clixsense

Sabtu, 31 Disember 2011

Sikap Nik Aziz pencetus ucapan Puteri UMNO

Kebelakangan ini Menteri Besar Kelantan yang merangkap mursyidul am PAS sudah semakin kurang memberi kenyataan kepada media, beliau lebih banyak menolak untuk memberi ulasan kepada pelbagai soalan perangkap oleh wartawan arus perdana. satu tindakan yang bijak dan paling selamat bagi beliau dan partinya daripada dimanipulasi atau di kritik oleh musuh politik yang semakin bertambah dan berani. Pun begitu kita percaya itu bukanlah sikap sebenar beliau yang pantang dicabar dan akan melawan balik jika di provok.. itulah sikap sebenar seorang pemimpin yang gedebe dan tidak tunduk kepada sesiapa pun sama ada rakan atau lawan beliau, biarpun secara logiknya Nik Aziz mungkin sudah kurang sikap melawannya disebabkan faktor umur tapi kita percaya perubahan dalam pendekatan berdepan dengan media sejak akhir- akhir ini adalah kerana mendapat nasihat dari rakan- rakan partinya yang ternyata gelisah dan gusar dengan apa sahaja yang keluar dari mulut berbisanya. 
Begitupun setiap patah perkataan beliau sememangnya akan mudah diingati dan boleh diagak oleh rakyat dan parti lawan sebagaimana yang diucapkan oleh wakil Puteri UMNO Che Hanuni Che Ali ketika membentangkan usul sosial mewakili negeri Kelantan.
Kita mengakui keberanian dan keikhlasan Che Hanuni dalam ucapannya yang bukan sahaja menempelak Nik Aziz yang sentiasa meletakkan kesalahan kepada pihak lain. Sebenarnya bukanlah Nik Aziz sahaja yang ditujukan ucapan itu malahan pelbagai pihak termasuk Kerajaan, kementerian berkaitan, persekitaran dan juga keluarga terlibat. Kita tahu bahawa Che Hanuni sudah tentunya menjadi tumpuan serangan membuta tuli pengagum Nik Aziz tetapi berpijaklah pada realiti bahawa itulah sikap Nik Aziz.. beliau sukar menerima kekurangan dalam pentadbirannya dan itulah juga sikap pengikut yang hanya mengikut tanpa memilih yang mana benar dan yang mana patut diterima sebagai kelemahan diri. Dan kerana kelemahan dan keegoan diri itulah yang berjaya membangkitkan semangat pemimpin muda untuk berkongsi pandangan di dewan keramat UMNO di PWTC.

Selasa, 15 November 2011

Tak habis- habis pergunakan kemurahan hati rakyat..

Jika dilihat pada banner di atas tentulah nampak cantik, baik dan memupuk amalan menderma ditambah pula dengan gambar Menteri Besar bersama Exco nya tersenyum seolah mengalu- alukan kemurahan hati rakyat untuk menderma, ditambah lagi dengan potongan ayat  Al Quran dari surah Al-Munafikun : 10

Betapa licik dan terdesaknya barisan kepimpinan kerajaan negeri  lebih- lebih lagi dengan suasana hampir dengan pilihanraya yang memerlukan kewangan yang banyak. Sebegitu sekali kepimpinan negeri ingin menghalal dan memberi  gambaran baik kepada tindakan yang bukan sahaja memerah kemurahan hati rakyat tetapi juga tergamak menggambarkan sifat yang perlu dijauhi menjadi seperti seruan yang digalakkan dalam Islam.

Mengapakah terus- terusan kerajaan PAS menagih pengorbanan rakyat, dari pentas ceramah politik, ceramah di dataran ilmu hinggalah ke tampuk pemerintahan negeri selama 21 tahun pun penagihan dan ehsan oleh rakyat hendak diminta dan di paksarelakan. Apakah rakyat tidak terdetik hendak mengusul kemanakah sumbangan mereka dalam tabung serambi Mekah  atau Tabung Tok Kenali dibelanjakan, kenapa tabung ini tidak berupaya memberi kepada rakyat pula setelah berpuluh tahun menadah sumbangan rakyat.

