Memandangkan PDRM sudah memberi respon kepada ribuan laporan yang menentang perhimpunan BERSIH kita menjangkakan perhimpunan tersebut tidak akan mencapai sasaran seperti di awal penganjurannya, berkemungkinan juga ia akan dibatalkan pada hari tersebut tetapi jika sambutan masih lagi ramai pada hari itu kita yakin perhimpunan itu akan diteruskan juga, manakala penyertaan pesilat dan kumpulan seni bela diri Melayu yang bersemangat untuk turun tetapi kita berani jamin mereka tidak akan turun apalagi bila ada Sultan Melayu yang menegah perhimpunan pada hari tersebut walau atas nama penganjur apa sekalipun. Lebih -lebih lagi Sultan menggelarkan perhimpunan adalah tetap kotor biarpun dinamakan 'bersih'. Perkasa yang lantang dan membuat tawaran untuk menarik diri sekiranya Bersih juga batalkan hasrat mereka. Kita percaya kata- kata Ibrahim kali kali ini betul, ahli- ahli Perkasa dipercayai tetap turun pada hari itu tetapi dalam jumlah yang kecil hanya sebagai pemerhati dan mengesahkan kehadiran mereka tetapi mereka ada potensi untuk mencetuskan perbalahan dengan kumpulan bersih pada 9 Julai nanti. Bagi KJ dan Pemuda UMNO pula kita percaya anak buah KJ tetap bersiap sedia namun mereka tidak akan dapat menganggu kumpulan 'bersih' kerana pemuda UMNO bukanlah kumpulan yang seberani dan seramai yang diharapkan, mereka ini biasanya cukup sekadar beraksi depan kamera dan tidak punya keberanian yang cukup sebagaimana beraninya mereka dalam tindakan untuk mendapat peluang rezeki dengan Kementerian.
Kita percaya pada hari tersebut PDRM lah yang menjadi dominen membuat perhimpunan dan menangkap kumpulan yang berhimpun. PDRM akan berjaya pada hari tersebut tapi sedikit kesilapan oleh PDRM tetap menjadi tumpuan dunia biarpun sebenarnya ahli 'bersih' sengaja minta ditangkap dan dipukul untuk menghalalkan tuduhan bahawa mereka teraniaya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan