clixsense

Rabu, 30 Mei 2012

'China Press'... akhbar jahat


Jika diambil kira jumlah edaran akhbar di Malaysia, akhbar berbahasa Melayu iaitu Mingguan Malaysia yang dicetak sekali seminggu mengatasi semua akhbar pelbagai bahasa di Malaysia. tetapi bila di buat perbandingan jumlah edaran harian pula akhbar berbahasa Mandarin Sin Chew Jit Poh menjuarai jumlah edaran ke seluruh negara diikuti The Star dengan bahasa Inggeris barulah diisi oleh akhbar Harian Metro yang berbahasa Melayu.
manakala Utusan Malaysia dan Berita harian pula berada di nombor sembilan dan sepuluh dibawah akhbar China Press berdasarkan laporan dari wikipedia Senarai 10 Akhbar Terlaris di Malaysia
Urutan berdasarkan Jumlah Edaran
KedudukanNama AkhbarBahasaJumlah Edaran SehariJumlah Pembaca
1Mingguan MalaysiaBahasa Melayu483,2402,488,000
2Sin Chew Jit PohBahasa Mandarin346,8951,238,000
3Berita MingguBahasa Melayu333,3342,329,000
4The StarBahasa Inggeris310,0081,456,000
5Metro AhadBahasa Melayu263,6492,375,000
6Harian MetroBahasa Melayu249,5752,077,000
7Sunday StarBahasa Inggeris230,9641,491,000
8China PressBahasa Mandarin227,270778,000
9Utusan MalaysiaBahasa Melayu213,4451,643,000
10Berita HarianBahasa Melayu203,7041,960,000
Kita bersetuju dengan saranan Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang juga pemikirannya boleh dibaca di blog beliau http://www.ridhuantee.blogspot.com/ menyarankan agar akhbar bukan berbahasa Melayu menyediakan sisipan bahasa Melayu dalam akhbar mereka terutama akhbar bahasa Mandarin untuk membolehkan setiap orang yang tidak tahu membaca bahasa Mandarin boleh mengikuti akhbar tersebut sebagaimana mereka kerap membuat telahan dan mengkaji tulisan dengan sikap prejudis terhadap akhbar khasnya Utusan Malaysia.   
Akhbar berbahasa Mandarin sebenarnya terlalu rasis dalam mengemukakan isu -isu yang menyentuh perdaduan kaum terutamanya dalam memperkatakan tentang orang Melayu dan Islam. Akhbar ini akan memperbesarkan isu yang merugikan bangsa lain terutamanya Melayu dan mereka terus membisu sekiranya isu- isu yang berlaku dalam negara tidak memihak kepada bangsa Cina. Mengambil contoh 'China Press'. Sekiranya kita boleh membaca akhbar mereka mungkin kita akan rasa seperti berada di tanah besar Cina takkala menatap akhbar yang secara terang berkiblatkan negara komunis itu. Kita juga merasa hairan mengapa masih bangga dengan 'China' dan bukan 'Cina Press' . Orang Melayu sentiasa rugi kerana mereka tidak mengerti akan bahasa Mandarin tetapi orang Cina boleh membaca tulisan bahasa kebangsaan, ini tidak adil kerana tulisan dalam akhbar Melayu akan sentiasa menjaga sentimen bangsa lain tetpi bangsa lain boleh menulis dan menghentam apa saja tentang Melayu dengan risiko yang kemarahan orang Melayu sangat minima disebabkan keterbatasan bahasa.China Press terutamanya lebih rasis dan kiasu dalam penulisannya kini telah menerbitkan edisi petang menjadikan penerbitannya dua kali sehari. China Press banyak memainkan peranan dalam meraih sokongan kepada parti pembangkang terutama DAP. 
Akhbar ini pernah dihentikan edarannya atas kebiadabannya menyiarkan berita berkenaan peristiwa 13 mei yang sedang dibicarakan di mahkamah juga diberi tunjuk sebab atas keterlanjurannya dalam kes perletakan jawatan Ketua Polis Negara Datuk Musa Hassan. Akhbar ini yang bersama Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, Guang Ming Daily dan Oriental Daily disamping mengecam kerajaan tempat mereka mencari rezeki ini turut sepakat mencetak muka depan akhbar mereka dengan warna hitam sebagai protes layanan pihak berkuasa yang tidak memberi keistimewaan kepada wartawan dan juru gambar mereka dalam tragedi BERSIH 3.0 yang lalu. Kita bukanlah bermaksud memihak kepada parti kerajaan BN bila mencela pemikiran warga China Press dan sekutu mereka tetapi kita ingin sekali melihat penulisan mereka mestilah tidak mencurigai kaum asal tanah Melayu kerana kita sangat menghormati perpaduan dan keamanan walau parti mana pun yang memerintah Malaysia asalkan ianya masih menurut perlembagaan yang memperuntukan prioriti untuk 'Melayu dan Islam'. Dua perkataan inilah yang membolehkan Cina, India dan lain- lain bangsa selamat dan makmur di bumi ini..



