiga pilihan tersebut sesiapa yang menyokong DS Najib adalah mereka yang awalnya menyokong Tun M atau sesiapa sahaja yang sebelumnya sebagai ahli yang patuh kepada ketua, Bagi yang menyokong Tun Mahathir adalah mereka yang tidak suka kepada DS Najib dan tidak patuh kepada Organisasi, manakala yang memilih C pula adalah pengikut yang masih setia kepada parti bukan kerana Najib dan Bukan kerana Tun Mahathir tetapi menyakini dan setia kepada perjuangan parti dan mereka ini adalah golongan yang terus tersisih daripada perhatian Pemimpin.. mereka ini tidak dapat keutamaan tetapi jiwa mereka tidak mampu dibeli biarpun oleh Presiden parti dan golongan ini perlu diramaikan untuk UMNO terus menjadi tonggak pemerintahan negara.

Sekiranya orang UMNO ingin menyahut seruan awal Tun Mahathir mereka sepatutnya boleh bersama Tun Mahathir tetapi jangan memilih parti BERSATU pada pilihanraya, Kepada yang menyokong DS Najib, mereka perlu bersiap sedia sekiranya suatu masa mereka akan kecewa. Kepada orang UMNO yang tidak suka kepada DS Najib pula mereka jangan tinggalkan UMNO kerana jika UMNO / BN tewas tidak ada guna lagi untuk menggantikan DS Najib sebagai Presiden UMNO.

Isnin, 5 September 2016

Sokongan ahli parti semakin jelas

Terbaru.. bekas Perdana Menteri yang juga pernah digelar Mahazalim oleh Muhamad Sabu, yang juga individu bertanggungjawab mutlak menafikan peluang Dato Sri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri malaysia dilihat hadir memberi sokongan kepada banduan Penjara sungai Buloh itu. Anwar yang hadir ke mahkamah bagi memfailkan permohonan untuk mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN 2016). Tun Mahathir hadir sebagai menunjukkan sokongan terhadap tindakan itu. Ia dilihat sebagai sokongan moral dan tanda kesepakatan memandangkan mereka kini senada di dalam menjatuhkan Perdana Menteri, Najib Razak yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.
        Apa agaknya tanggapan kedua- dua penyokong bekas pemimpin UMNO ini, Adakah penyokong Anwar Ibrahim sekali lagi akan dijerat oleh Mahathir yang semestinya dalam perancangan untuk memberi laluan kepada Mukhriz Mahathir menerajui negara. Atau Penyokong Anwar sedang cuba mencari kekuatan dan sokongan pengikut Mahathir bagi membolehkan pemimpin umum PKR berjaya mengawal negara secara mentor melalui isterinya Wan Azizah atau orang paling dipercayainya Azmin Ali.

Sungguh dua kumpulan kecewa ini tidak akan dapat berkongsi mimpi yang sama tambahan pula Tun Mahathir  terlebih dahulu sudah dituntut 4 syarat sekirannya ingin bersama Anwar dan pengikut -pengikut parti PKR. 4 syarat yang pernah dituntut oleh pengikut Anwar adalah 
1. Mahathir perlu menyokong pembebasan Anwar
2. Mahathir perlu menyokong segala langkah memulihkan sistem kehakiman
3. Mahathir hendaklah menolak semua akta yang masih digunapakai
4. mahathir hendaklah mengembalikan hak rakyat termasuk lambang dan identiti keagamaan

Dalam percaturan ini orang UMNO akan semakin bersatu dan bersolidariti dalam menilai tembelang Mahathir yang semakin hari semakin tersingkap. Muhyiddin pula yang dijadikan alat oleh Mahatir masih rimas dibelenggu skandar Nika Lee disamping sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi beliau bukanlah individu yang dijangka akan berada di tampuk kepimpinan tertinggi negara.  
      Kisah dan cita- cita Anwar Ibrahim sudah semakin hambar dibawa arus waktu, Mahathir pula sedang mengalami keadaan hilang kepercayaan ahli UMNO. Aura Mahathir memberontak tidak setanding zaman Reformasi Anwar Ibrahim.. Penentangan Muhyiddin Yasin kepada parti UMNO juga tidak seteruk ketika Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Presiden parti. 
    Tindak tanduk pemimpin pemimpin besar ini telah membuka mata kepada penyokong parti masing- masing bahawa tidak ada seorang pun boleh dipercayai dan dalam keadaan ini ternyata pengikut kedua pemimpin berkenaan terumbang ambing kebingungan manakala penyokong bawahan UMNO pula mendapat pengajaran jelas dalam perkemaskan sokongan mereka kepada institusi parti  bukannya pemimpin.