Bukanlah niat kita untuk menafikan kebaikan dalam amalan bersedekah tetapi berfikirlah untuk apa bersedekah kepada Kerajaan yang tidak memberi  tetapi meminta- minta seperti pengemis di tepi jalan.  Sedarkah kita bahawa kerja yang paling senang adalah meminta dan mengemis tetapi kerja senang inilah yang dibenci oleh Allah swt.  Kerja senang ini jugalah yang semakin bertambah dan menular dalam negara yang bukan sahaja menyuburkan perlakuan mengemis oleh rakyat tempatan, ia juga menjadi lubuk rezeki para peminta derma dari negara luar bahkan dijadikan mata pencarian oleh sindiket.

Berbalik kepada program pungutan derma oleh Kerajaan PAS pada 17 November kali ke 21 (bermakna tiap-tiap tahun minta derma sejak memerintah kelantan) di Balai Islam Lundang, penganjur dengan bangganya menjemput rakyat untuk datang dan menderma. Penghinaan ini boleh dirasai oleh rakyat malahan agama Islam menjadi rendah martabatnya apabila ia dilihat sebagai agama yang sentiasa perlu pengorbanan wang ringgit untuk menjalankan urusan pentadbiran Kerajaan yang ditadbir oleh orang Islam.

Tidak ada  istilah untuk merasai sumbangan Kerajaan kepada rakyat walaupun parti yang dikatakan Islam itu sudah sekian lama diberi peluang menguruskan negeri dan mencari sumber secara kreatif untuk diagihkan kepada rakyat  tanpa pergantungan yang berpanjangan daripada Kerajaan pusat.
Suatu kesalahan yang nyata dan terpesong adalah menyalahgunakan ayat Al Quran demi membela kelemahan diri kerana sudah jelas melalui Hakim bin Hizam r.a katanya: 

"Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (H.R. al-Bukhari)

Al Quran juga menurunkan ayat yang mengatakan tangan diatas yang memberi  kepada tangan dibawah itu lebih baik bukannya tangan yang berada di Pentadbiran negeri menagih sumbangan dari rakyat bawahan secara berterusan.
Adakah Pentadbiran negeri mahu berfikir bahawa surah Al Munafikun itu ditujukan kepada mereka kerana merekalah yang sentiasa munafik.. 

Isnin, 7 November 2011

Sinar Harian akhbar alternatif buang masa...

