clixsense

Isnin, 30 Mei 2011

Sudah.. sudahlah Shahrizatt..

Datuk seri Shahrizat Abdul Jalil menyuarakan harapan agar wanita lebih ramai diletakkan sebagai calon dalam pilihanraya. Hasrat yangg entah ke berapa belas kali itu disuarakan lagi semasa melancarkan penyerahan sijil Skim Insurans 1 Azam di Tawau.
Telah diakui oleh parti bahawa Ketua Wanita UMNO Malaysia yang tewas kepada Nurul Izzah di Lembah Pantai itu seorang yang kuat bekerja dan tahan dicemuh, Datuk Seri Shahrizat sudah melalui zaman kematangan dari seorang yang berpenampilan tidak bertutup kepala berubah kepada selendang dan tudung ringkas.. cantik manis pulak dipandang. Beliau yang menjawat sebagai ketua wanita mengenepikan bekas bosnya Tan Sri Rafidah Aziz tergolong dikalangan pemimpin baru wanita yang beruntung kerana dapat berada dalam kedudukan sekarang dengan jalan yang tidak sesukar mana disebabkan suasana politik dan arus inspirasi baru banyak membantu beliau untuk menjadi seperti sekarang.
Tidak sebagaimana Tan Sri Rafidah Aziz yang lebih bertenaga, berilmu dan berpengalaman lama dalam politik, kemunculan Datuk Seri Shahrizat bolehlah dikatakan seperti tiada akar rotan pun berguna. Bukan niat kita hendak memperkecil atau menidakkan keupayaan dan kemampuan pemimpin wanita ini tetapi tuntutan beliau yang konsistem dan acap kali disuarakan seolah Datuk Seri Shahrizat menagih pengiktirafan dan minta ganjaran atas kerja kuat wanita kepada parti. Datuk Seri Shahrizat barangkali terlupa bahawa dalam apa- apa jenis pertubuhan, perkumpulan atau persatuan memang wanitalah yang selalu menyelamatkan korum dan jumlah kehadiran wanitalah yang selalu boleh diharap untuk menjayakan program seperti yang dituntut.
Wanita dengan naluri suka bergaul, berbual, makan angin dan melawa menepati kehendak parti untuk menjadi perayu dan mendekati sasaran pemimpin organisasi. Tidak perlu Datuk Seri Shahrizat melaungkan tuntutan yang sememangnya tidak ditolak oleh siapa jua sekiranya ia disenangi dan diyakini boleh memenangkan kumpulan. Lihatlah gerak kerja muslimah PAS yang terlalu aktif, agresif dan mendesak pengundi tetapi mereka tidak pula terlalu meminta untuk menjadi calon, tetapi mereka bangga menjadi jentera yang penting dalam memenangkan calon mereka, mereka juga redha dan akur dengan lumrah dan garis panduan agama bahawa orang lelaki lebih sesuai sebagai pemimpin, dalam pada itu turut bersetuju sekiranya diberikan kedudukan dan calon dalam pilihanraya.
Datuk Seri Shahrizat sepatutnya yakin dengan pilihan Presiden dalam hal penentuan calon, bukan disengajakan dan bukan dasar parti untuk meminggirkan wanita dalam pilihanraya sekiranya tokoh wanita itu layak. Tidak perlu gusar sekiranya tidak terpilih kerana wanita tetap ada tempat sekiranya lelaki yang dicalon beroleh kemenangan kerana disebalik kemenangan calon lelaki itu adalah atas dorongan dan kerjasama isteri, kemenangan si suami itu juga adalah kemenangan isteri, isteri boleh berbangga dan teramat bersyukur kerana mereka boleh bergelar wanita pertama, isteri YB dan penaung badan- badan yang mengkehendaki kepakaran wanita.. tiada ruginya untuk kemenangan suami tetapi suami akan turun sahamnya dan tersipu malu sekiranya ditakdirkan menjadi suami kepada wakil rakyat atau apa yang digelar iron lady.
Setiap pilihan pucuk pimpinan itu adalah untuk kemenangan, pucuk pimpinan memerlukan yang terbaik antara yang baik tanpa mengira jantina, oleh itu sedarilah bahawa setiap pergerakan orang yang akan berentap dalam pilihanraya dinilai oleh pelbagai pihak sejak dari awal lagi, siapa yang sentiasa masuk kawasan, siapa yang berpengaruh, siapa yang berkeluarga besar dan siapa yang namanya tidak dipersoalkan oleh organisasi sendiri sekiranya dia dicadangkan untuk menjadi calon parti..
Disebabkan itu janganlah menuntut apa yang telah dibuka ruang yang luas di negara kita, bekerjalah untuk kemenangan parti bukannya untuk individu atau jantina kerana wanita Malaysia berpuluh kali lebih dihormati daripada wanita di bumi anbia sendiri.