Selasa, 9 Ogos 2016

Perpecahan Besar Dalam UMNO

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bersama penyokong beliau telah menubuhkan parti baru iaitu Parti Peribumi Bersatu Malaysia atau BERSATU, penubuhan ini rentetan serangan luar dan dalam terhadap PM Najib Razak dan Institusi Presiden, oleh kerana amaran dan gesaan meletakkan jawatan oleh Tun Mahathir tidak diendah, parti ini ditubuhkan untuk mencabar BN pada pilihanraya. Bagi ahli UMNO dan rakyat yang tidak melihat kepada sejarah perebutan jawatan dalam parti itu sudah tentu mereka risau dan bimbang, antara 4 perpecahan besar lain yang melibatkan lahirnya parti- parti baru yang menentang bekas parti yang pernah mereka bernaung adalah..      

1. Diawal penubuhan UMNO, Pengasasnya Datuk Onn Jaafar  menyuarakan pendapat untuk membuka keahlian kepada semua kaum, kemudiannya beliau berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihanraya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS.

2. Daripada UMNO  lahirnya Pas yang ditubuhkan pada 1950 iaitu hasil daripada Seminar yang dianjurkan oleh UMNO di Muar, Johor bagi mencari jalan untuk menyatu-padukan alim ulama supaya perjuangan UMNO untuk menegakkan agama Islam menjadi lebih berkesan. Nama sebenar yang diberikan oleh persidangan ini kepada Pas ialah Persatuan Islam Se Tanah Melayu dan ia menjadi salah satu sayap UMNO untuk memperjuangkan kedudukan Islam di negara ini. Ia dipimpin oleh Tuan Haji Ahmad Fuad Hasan yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Pada ketika ini banyak di kalangan ulama-ulama yang menjadi ahli UMNO dan pada masa yang sama menjadi ahli Pemuda dan Wanita. Ini ialah kerana Pas hanyalah sayap kepada UMNO dan menjadi sebahagian daripada sistem politik UMNO itu sendiri. Pas mula mengasingkan dirinya daripada UMNO apabila Datuk Onn mengundur diri daripada UMNO dan Haji Ahmad Fuad seorang penyokong kuat Datuk Onn kalah dalam pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO. Tiga orang calon mengambil bahagian. Selain daripada Haji Ahmad Fuad, calon yang lain ialah Datuk Zainal dan Tunku Abdul Rahman Putra. Tunku Abdul Rahman memenangi jawatan itu dan sejak daripada itu, Tuan Haji Ahmad Fuad yang kekal menjadi Yang Dipertua Pas mula mengambil langkah membawa Pas keluar daripada UMNO. Tetapi tidak lama selepas itu, Haji Ahmad Fuad meletakkan jawatan daripada Pas kerana perbezaan pendapat bagi menghadiri konvensyen: satu yang dianjurkan oleh Datuk Onn dan yang satu lagi dianjurkan oleh UMNO bagi membincangkan kemerdekaan Malaya.Mesyuarat Agung Khas Pas bersetuju menghadiri persidangan yang dianjurkan oleh UMNO dan menolak cadangan Haji Ahmad Fuad. Atas alasan itu beliau meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua Pas dan jawatan beliau dipangku oleh Dr. Haji Abbas Alias.