Akhbar Sinar Harian diakui sebagai akhbar yang mempunyai pembaca yang besar dan permintaan semakin bertambah, operasinya dikembangkan ke hampir seluruh negara kerana populariti dan pendekatan yang berbeza daripada akhbar- akbar harian yang lain. Sinar Harian mula bertapak di Kelantan dengan permulaan harga 50 sen (samah jah) menjadikan akhbar itu laku seperti goreng pisang.. ia menarik perhatian dan mendapat pujian dari seluruh lapisan rakyat yang selama ini merungut dengan harga akhbar harian yang rata- ratanya melebihi RM1, selepas itu harga promosi tersebut meningkat dari semasa ke semasa menjadi 80sen dan RM1. Tidak mengapa rakyat masih lagi merasakan akhbar ini masih lagi murah dan duit sekeping RM1 tidak perlu ditambah.. pembaca masih senang menatap akhbar kecil ini tanpa berfikir kolum- kolum dan berita yang memerlukan pemikiran yang kritis.
Sinar Harian sebenarnya tidak ada pendirian yang tetap dalam menyebarkan pemikiran dan agenda syarikat.. apa yang utama adalah sambutan yang baik dan naskah habis dipasaran. Untuk itu kebebasan sebenarnya adalah terletak di tangan wartawan daerah masing- masing. Berita dan isu setiap daerah itu sebenarnya adalah pemikiran wartawan berkenaan. Kebiasaanya wartawan Sinar Harian adalah dari latar belakang yang pelbagai dan bermacam kepentingan. Sekiranya wartawan daerah adalah penyokong parti politik tertentu maka banyaklah berita yang disalurkan memihak kepada parti yang disukainya begitu juga tentang tokoh yang digemari, apa saja perkembangan seseorang tokoh atau individu yang berjaya menambat hatinya maka glamorlah orang iu.
Belum lagi tentang wartawan upahan atau diberi ganjaran yang memaksa berita tentang perkembangan si penyogok mesti dipaparkan walaupun kadangkala kelihatan bodoh dan mengada- gada. Bagi wartawan yang tidak berminat dengan politik pula hal- hal semasa hanyalah berita ringan tentang aktiviti NGO atau persatuan dan lebih menyampah adalah berita terlalu ringan seperti kambing beranak dan biawak dilanggar lori pun dimasukkan dalam berita daerah. Kesimpulannya Sinar Harian tidak memerlukan dasar utama yang menjadi garis panduan wartawannya.
Setelah terikat dengan pembaca yang syok sendiri dan bahan picisan di dalam Sinar Harian.. akhbar ini sebenarnya sebolehnya ingin mempunyai khalayknya sendiri iaitu pembaca yang tidak menyentuh akhbar parti PR seperti Roket, Keadilan ataupun Harakah juga ingin memikat pembaca yang rimas dengan Utusan Malaysia dan Berita Harian yang pada pandangan sesetengahnya ia  kembar Siam yang tidak pandai menghentam pihak lain secara terang biarpun umum mengetahui dua buah akhbar Harian itu mewakili suara kerajaan.
Berbalik tentang harga Sinar Harian barangkali sudah tiba masanya Sinar Harian mula melihat sambutan sedikit merundum dengan langkah mencari untung maksima secara menaikkan harga menjadi RM1.20 kini. Kita menjangka Sinar Harian tidak lagi menjadi pilihan utama memandangkan harga RM1.50 Utusan Malaysia boleh menyediakan pelbagai isi yang berilmu dengan halaman yang besar dan tebal bak kata orang tak habis baca atau kena baca setengah hari untuk semua paparan begitu juga untuk Berita Harian dengan gaya mudah dibawa seperti Harian Metro. tetapi pembaca masih berfikir dua kali untuk membaca suara parti dalam Harakah yang berharga RM2 tetapi mengundang pembaca jadi lemas dengan isu yang berpanjangan membenci dan mencemuh usaha kerajaan disamping mendabik dada sebagai yang terbaik. 

A Message From The Ghost Of Muammar Gaddafi

They had to do it one last time. The cold open for tonight’s episode was Fred Armisen’s Ghost ofMuammar Gaddafi offering some advice from beyond the grave. “Don’t dare people to kill you,” he cautioned. Also, “never refer to your people as rats.” He also noted that it’s nearly impossible to reason with a mob, especially when everyone in it is determined to kill you.
“As you might have guessed, I’m in hell now, which as you can see looks pretty much like Libya,” he told the camera. He described hell as sort of a club for terrible people — Saddam Hussein and the band from the FreeCreditReport.com commercials among them. Gaddafi also thanked a few of his biggest supporters, which was reminiscent of Armisen’s farewell speech as Osama bin Laden in a cold open from a few months ago. Although the sketch was a bit derivative (though really, how were they supposed to know that two of America’s biggest enemies abroad would die in the same year), it was overall pretty clever and incisive. How come we had to wait for Gaddafi to die for him to get funny? by sarah devlin

Sabtu, 24 September 2011

PAS mesti bantu UMNO menjayakan hudud..

Berpunca daripada ulasan gedebe Nik Aziz yang tetap dengan matlamat PAS sejak tahun 1951 untuk melaksanakan hudud di Malaysia menyebabkan bukan sahaja pemimpin DAP sekali lagi menyelar apa yang dikatakan modal politik PAS tahun 1993 yang berjaya memerintah Kelantan bersama S46 tetapi mursyidul Am PAS itu juga mengundang pemimpin komponen BN turut terheret dalam politiknya. Nik Aziz seolah tidak pedulikan slogan negara Kebajikan yang dipersetujui bersama DAP dan PKR yang juga temaktub dalam kitab perjuangan PR iaitu buku Jingga. Sifat redah melulu dan 'tokleh pegang buku' inilah yang selalu membuat Nik Aziz popular dan mendapat simpati pengundi. 
Nik Aziz tidak ragu- ragu untuk mengorbankan pakatan dan sesiapa sahaja termasuk berbohong dan melanggar perjanjian jika ianya melibatkan agama. Ini amat- amat kita bersetuju dan tidak teragak- agak menyokongnya atas nama Islam. Tetapi mengapa Nik Aziz tidak mahu memikirkan Islam sewaktu ingin membuat pakatan dan membuat perjanjian malahan tidak merujuk kepada agama sewaktu memerlukan sokongan PKR dan DAP. Barangkali inilah yang dikatakan oleh Rasulullah yang bermaksud "Akan ada di kemudian hari orang yang mendapat keuntungan dengan menggunakan agama". Dalam hal ini Nik Aziz dan PAS beroleh keuntungan ketika sokongan kepada mereka sudah mula lemah dan menyedari kerugian jika terus berpihak kepada parti ultra cina DAP dan tidak gusar sekiranya DAP membatalkan kerjasama dengan PAS.
Sementara komponen BN pula terkena tempias bila pemimpin MCA yang rendah moralnya mula melatah mengugut akan keluar dari BN sekiranya UMNO menyokong hudud, malangnya presiden MCA itu bercakap ketika sokongan kepada partinya hampir musnah dan sekiranya MCA benar- benar ingin menjadi juara bukan Islam ia mungkin boleh kembali meraih sokongan tetapi tidaklah dapat menewaskan DAP kecuali jika mereka bergabung maka undi cina boleh menguasai kawasan majoriti penduduk cina walaupun masih jauh untuk memerintah. Tetapi kaum cina perlu ingat UMNO dan PAS boleh menjadi gabungan yang dominen sekiranya ia melibatkan tuntutan agama dan ia amat bahaya kepada perpaduan rakyat kecuali parti komponen pelbagai bangsa seperti MIC, GERAKAN, PPP dan lain- lain masih bersama UMNO dalam BN. Langkah gopoh presiden MCA sebenarnya hanya memusnahkan partinya sahaja dan kemungkinan besar Chua Soi Lek dan sebahagian sahaja ahli MCA yang berfikiran melatah akan keluar BN.
Sebagai mesej kepada Nik Aziz adalah jangan menuduh UMNO menolak hudud sekiranya mereka masih lagi  gagal kerana UMNO sedang membina pengisian ke arah kehendak Islam bagi persediaan negara Islam   total seperti kebajikan rakyat, kemudahan awam, perundangan syariah dan sebagainya sebagaimana dituntut dalam Islam kerana hudud di Malaysia tidak boleh menjadi hudud versi PAS yang memberi ruang kepada ketidakadilan kepada satu pihak, ia mestilah menyeluruh tanpa mengecualikan lain- lain bangsa dan agama dalam negara. Dan rakyat perlu disedarkan bahawa hudud itu lebih kepada mendidik ia banyak kebaikannya jika ada hukuman ia bukanlah satu kes yang mudah diselesaikan dengan hanya rejam, potong tangan, kaki dan sebagainya tanpa proses perbicaraan yang panjang dan saksi yang terlalu sukar yang juga memungkinkan kes- kes hampir tiada hukuman... wallahhualam bissawad.

Jumaat, 9 September 2011

Hizbut Tahrir Malaysia.. Risalah membenci setiap solat jumaat.