Rabu, 25 Mei 2011

Nik Aziz bertanggung jawab membunuh karekter Islam..

Sedih, keliru,marah dan rasa terhina bila melawat negeri yang satu ketika dulu bermegah dengan institusi pondok agama, ulama dan cendikiawan Islam. Hari ini sesiapa sahaja yang mengharap untuk melawat Kelantan tidak perlu lagi mengimpikan suasana tersebut. Pondok agama yang moden, tersusun, bersih dan ditadbir dengan bantuan kewangan yang mencukupi tidak lagi berada di Kelantan, Kelantan sudah lama keluar daripada kemegahan itu apa yang ada hanyalah retorik dan tidak sehebat tempat-  tempat lain di Malaysia. Bukan bermaksud hendak memalukan rakyat negeri merah itu tetapi sekadar ingin menyatakan apa yang dirasa dan dilihat adalah tidak seindah khabar. Rakyat Kelantan seolah terperangkap dengan harapan mereka sendiri..
Selepas menjatuhkan pentadbiran UMNO dengan kerjasama Tengku Razaleigh Hamzah, PAS diharap dapat menampilkan pentadbiran baru yang benar- benar dapat menjadikan Kelantan bukan sahaja menjadi serambi Mekah tetapi bertindak sebagai institusi terbuka untuk rujukan dan model pemerintahan Islam di Asia Tenggara. Sesiapa sahaja akan berdiri bulu roma dan memberi sokongan sepenuhnya dengan ceramah Nik Aziz suatu ketika dulu yang berazam untuk menjadikan Kelantan sebagai pusat pemerintahan daulah Islamiah di seluruh nusantara beliau juga berjanji akan melaksanakan undang- undang Islam sebelum ayam berkokok selepas mendapat mandat rakyat dihari mengundi.. Inilah harapan sebenar sebagai seorang Islam yang menanti munculnya kerajaan Islam selepas kejatuhan Empayar Othmaniah, kelihatan keterlaluan tetapi itulah janji dan harapan PAS sebelum mendapat kuasa.
Ditakdirkan PAS mendapat kuasa dengan bantuan semangat 46 iaitu serpihan UMNO sebagai membuktikan tuhan memberi separuh kekuatan UMNO untuk memenangi dan memberi peluang bagi PAS membuktikan niat suci mereka.
Kini setelah diberi peluang penggal demi penggal dan rakyat terus memberi masa untuk PAS melaksanakan janji pemimpin mereka, namun hanya sedikit yang diusahakan itupun setelah didesak dan pelaksanaan dilakukan hanya apabila hampir musim pilihanraya. Memang UMNO tidak mewar- warkan sumbangan mereka kepada pembangunan Islam pada tahun sebelum 1990 tetapi sedar atau tidak segala kemudahan dan penyusunan hal- hal bersangkutan dengan Islam jelas dibuat pada zaman Muhamad Yakob.
Apabila Nik Aziz dengan penampilan warak mula menerajui Kelantan, rakyat begitu gembira dan harapan sangat menggunung di awal beliau menduduki Kota Darulnaim. Namun tahun demi tahun rakyat seperti menunggu buah tidak gugur sedangkan pemimpin PAS semakin hari semakin galak mencanang tentang harapan negeri Islam total. Semakin lama Islam semakin kuat dilaungkan.. PAS semakin mencengkam, UMNO tidak berdaya bangkit dan tersungkur begitu lama di Kelantan. PAS semakin riak, pemimpin bertambah takbur harapan pentadbiran Islam dicampak ke sungai Kelantan, rakyat telah dibuta bisukan dengan serban dan jubah.