3. Parti Melayu Semangat 46 atau Semangat 46 (Singkatan: S46) merupakan sebuah parti politik serpihan UMNO. S46 ditubuhkan pada tahun 1988 selepas kekalahan Tengku Razaleigh Hamzah menentang Dato seri Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Presiden UMNO dengan majoriti 43 undi. Selepas itu Tengku Razaleigh mendakwa UMNO dan memenangi kes ini, menyebabkan pendaftaran UMNO dilucutkan. Selepas ini, Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Semangat 46 bersama dengan Dato Seri rais Yatim. Maksud "Semangat 46" ialah, meneruskan semangat penubuhan UMNO yang ada pada tahun 1946. Manakala Datuk Seri Dr Mahathir menubuhkan UMNO Baru ketika itu, untuk menggantikan UMNO yang diharamkan sebelum itu. Tengku Razaleigh mendakwa bahawa parti Semangat 46 ini ialah parti UMNO yang sebenar dan asal, manakala UMNO Baru yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir itu merupakan satu tiruan sahaja

4. Parti KeADILan Nasional merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir daripada gelombang Reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO pada 2 September 1998. Sekumpulan NGO dan parti pembangkang kemudian menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Pendokong reformasi kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) untuk memberi platform kepada perjuangan mereka.Selepas itu, usaha menubuhkan parti politik menghadapi jalan buntu disebabkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).Maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti kecil yang sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran Parti KeADILan Nasional diadakan pada 4 April 1999. Selepas Pilihanraya 1999, kesedaran timbul tentang keperluan Parti Keadilan Nasional dan PRM bergabung, berdasarkan komitmen mereka yang sama terhadap Reformasi, menentang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa. Pada 3 Ogos 2003 Keadilan dan PRM melancarkan Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur.Pada waktu itu Pendaftar Penubuhan masih enggan meluluskan pendaftaran parti. Maka pada Pilihanraya Umum 2004, calon-calon PRM bertanding di atas platform Keadilan. Calon tunggal yang menang ialah Presiden Parti iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Selepas Pilihanraya Umum, akhirnya Parti Keadilan Rakyat diluluskan penubuhannya.

Selepas mengetahui punca dan sebab di atas, diharap agar ahli dan penyokong UMNO boleh menilai dan menyedari di mana kekuatan UMNO yang sebenarnya. Ia bukan terletak kepada kehebatan individu tetapi kerana keteguhan akar umbi dan sokongan padu daripada ahli dan pemimpin pemimpin kecil dari cawangan- cawangan UMNO. Oleh itu usahlah mendabik dada sebagai ketua yang hebat kerana sejarah sudah membuktikan kehebatan pemimpin adalah kerana institusi yang disandangnya dan bukanlah kerana kemasyuran atau kehebatan batang tubuh seseorang.

Khamis, 21 Julai 2016

MENJAWAB ''kenyataan Media'' WAN AZIZAH

KENYATAAN MEDIA
DS NAJIB PERLU AMBIL CUTI SEBAGAI PM, BADAN BEBAS PERLU SIASAT
Satu dunia dikejutkan sidang media Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (US Department of Justice, DOJ) tengah malam tadi yang menyatakan Kerajaan Amerika Syarikat akan mengambil alih aset bernilai lebih RM4 bilion (USD1 bilion) yang berkait dengan satu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang haram dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB). DOJ juga telah menamakan individu-individu yang didakwa terlibat: Riza Aziz (anak tiri kepada Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak), Jho Low, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

JAWAPAN : Syukur setelah dibuat gesaan dan permohonan oleh Kerajaan dan PM supaya apa sahaja yang berkaitan dan tuduhan kepada 1MDB akhirnya disambut baik oleh pihak Amerika Syarikat dan pihak- pihak terbabit perlu disiasat untuk membersihkan nama PM dan dakwaan bahawa 1MDB membuat pelaburan di sana adalah tidak tepat, perlu difahami ia adalah kejayaan mengesan wang dari Malaysia yang dilarikan

Sidang media DOJ tersebut dengan jelas menyatakan RM4 bilion ini sebahagian dari lebih RM14 bilion (USD3.5 bilion) yang dikenalpasti dilarikan dari badan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara 2009 hingga 2015. Jangkamasa ini bertindih sepenuhnya dengan jangkamasa Dato' Sri Najib memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, dan juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
JAWAPAN : Kita menyokong tindakan diambil jika benar ia dilarikan dan mendapatkan semula jumlah yang dilarikan membuktikan PM sedia disiasat, sebelum ini dengan jelas PM menegaskan bersedia dihukum jika terlibat, Alhamdulillah ia berlaku di zaman DS Najib menjadi Perdana Menteri apalah agaknya yang terjadi jika tuduhan seperti itu berlaku sewaktu zaman Tun Sebagaimana terjadi kes BMF dan Kumpulan Carrian sebagai satu contoh sahaja.