Selasa, 22 Mei 2012

Surat kepada MB Tok Guru berkenaan penyelewengan dalam Air Kelantan yang diketuai oleh YB Dato' Mejar Mohd Anizam Abd Rahman.

Sekarang segala kepincangan dan kegagalan AKSB menyelesaikan masalah air di Kelantan tidak dapat dibendung lagi.. dengan penyaluran bantuan lebih RM600 juta kepada syarikat kerajaan negeri itu rupanya tidak sampai ke matlamat dan berlaku penyelewengan yang dahsyat yang kini telah diakui sendiri oleh kaki tangan AKSB seperti mana yang tersebar meluas. Saya tidak rajin untuk menyalin semula surat berkenaan dan juga saya tidak mahu menjawab sekiranya dikatakan surat palsu. Disini saya hanya memaparkan surat yang diambil gambar foto setelah di photostat . Saya percaya surat asal ini masih boleh di baca dan saya hanya menyalin beberapa perenggan sahaja sekiranya ingin membaca keseluruhan itu adalah dialu- alukan.

Semuga Tok Guru yang kami kasihi dirahmati Allah selalu. Kepada Tok Guru kami merayu dan merintih, tolonglah kami dari golongan yang zalim ini. Kami tidak mahu di hari akhirat kelak disebabkan dosa kezaliman yang dibuat oleh EXCO YB Dato Mejar Anizam (apa hubungan dengan suami Mona Fendi yang bunuh YB UMNO di Pahang dulu) melakukan kezaliman kepada kami sesuka hati tanpa batasan kerana dendam........ kroni mereka yang melakukan kesalahan jenayah disembunyikan. Terdapat berbagai kezaliman dan penyelewengan yang mereka lakukan ke atas kami sekarang. Kroni mereka bebas menggunakan dan menukar kenderaan syarikat tanpa logo AKSB dan dijadikan kereta persendirian.....
Senarai lawatan ke luar negara yang telah di buat sebelum ini :
1. Australia...
2.German...
3. Austria...
4. Mesir..
5. German..
6. England..
7. England..
8. India..
9. Afrika Selatan..
10. Holland..
11. China..
12. Sweden..
13. Finland..
14. German...
** terdapat lawatan di atas hanya mendapat kelulusan dari Tok Guru setelah lawatan telah dibuat.
** Terdapat negara dan individu di atas tidak termasuk dalam senarai negara & individu yang diluluskan tetapi telah diubah selepas beberapa bulan kemudian.....
.....Kami akui bahawa di dalam AKSB sekarang memang terdapat pegawai- pegawai yang mengamalkan 'permainan wang' yang sukar dikesan oleh SPRM kerana mereka telah menguasai pengurusan tertinggi AKSB. Semua dokumentasi boleh diubah, dibuang atau disembunyi tanpa diketahui oleh pihak lain. Sehari sebelum kemasukan SPRM ke AKSB pada 23-4-2012, mereka telah memindahkan banyak fail keluar dari AKSB.... !!!..




Selasa, 15 Mei 2012

Seorang menteri dan beberapa pemimpin besar Pakatan bakal ditelanjang untuk menambahkan kekalutan..