Hari ini Nik Aziz dan seluruh kepimpinanya perlu bertanggungjawab diatas kelulusan membina begitu banyak berhala gergasi di Kelantan, kalaulah nabi Ibrahim wujud di zaman ini apalah tindakannya dan betapa marahnya baginda setelah baginda meruntuhkan semua binaan berhala di Kaabah tetapi serambi Mekahnya pula galak membangunkan berhala, apakah rasionalnya sebuah negeri yang berusaha menyebarkan syiar Islam tetapi agama lain yang lebih rancak.
Apa pula kata para sahabat sekiranya mereka dikhabarkan tentang markaz parti politik yang besar dan megah tumbuh bagai cendawan tetapi pemerintahnya tidak menanam saham dalam membina rumah Allah dan menjaga kebersihannya, tidak malukah sebuah negeri yang ingin terus bergelar serambi Mekah tetapi tidak berminat untuk meniru pemodenan dan penambahbaikan seperti dilakukan pada masjidil haram. Paling malang dan penghinaan kepada penyebaran Islam adalah kejayaan Nik Aziz memalukan orang Islam. Sungguh menteri besar ini telah dihanyutkan oleh ilmunya sendiri dengan membina masjid persis biara di Rantau Panjang. Kita teragak- agak untuk memanggil masjid pada binaan bertujuan pelancongan ini, ia tak ubah seperti biara Buddha dalam cerita kungfu shaolin.. apa nak dibangga dan apa nak dikata tentang binaan songsang itu. Celiklah akal yang logik.. kalaupun untuk menarik sokongan kepada parti PAS. Kita tidak teragak- agak hendak menuduh bahawa binaan itu sebenarnya untuk menarik orang Cina kepada PAS bukannya kepada Islam.
Entah mengapa kita menjadi malu bila memasuki masjid asing itu, kita sangat kecewa bila tahu usaha sahabat nabi ke negeri China seperti Yusuf AsThaqafi, Saad ibn Waqqas dan Yusuf Lebid membawa lambang Islam dan mengadunkan seni Islam ke dalam binaan Cina tetapi di Rantau Panjang sebaliknya seni bina China menguasai lambang Islam tetapi senibina Islam tidak boleh membunuh karekter sebuah biara kecuali sebuah kubah yang bukan berbentuk kubah bawang tetapi bentuk semutar di kepala, satu pertanyaan mudah adakah semutar itu melambangkan simbol Islam ?
Tak perlu berbangga dengan binaan yang dikatakan masjid itu.. sungguh ia memalu dan mengelirukan, cuba kita fikir jika anak kita disekolah ditunjukkan gambar biara Buddha sanggupkah kita mengiyakan jawapan anak kita bahawa itu adalah masjid.. dan kaum lain mengejek kerana masjid itu seperti rumah ibadat mereka.
Dalam usaha Nik Aziz untuk mengkultuskan dirinya, beliau menggadai identiti Islam, tiada lagi makruh, subhah atau bidaah.. Nik Aziz tidak ragu- ragu mengiyakan apa saja asalkan boleh memberi sokongan kepada parti PAS.. walaupun hal binaan ibadat ini tidak diambil perhatian tetapi ia boleh menjadi hal yang penting mengheret kepada identiti agama seperti juga pertelingkahan kes penggunaan nama 'Allah' oleh agama selain Islam. Nik Aziz sebetulnya telah keliru, hanyut, terpesona dengan kuasa  yang dimilikinya..  

Isnin, 9 Mei 2011

Ketua tidak hormat cawangan punca parti lemah ?