Memandangkan Perkara 117 Memorandum dan Artikel Persatuan 1MDB yang berkuatkuasa pada ketika wang RM14 bilion itu didakwa dilarikan dari 1MDB meletakkan tanggungjawab meluluskan "komitmen kewangan, penyusunan semula atau sebarang perkara yang melibatkan jaminan kerajaan" di tangan Perdana Menteri, maka saya menggesa Dato' Sri Najib untuk segera memberikan penjelasan kepada Ahli-Ahli Parlimen di dalam satu sidang Parlimen tergempar dalam masa terdekat.
JAWAPAN : Kenapa nak buat sidang Media dan penjelasan dalam waktu penyiasatan sedang berjalan, apa apa kenyataan yang dibuat boleh menggangu penyiasatan.. PM tidak perlu ganggu penyiasatan yang sebagaimana DS Najib tidak boleh menyaman Tony Pua kerana “Tiada locus standi” bermaksud “bukan dalam kapasiti” atau “tiada kapasiti” untuk memulakan tindakan saman ke atasnya atau dalam bahasa mudah, Najib tidak boleh menyaman Tony Pua kerana Najib tiada kaitan dengan 1MDB atau tiada berjawatan di dalam 1MDB. 


Memandangkan Dato' Sri Najib selaku Perdana Menteri telah memecat beberapa individu-individu yang lantang bersuara mengenai isu 1MDB, termasuk mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, saya menggesa Kabinet untuk menasihatkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk menitahkan agar ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Di-Raja untuk menyiasat tuduhan wang RM14 bilion telah dilarikan dari 1MDB dari 2009 ke 2015 serta mencadangkan agar individu-individu yang terlibat dihadapkan ke mahkamah.

JAWAPAN : Memandangkan dalam parti Pembangkang juga berlaku pemecatan dalam organisasi sama ada peringkat pusat juga negeri ia bukanlah suatu perkara yang asing, Pemecatan adalah selepas diadakan mesyuarat dan dikenal pasti keperluan bukan berdasarkan kritikan kepada individu ia adalah kerana mengkhianati parti. Adalah tidak adil untuk menubuhkan suruhanjaya Siasatan Yang sebahagiannya telah dimuktamad dan diperjelaskan oleh pihak yang membuat siasatan termasuk PAC yang dianggotai oleh wakil pembangkang. Lagipun dakwaan bahawa Najib terlibat secara langsung dengan 1MDB hanya suatu permainan persepsi yang terancang dalam plot untuk ‘menjenayahkan Najib’. Hakikatnya, pembangkang sendiri mengakui bahawa dakwaan ini tiada asas sama sekali dari segi undang-undang.


Memandangkan jawatan Dato' Sri Najib sebagai Perdana Menteri memberikan beliau kuasa dan pengaruh ke atas agensi utama kerajaan termasuk pejabat Peguam Negara, Polis Di-Raja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan memandangkan isu ini berkait rapat dengan bidang kuasa malah juga jangkamasa beliau memegang jawatan tersebut, saya percaya Rakyat Malaysia mahukan Dato' Sri Najib untuk mengambil cuti sebagai Perdana Menteri agar tidak timbul syak wasangka salahguna kuasa untuk melengah atau menghalang siasatan penuh terhadap isu yang serius ini.

JAWAPAN : Sebagaimana yang berlaku kepada KM Pulau Pinang yang tidak mahu bercuti walau membabitkan kes langsung keatas dirinya, adalah satu kelucuan melampau untuk PM meletak jawatan atas hal yang tidak melibatkan dirinya... Dan kalau masih mahu diketengahkan biarkan siasatan diteruskan sekiranya sesiapa sahaja terlibat UMNO mempunyai ramai pemimpin untuk diganti, sekiranya juga orang terdekat dengan PM turut terlibat itu adalah ketelesuan paling besar yang diambil oleh beliau, dengan itu rakyat perlu terus beri kuasa serta mandat kepada DS Najib atas pengorbanannya kepada rakyat dan negara biarpun melibatkan orang yang paling hampir dengannya..



Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Presiden KEADILAN

21 Julai 2016

Dijawab oleh : FMY 

Rabu, 27 April 2016

Kekuatan diri bukan kerana kelemahan lawan..

Sudah lama tidak menaip di blog ini.. blog yang dulunya tempat meluahkan perasaan, semangat dan keinginan sebagai insan kecil yang terheret ke dunia siasah.. bidang yang saya sudah terdedah sejak kecil kerana arwah ayah seorang  yang sangat komited kepada tanggungjawabnya terhadap kemasyarakatan dan parti yang didokongnya. Seringkali saya mendengar arwah berbincang hal – hal parti dengan kawan kawan dan kenalannya, saya terpegun dengan idea dan toleransi bila berhadapan dengan sesiapa sahaja termasuk dari parti lawan.
Di Blog seperti ini ia boleh menjadi kekuatan kepada diri dalam menzahirkan halatuju sokongan dan fikiran tetapi blog seperti ini juga boleh mengundang kemudaratan kepada diri apabila pihak yang dituju menjadi marah atau tidak bersetuju dengan apa yang dikomentar. Barangkali inilah satu sebab kenapa jarang pemimpin yang berani meluahkan kecenderungan diri dalam politik mereka untuk tatapan umum, lebih senang menjadi diam tanpa meluahkan isi hati kerana risau dengan kepentingan diri, keluarga juga penyokong.

Ketika menaip luahan ini semua pemimpin kerajaan dan pembangkang sedang sibuk berkempen untuk pilihanraya negeri Sarawak 2016. Dalam menuju ke arah PRU14 pembangkang sebelumnya begitu galak menyerang Perdana Menteri dan keluarga dengan pelbagai isu sama ada dicipta atau dibesarkan isu.. Perdana Menteri begitu hebat diserang malahan terpaksa memecat Timbalannya, merombak kabinet dan menyusun semula struktur penjawat serta gerak parti UMNO untuk melawan terjahan pembangkang yang mereka yakin akan mendapat kuasa dalam pilihanraya umum ke 14 nanti. Masa sukar Perdana Menteri semakin jauh dan kini tanda tanda masa gembira bagi Pihak pembangkang pula akan berlalu, 2 kerusi Dun PRN Sarawak sudah tidak ada perlawanan kempen, satu kelebihan moral untuk Barisan Nasional lantas memberi gambaran akan menang dengan penambahan kerusi Dun bagi Kumpulan Adnan. Pakatan Pembangkang seperti tiada erti apabila mereka bertembung sesama sendiri untuk berdepan dengan calon BN.

Di dalam keyakinan yang tinggi, Naib Presiden UMNO Dato Seri Hishamuddin Tun Hussin menasihatkan penyokong agar jangan terlalu yakin dan berharap kemenangan di atas perpecahan lawan sebaliknya teruskan gerakkerja dan bina kekuatan sendiri bukannya atas faktor perpecahan pihak lawan. Pesanan ini sebenarnya terpakai untuk seluruh parti Kerajaan. Ia lebih sesuai ditujukan kepada UMNO Kelantan yang sudah menanti lebih 25 tahun untuk merebut Kota Darulnaim, perpecahan pihak lawan iaitu PAS diharap akan memberi kelebihan kepada BN tetapi harus diingat tidak semudah itu PAS akan memberi laluan tambahan lagi  mereka sudah mencengkam dan membina penyokong sendiri yang setia dan tegar yang dilatih sejak dibangku PASTI biarpun Ikon mereka Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah tiada tetapi selama lebih 25 tahun juga UMNO Kelantan terhakis sokongan dan semangat perjuangan melemah, umpama satu bangsa yang lama dijajah, mereka sudah semakin tidak mengapa berada dibawah pentadbiran penjajah seumpama rakyat Hong Kong yang tidak gembira untuk kembali ke pangkuan Tanah Besar Cina kerana mereka sudah lali, tidak merasa apa bebanan berada dibawah kuasa penjajah… mencari kesalahan PAS di Kelantan umpama mencari kesalahan pekerja yang tidak hadir bekerja.