Satu kumpulan yang baru muncul dengan berilhamkan kejayaan kebangkitan suara rakyat di dataran Tahrir, Mesir telah dengan bersistem giat menyebarkan risalah di masjid- masjid secara berani dan terang- terangan memainkan peranan sebagai suara baru kebangkitan rakyat. Sedap didengar tetapi busuk dengan niat menyalahkan pihak lain dan mendabik dada sebagai pihak yang mencari kebenaran dan hak dalam agama Islam. 
Memaparkan alamat www.mykhilafah.com nampak intelek dan bertanggungjawab tetapi diakhir risalah mereka selalunya menyebarkan hujah- hujah agama yang tidak ikhlas kerana bertujuan agar orang Islam bangkit menentang kerajaan dan mencemuh UMNO. Itulah yang dikatakan sekiranya agenda syaitan yang dibawa maka pengakhirannya adalah Allah bukakan juga keaiban dan niat sebenar mereka.
Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) pada risalah 11 syawal 1432H / 9 September 2011 yang ditabur di masjid Kubang Kerian dimulai dengan penerangan tentang mati syahid yang dibahagikan kepada 3 jenis iaitu Syahid di akhirat, syahid di dunia dan juga syahid di dunia dan akhirat. Dalam mukadimah risalah itu HTM memperihalkan jenazah Noramfaizul Mohd Nor yang menjadi tumpuan pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri juga perakuan mufti Perak dan Penasihat Majlis Agama Islam Johor yang mengiktiraf jurukamera Bernama yang terkorban itu termasuk dalam golongan syahid akhirat kerana kematiannya adalah dalam usaha meringankan beban dan kesengsaraan majoriti orang Islam di Somalia. HTM tidak membantah atau pun menyokong status kematian Noramfaizul disisi Islam tetapi meneruskan penerangan berkenaan kematian tiga katogori syahid berserta cara penyelenggaraan mayat dan hadis Rasulullah saw.
Sesiapa sahaja yang pertama kali memulai membaca risalah HTM akan beranggapan penerbitan risalah itu adalah satu usaha murni untuk memberi ilmu dan membimbing orang Islam tetapi penerangan yang saya kira adalah kaedah salinan itu akan dapat dibuat kesimpulan pada akhir tulisanya yang berani saya katakan adalah agen PR atau secara fokusnya adalah agenda ahli PAS untuk membangkitkan kemarahan dan membenci pihak lain. 
Petikan perenggan terakhir risalah HTM adalah berbunyi Malangnya jika ada dikalangan kita yang ingin berjihad dengan penuh keikhlasan di Palestin, Pakistan, Afghanistan dan tempat tempat lain di mana umat Islam diperangi dan dibunuh oleh golongan kuffar maka sudah barang pasti akan diISAkan atau dikejar hingga ke lubang cacing. Namun jika kita menyertai misi kemanusiaan di bawah anjuran UMNO atau 1Malaysia, maka kita akan dicop sebagai wira itupun jika kita terkorban ! sesungguhnya pemerintah kita sudah benar- benar tersasar dari ajaran Rasulullah yang sangat cintakan jihad fisabilillah
Apa tanggapan kita bila membaca penutup yang jahat, fitnah dan buta lagi membutakan itu.. soalan soalan yang mudah dan senang untuk risalah munafik itu adalah :-
Pernahkah kerajaan secara zalim dan terang- terangan menghalang sesiapa sahaja untuk ke Afghanistan menentang Soviet suatu masa dulu, ke Pakistan memberi bantuan kemanusiaan malahan berperang sekalipun atau kerajaan menghalang usaha membebaskan Palestin, adakah HTM berpijak di bumi nyata bahawa Malaysia adalah negara Islam yang paling banyak berusaha di peringkat diplomatik dan kemanusiaan dalam usaha membela negara Islam tambahan lagi suara lantang Tun Mahadhir dalam menggerakkan kumpulan membebaskan Palestin.. adakah PAS atau HTM sendiri melibatkan diri sebagai menyahut cabaran itu ?. Apakah maksud HTM yang menuduh kerajaan memburu ke lubang cacing jika kita menentang Kuffar ? Beranikah HTM mengatakan tindakan Ibrahim Libya, Mas Selamat atau Mat Top itu orang yang menentang Kuffar di wilayah Kuffar ?. Pernahkah kerajaan BN melabelkan peranan PAS membantu orang Islam di Kemboja atau sedikit bantuan ke luar negara itu tidak Islamik ?
Dan sekiranya HTM dengan angkuh mengatakan Kerajaan Malaysia tersasar dari ajaran Rasulullah.. kenapa HTM masih mengharapkan pengiktirafan kerajaan Malaysia atau mempertikaikan sikap pemimpin yang tidak menobatkan mereka sebagai wira atau shahid apakah HTM tidak mengambil pengetahuan dalam risalah mereka berkenaan Syahid dalam kategori Syahid dunia sahaja tidak termasuk syahid akhirat iaitu mereka yang berperang bukan kerana Allah tetapi berperang kerana sum'ah (ingin didengar / terkenal) atau demi ghanimah (harta rampasan perang) atau berperang tetapi cenderung mundur (lari dari musuh). Mereka ini juga tidak dimandikan dan tidak disolatkan melainkan dikebumikan dengan pakaian mereka seadanya tetapi diakhirat mereka tidak mendapat pahala Shuhada demi meninggikan kalimah Allah. Untuk menentang pemahaman sempit yang mengatakan Rasulullah cintakan jihad fisabilillah.. apakah fisabilillah yang dimaksudkan itu adalah berperang dengan senjata semata sedangkan perang yang sebenar adalah perang melawan syaitan dan kafir dengan pelbagai cara mengikut kesesuaian zaman apatah lagi dizaman senjata umat Islam amat lemah ini, HTM mestilah menerima hujah bahawa penyebaran agama Islam yang sebenar bukanlah berlaku melalui mata pedang.
Sekiranya inilah niat Hizbut Tahrir Malaysia berdakwah melalui lidah mereka Suara Kebangkitan tanpa ragu kita boleh golongkan HTM berjuang atas semangat puak Khawarij yang merosakkan Islam sendiri.