Sebagai rakyat yang peduli akan perkembangan politik negara. Kita sebenarnya sentiasa terbawa bawa dengan rentak dan tindakan pemimpin politik sama ada kerajaan atau pembangkang. Kadangkala apa yang kita ikuti dan dokong akhirnya kosong dan tidak banyak yang berbaloi dengan apa yang kita lakukan demi menaik dan mempopularkan pemimpin kumpulan kita. Baik kerajaan atau pembangkang sebenarnya kebimbambangan mereka tentang pemerintahan negara tidaklah sehebat yang di taburkan kepada rakyat. Kerajaan yang ada sekarang menyogok kepada pengikut mereka akan risiko dan malapetaka jika kerajaan yang baru ditubuhkan sementara Pembangkang pula membuat janji dan membayangkan kerajaan U-Topia sekiranya berkuasa.  
Sebagai rakyat yang punya pertimbangan dan pemerhatian berterusan kepada dasar- dasar kerajaan dan juga rakyat yang di pamerkan dan didendangkan lenggok tarian pembangkang, kita percaya akhirnya rasional akan mengatasi emosi yang akan diterjemahkan dalam kotak undi pada pilihanraya.
Kedua- dua kumpulan penyokong politik juga semakin hari mereka dihangatkan oleh isu dan perkara baru oleh ketua masing- masing malah semakin menyesakkan dari hari ke hari yang kadangkala boleh mencederaka mental dan fizikal penyokong.
Hanya beberapa perkara yang sengaja tidak difahamkan kepada rakyat yang mana ahli parlimen dan DUN sebenarnya boleh bertegur sapa dan bergurau di dalam mesyuarat Parlimen dan Negeri. Mereka masing- masing lebih mengenali antara mereka tidak sebagaimana yang di gemburkan kepada penyokong. Walaupun terjadi juga pertengkaran dan pergaduhan kecil sewaktu sidang tetapi kebiasaannya ia hanyalah berkaitan pendirian sesuatu isu dan bukannya berterusan sebagaimana gambaran penyokong parti mereka. Misalnya ahli parlimen masih boleh mengusik pembangkang dengan sapaan " A.... sini jap, sembang dulu, awat lorat ni nak cari awek ke ?" dan pembangkang pula boleh menjawab "takde.. sorilah nak cepat ni ada kerja..".
Jika di ambil kira tegur sapaan itu. Ia memberitahu kita bahawa ahli politik tetap selamat walau siapa pun jadi kerajaan kerana mereka boleh menyeberang saja kumpulan yang di sukai sekiranya memberi jaminan kepada periuk nasi tetapi hanya kerana memikirkan reputasi mereka di kalangan pemilihlah yang menghalang mereka terus berkompomi. Sebenarnya pemimpin politik tetap mempunyai jalan keluar walau siapa pun jadi ketua asalkan mereka terus kekal menguasai parlimen dan dun masing- masing. 
Pun begitu sebagai rakyat.. kitalah yang seharusnya memikirkan untung nasib jika dasar dan pendekatan kerajaan berubah, kita mesti memikirkan yang terbaik untuk diri kita walaupun kita percaya pilihanraya ke 13 akan hebat dan kehebatannya akan terus menelanjang lagi beberapa orang pemimpin pembangkang yang mempunyai masalah moral dan tunggu masa untuk didedahkan manakala pembangkang juga bersedia untuk mendedahkan seorang menteri yang mempunyai nafsu yang dikatakan seperti Anwar Ibrahim.. kita percaya para blogger akan berebut untuk mendapatkan bukti bergambar tersebut dan kita sebagai rakyat hanya tunggu dan lihat parti mana yang paling minima keburukannya dia antara semua parti politik.