Masih ramai pemimpin UMNO yang sombong dengan ahli partinya sendiri, pemimpin UMNO peringkat Bahagian bukan sahaja masih membawa budaya elit bila turun ke kampung, pemimpin UMNO Bahagian tetap angkuh tidak memperdulikan sensitiviti ketua cawangan dan ahli cawangan, Pemimpin UMNO yang bertekad untuk jadi YB atau terus mengekalkan tittle itu dengan sewenangnya menggunakan kuasa membelakangkan penyokong setia mereka. Atas  nama demokrasi kononnya pemilihan Pengerusi JKKKP mestilah telus dan dipilih rakyat walaupun tahu dengan cara pemilihan akan menjatuhkan pemimpin yang  baik dengan tipu helah dan sogokan.
Dalam hal yang terpinggir ini kebiasaannya pemimpin UMNO peringkat Bahagian adalah kebal, sesiapa pun tidak dapat berbuat apa walaupun oleh seorang presiden parti.. yang dapat merubah sikap buruk dan perasan bagus pemimpin ini hanyalah pilihanraya, ahli parti terpaksa boikot dan korbankan calon mereka sendiri. Walaupun kes sebegini adalah kes yang berlaku kepada semua parti sama ada PR sekalipun tetapi sebagai ahli parti yang sayangkan partinya, kita bercakap mewakili ahli parti bawahan atau kata orang Kelantan ‘puak tamada umno’ iaitu golongan yang berguling, berpeluh, bersingsing lengan dalam menggerakkan parti tetapi dipinggirkan bila masuk bab ganjaran dan peluang yang disediakan atas nama parti UMNO. Apa yang ingin dilontarkan ini adalah nadi orang UMNO di negeri yang diperintah parti lawan, ini kerana mereka dalam suasana tewas jadi setiap apa yang dilakukan menjadi amat penting dalam membangkitkan persepsi rakyat dan penyokong sendiri.
Dalam gerakan meyakinkan rakyat dan merakyatkan pemimpin UMNO, masih ada sifat sombong pemimpin itu dalam cara mendekati rakyat dan pemimpin peringkat cawangan, pemimpin berpelajaran tinggi ini tidak dapat membuang sikap masuk kampung dengan membawa pengikut yang ramai siap dengan pengiring dan kaki ampu yang ramai, pemimpin ini juga ada ketikanya hanya singgah sekejap sahaja kata orang ‘punggung belum panas dah nak berangkat’ apalagi air yang disediakan oleh tuan rumah pun tak diusik. Pemimpin yang punya jawatan dalam kabinet juga punya keyakinan dan pendekatan sendiri dalam gerakan turun ke kampung hingga pemimpin cawangan dan orang penting cawangan sendiri pun tidak diendahkan mengakibatkan pemimpin besar itu seperti  ‘orang buta dengan gajah’ sedangkan pemimpin cawanganlah yang tahu rakyat kawasannya dan sepak terajang rakyat disekelilingnya, pemimpin cawangan sudah tentu merasa terabai dan tidak dihormati lebih malang lagi jika rumah yang dikunjungi tadi adalah bertujuan untuk mendapatkan ganjaran sahaja atau dengan kata lain pemimpin UMNO itu telah ditipu..
Satu hal yang semakin menjadi- jadi kepada pemimpin UMNO peringkat Bahagian dan boleh menjadi serius adalah ketua Bahagian yang sewenang menandatangani apa saja surat atau dokumen yang dihulurkan tanpa merujuk kepada pemimpin UMNO cawangan. Banyak berlaku seperti sokongan untuk borang TEKUN, LKIM, KEMAS, guru KAFA, KADA, dan sebagainya yang sebelum ini ditolak oleh ketua cawangan telah diterima oleh ketua Bahagian. Keadaan ini sebenarnya ada baiknya tetapi yang buruknya adalah lebih banyak, apa perasaan ketua cawangan ? apa perasaan ahli UMNO lain bila tahu musuh ketat politik pun dapat manfaat sebagaimana mereka juga...dimana kuasa ahli JKKKP yang dilantik dikalangan ahli cawangan UMNO sekitar. Lupakah pemimpin UMNO hanya dengan cara inilah slogan parti menguasai kerajaan boleh diperkasakan. Dengan tindakan seperti ini kemungkinan pemimpin UMNO hilang sokongan pengikut sendiri dan pihak penentang usah diharap untuk menyokong calon UMNO. Pengerusi dan Ahli JKKKP yang sebelum ini sudah tertunggak elaun selama lima bulan masih lagi bekerja biarpun pemimpin mereka masih pejam mata dalam masalah ini. Pemimpin UMNO terutama yang memegang jawatan Kementeian lebih selesa memperuntukkan belanja yang besar kepada kontraktor, menyediakan peruntukkan khas kepada NGO tertentu, memberi belanja yang sewenangnya kepada individu atas nama kegiatan untuk rakyat juga sanggup berhabis kepada tabung yang pelbagai yang sebenarnya hanya memberi sumbangan yang kecil kepada menarik sokongan pengundi. Apa yang boleh dikatakan langkah yang bebal ini adalah gerakan sayap sendiri tidak diutamakan terutama sayap Pemuda dan Puteri yang sering dipersalahkan jika jentera tidak bergerak.
Walaupun tindakan memilih pemimpin tempatan secara pemilihan itu adalah amat baik tetapi bila melibatkan calon yang bekerja untuk parti seperti kata orang kampung ‘kerja macam kerbau’ tetapi bila ada muka baru yang diragui tujuannya masih relevenkah pemilihan diteruskan hanya untuk menggantikan pemegang jawatan yang banyak jasa dan masih bersemangat juga mampu memberi sumbangan itu. Dalam merumuskan hujah sayang pemimpin UMNO ini ada satu soalan yang dilontarkan oleh pemimpin cawangan yang terlepas cakap ini “Siapa yang bekerja untuk parti tidak ada matlamat...? awak tahu ke pemimpin UMNO tu pun main parti sebab nak jadi menteri lah...”