Isnin, 29 Ogos 2011

Mat Sabu sentiasa hero ..

Timbalan Presiden PAS yang cukup dikenali kerana kepetahan bercakap dan keceluparannya menghentam sesiapa sahaja pernah menjadi penceramah politik paling berani dan lantang dalam negara, beliau adalah ayam sabung terbaik yang dilahirkan oleh parti PAS sehinggalah kes beliau ditangkap khalwat menyebabkan kokokannya sedikit perlahan dan hampir tidak kedengaran setelah tewas dalam pilihanraya yang ditandinginya di Kuala Terengganu. Hari ini populariti Mohamad Sabu (Mat Sabu) kembali melonjak, bukan sahaja kejayaannya menewaskan calon daripada kem ulama untuk menjawat jawatan kedua tertinggi dalam PAS tetapi juga berjaya merentap hati seluruh rakyat Malaysia khasnya Tentera dan Polis yang berkorban nyawa menjaga negara menentang ancaman komunis dengan mendakwa talibarut yang bernama Muhamad Indera adalah hero sebenar dan bukannya 25 orang anggota polis yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong.
Mudah untuk membaca sebab kenapa lidah tak bertulang dan akal tak bertapis Mat Sabu sehingga terbabas berkata sedemikian, ia adalah kerana pentas ceramah Mat Sabu hari tersebut adalah di pulau Pinang yang mana beliau terpaksa mencari satu topik yang mana sangat menarik minat orang- orang cina yang mendengar ceramah tersebut. Kaum cina seperti yang kita tahu sebenarnya di tanah besar mereka sudah mula bersemangat untuk keluar dari fahaman komunis sebagaimana negara Taiwan, tetapi atas semangat perkauman yang menebal mereka masih berbangga sekiranya dikaitkan dengan komunis atas alasan itulah Mat Sabu mengambil kesempatan menobatkan komunis kompeni ke 4 seramai 200 orang yang mengganyang Bukit Kepong bersama pembelot Melayu sebagai hero sebenar tetapi bila bertalu- talu dia di asak dan di cemuh oleh nasionalis negara, khabarnya ayam laga itu mengatakan tidak ingat dan tidak tahu apa buah butir ceramahnya hari tersebut. Itulah kelemahan manusia dan itulah balasan tuhan kepada orang yang angkuh dan tidak- berhati hati menggunakan lidah yang dikatakan lebih bahaya daripada pedang. Sekiranya negara ini tidak ada PDRM yang sering diperlekehkan oleh Mat Sabu saya berani jamin akan ada orang yang seberani bangsa dayak Kanan anak Langkau yang sanggup membunuh sahaja manusia seperti Mat Sabu, jika diberi peluang saya juga tidak keberatan untuk tumpang sekaki memijak perut si mulut lancang Mat Sabu itu.