Rabu, 2 Mei 2012

Gaji minima oleh PM Najib jadi payau kerana Anwar Ibrahim

Walaupun Hari pekerja tahun ini penuh bermakna kerana PM YAB Dato Sri Najib Razak mengumumkan gaji minima Rm900 untuk pekerja swasta di Semenanjung dan Rm800 untuk Malaysia Timur, majikan masih tetap ada kelonggaran iaitu penguatkuasaannya adalah selepas 6- 12 bulan diumumkan dan jika majikan masih tidak mampu mereka boleh memohon perlanjutan tempoh. Antara kesan baik pengumuman ini adalah komitmen pekerja semakin meningkat dan produktiviti syarikat akan turut mendaki naik. Bagi mereka yang bukan dikalangan pekerja kerajaan sudah tentu mereka amat gembira yang mana selama ini pekerja swasta menahan jerih payah dengan gaji yang rata ratanya dibawah Rm 700 dan masih ramai yang menelan liur kerana tiap bulan terpaksa menerima gaji rm350.. Terima kasih Kerajaan. Biarpun begitu kenaikan pendapatan ini akan segera disusuli oleh kenaikan harga barang dan pengurangan pekerja.. 

Dalam keadaan kerajaan berusaha berkongsi kenikmatan negara.. rakyat akan terus trauma dengan kejadian dalam perhimpunan BERSIH 3.0, perhimpunan yang seakan pesta merosakkan harta awam itu sungguh menjadi satu lapangan untuk anak muda melepaskan geram, menunjuk lagak, mencari glamor dan berlagak hero.. satu tabiat anak muda yang inginkan tumpuan dan dilihat menyerlah sedangkan mereka hanya berseronok.. satu perasaan yang semua orang dewasa telah laluinya tetapi sikap terlampau yang terjadi pada 28 April itu benar- benar tidak mencerminkan budaya timur apalagi untuk menepati mana- mana ajaran agama di muka bumi. Anwar Ibrahim yang tidak pernah padam dengan dendam kepada rakan UMNO dan kerajaan yang pernah menjulangnya dulu tetap konsistem dengan semangat muda yang memberontak.. dia tidak tergugat dan tidak pernah fikir untuk malu dan insaf atau bercita- cita memberi sumbangan kepada kebaikan kerajaan. Walaupun Anwar Ibrahim bukanlah bersama kerajaan BN lagi tetapi sangat sukar untuk dunia melahirkan pemimpin pembangkang yang terus- terusan memburuk dan memalukan negara dan bangsa sendiri. Tuduhannya mengatakan kerajaan zalim, tidak telus juga sanggup menyamakan pemerintah seperti Hitler dan Mussolini sangat keterlaluan.. sekiranya benar seperti dakwaannya sudah tentu Anwar sudah menerima nasib seperti Yahudi yang dibunuh Hitler.. Pun begitu satu kelucuan yang jelas adalah beliau menghalau seorang peserta demonstrasi di sidang media. Pemuda cina tersebut menempelaknya kerana campurtangan parti politik dalam perhimpunan BERSIH 3.0.. Anwar dengan kuku besinya menghalau anak muda yang berani menegurnya.. satu sikap yang tak ubah seperti berok mengajar anak agar jangan menonggeng ponggong. Sepanjang sejarah Malaysia inilah perhimpunan yang kedua paling ramai disertai oleh kaum cina selepas Peristiwa 13 Mei 69. Juga tidak segan silu saya melabelkan kekacauan terburuk selepas kekacauan oleh gerila komunis. Kerana kekacauan ini sangat jelas dengan galakan oleh Pemimpin yang sudah jauh terbabas dari identiti asal.. Anwar tidak boleh lagi berada di tampuk kepimpinan kerana dirinya secara total sudah di pengaruhi oleh pihak asing yang sentiasa ingin menjajah semula Malaysia, Anwar telah membuat pusingan 360% melalui jalan sukar yang mana jalan sukar seperti zaman mudanya dulu tidak akan sama lagi, beliau tidak akan bertemu dengan pemimpin tertinggi yang sanggup berbuat dan memberi peluang seperti mana dilakukan oleh Dr Mahathir, Anwar akan kepenatan kerana lawannya semakin mengukuhkan kedudukan dan bilangan sedangkan Anwar sebenarnya keseorangan biarpun terus mendakwa ia semakin kuat. Sekalipun Anwar Ibrahim menukar wataknya menjadi mesra aspirasi ia sudah terlambat dan kehilangannya dari bumi Malaysia adalah suatu rahmat bagi seluruh rakyat.