Rabu, 4 Mei 2011

Semangat Jihad Dato Bahaman melawan kezaliman Kerajaan..

Menyusuri sungai Lebir di Kuala Krai, Kelantan mengingatkan semula kesukaran pahlawan dan pengikut Dato' Bahaman Orang Kaya Semantan yang melarikan diri ke Terengganu dan kelantan setelah berkali kali menentang Inggeris yang berpunca daripada campurtangan Residen di daerah Temerloh. Dato' Bahaman telah membawa diri mendapatkan perlindungan di Siam dan berlindung di Chiang Mai, tetapi pengikutnya yang ramai telah menetap dan membuka kampung di tebing sungai Lebir, Sebagai seorang yang ada pertalian dengan kumpulan ini saya telah melihat sendiri kesan peninggalan moyang di Kuala Relai yang hampir dengan Taman Negara. Masih dapat dilihat kubur dan kesan tapak kediaman dahulu kala. Ketika bersama saudara mara menebang balak dan membersih hutan untuk di tanam anak pokok getah banyak cerita yang dapat saya dengar tentang kehebatan pahlawan menentang penjajah itu.
Ketika zaman darurat, pemerintah Inggris sekali lagi memaksa koloni lasak ini meninggalkan kampung halaman untuk ditempatkan dikampung tersusun yang didirikan dalam 'Rancangan Bringgs'. Penempatan yang disediakan adalah di Laloh, karangan.... dan Pemberian. Ketika penghijrahan kedua inilah seorang saudara nenek saya yang masih kecil telah terkorban kerana terjatuh ke sungai Lebir. Sekadar menggambarkan Kampung Pemberian yang menjadi kampung halaman sebelah ibu, kegiatan utama penduduk adalah menanam dan menoreh getah, pada waktu itu kerja sebagai penoreh tidaklah lumayan seperti hari ini, kerja penorehan pula berdepan dengan kesukaran kemudahan dan ancaman binatang buas. Sesekali jika berlaku kejadian harimau menyerang penoreh maka berhari harilah penduduk takut untuk keluar menoreh getah.
Kampung Pemberian yang mendapat nama kerana kampung ini 'diberi' oleh kerajaan, sebagai salah sebuah kawasan yang terhad untuk mengekang ancaman komunis, penduduk yang sehingga ke hari ini masih mewarisi dialek Pahang tua dan ia menjadi terlalu asing bagi daerah lain di Kelantan yang pertama kali mendengar pertuturan orang lama, lantas menjadikan kelompok penghijrah ini mempunyai bahasa pertuturan yang unik dan tersendiri. Atas kesedaran untuk menambah pendapatan dan keluar daripada lingkungan persekitaran penempatan yang terhad itu ibu bapa telah mengusulkan untuk kembali ke penempatan asal di kuala Relai yang diakui sebagai tanah kampung halaman mereka yang sah dan milik mereka.
Dalam usaha yang memerlukan ketahanan tulang empat kerat dengan peralatan membersih hutan yang terhad, penduduk membina pondok dan berhari hari berada di tebing sungai dengan makanan ala kadar dan berlauk ikan sungai. Tidak sekadar di Kuala Relai tetapi beberapa kawasan tebing sungai yang didakwa sebagai hak milik moyang mereka telah dikunjungi dan di tanam dengan pokok getah dan buah- buahan.
Namun langit tidak selalu cerah, keringat bukan menjadi ukuran dan jasa tidak semestinya dibalas.. begitulah apa yang dialami oleh waris dan pengikut pejuang negara. Kerajaan PAS pimpinan Nik Aziz pernah berkata bahawa bumi ini adalah milik semua dan sesiapa pun boleh mendiami dan memanfaatkannya, tidak ada tanah haram kecuali tanah suci Mekah. Terasa betapa globalnya pemikiran Nik Aziz, bebas dan merdeka kepada semua rakyat. Berpegang kepada falsafah itulah Nik Aziz percaya bahawa dia juga berhak untuk menguasai bumi Allah ini apalagi beliau ada harta dan kedudukan yang boleh berbuat apa saja, boleh menentukan siapa berhak dan siapa harus berundur.
Umumnya sudah tahu benar bahawa Nik Aziz adalah orang yang sama dimana dia tinggal di rumah yang sederhana seperti mana sebelum menjawat jawatan Menteri Besar. Walaupun tidak berpegang kepada laungannya seperti diawal mengambil alih Kota Darul Naim, rakyat tidak terlalu berkira bila orang yang menggelarkan dirinya Tok Guru itu sudah selesa berkereta besar. Ramai yang tahu Nik Aziz memang membeli setiap tanah penduduk di Pulau Melaka yang dijual oleh orang kampung dengan harga yang lebih tinggi, tidak mengapalah itu haknya tetapi bolehkan kita mengakui beliau menolak harta dunia sedangkan dalam masa yang sama sedang membina wilayah ekslusif di Pulau Melaka persis ingin membina semula status Kerajaan Jembal. 
Tidak cukup dengan kerakusan di Kampung halaman, tebing sungai Lebir yang sudah dibangunkan oleh rakyat itu pun hendak dihalau atas maksud tiada manusia yang boleh mengaku bumi ini hak mereka, Nik Aziz mengizinkan penebangan getah dan pokok buahan yang ditanam oleh rakyat dengan linangan air mata, Pentadbiran Nik Aziz mencanag tindakan kerajaan itu atas alasan membuka ladang rakyat yang sebenarnya sedikit pun tidak memberi manfaat kepada rakyat. 
Tauke- tauke cina yang kaya raya telah dihalalkan oleh Kerajaan PAS untuk memusnah dan merampas hak sebangsa dan seagama. Nik Aziz yang sering menuduh pesaing politiknya dengan pelbagai gelaran kurang ajar sebenarnya adalah Menteri Besar yang paling licik membuli rakyat, Nik Aziz adalah Menteri Besar paling zalim kepada rakyatnya di Kelantan, mungkin PAS menganggap kelompok rakyat berbudi ini adalah kumpulan penyokong kuat BN kerana peti undi mereka sentiasa tidak menyebelahi parti PAS setiap kali pilihanraya dan inilah hukuman kepada penentangnya.. seandainya Nik Aziz lahir di zaman Dato Bahaman barangkali Nik Aziz boleh saja disamakan dengan pembesar Melayu tidak bermaruah yang menjadi tali barut penjajah yang perlu ditentang...
Namun pada zaman ini Nik Aziz hanya dapat ditumpas dengan menumbangkan parti PAS pada pilihanraya akan datang.