Mat Sabu memang berani.. memang diakui dia tidak takut apa- apa ancaman dalam negara kerana pernah merasa ditahan ISA, di tahan penguakkuasa agama dan pernah rasa tewas dan menang pilihanraya itulah Mat Sabu yang barangkali benar –benar hero dalam pentas ceramah. Mat Sabu bercakap berdasarkan pandangan politiknyanya, Mat Sabu tidak berselindung untuk mengangkat sesiapa sahaja yang memenangi pertarungan sebagai hero, kita percaya dia boleh bersetuju bahawa Cowboy adalah hero kerana membunuh kaum asal Red Indian di Amerika, Israel boleh menjadi hero kerana menang berlawan dengan Palestin, Syaitan juga akan dianggap hero setelah berjaya memenangkan hawa nafsu inikan pula untuk mengiktiraf anggota komunis sebagai hero yang sebenar. Mat Sabu terpaksa mengherokan sesiapa sahaja sebagai pemenang seperti seorang kanak- kanak mengherokan watak tikus dalam kartun Tom & Jerry. Tetapi Mat Sabu lupa bahawa beliau masih tidak menganggap UMNO juga hero kerana sentiasa menang dalam pilihanraya itulah sebenarnya modal Mat Sabu memperbodohkan orang yang tak mahu jadi lebih cerdik daripadanya, Mat sabu hanya ketawa dan geli hati dibelakang pentas kerana kejayaanya memperbodohkan pengikut sendiri.
Pengikut PAS akan terus lupa lagi jika tidak dapat menilai bahawa Mat Sabu umpamakan orang Melayu yang membantu komunis itu sebenarnya adalah seperti dirinya sendiri. Dialah contoh hero yang mengalahkan Nasaruddin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man dialah hero yang boleh membantu DAP melawan Melayu, hanya dia boleh menjadi hero yang melemahkan parti PAS dengan tindak tanduknya yang merugikan PAS sendiri. Mat Sabu juga tidak mempedulikan sejarah kerana turut mengatakan bapa kemerdekaan negara Tungku Abdul Rahman yang juga pemimpin yang menyarankan pembikinan ‘ filem Bukit Kepong’ dan pencetus kesedaran penyatuan Melayu iaitu Onn jaafar bukan wira negara hanya kerana dua tokoh tersebut berjuang atas tiket UMNO dan BN juga pernah berkhidmat dengan Inggris tetapi Mat Sabu malas berfikir bahawa kerajaan juga mengiktiraf Dr Burhanuddin Helmy, Ahmad Fuad, Ibrahim Yaacob dan ramai lagi tersenarai sebagai tokoh negara walaupun tidak bersama UMNO.

Ahad, 21 Ogos 2011

Ali Setan.. Jubah Yahudi dari Syria..


Tazkirah yang sering menjadi lumrah kebiasaanya adalah selepas maghrib atau solat subuh ataupun sekejap selepas solat asar dan zohor tetapi bekas artis yang disangka sudah matang dalam hidup ini rupanya tidak mengenali kebiasaan rakyat Malaysia terutama dalam bulan Ramadhan, amat jarang tazkirah dilakukan selepas solat Insyak apalagi ketika jemaah bersedia untuk berterawih, apakah begitu bermakna dan pentingnya tazkirah yang hendak disampaikan di masjid An -nur Kampung Melayu Subang hingga jemaah meluat dan seorang demi seorang meninggalkan masjid.. itu menghalau jemaah namanya.
Kenyataan berani dan kurang ajar artis yang pernah popular pada era 1980an, melalui filem Ali Setan ini adalah kenyataan yang meludah ke langit jatuh bertempek di muka sendiri. Apa yang nak dibanggakan oleh seorang yang pernah hidup dalam dunia bebas sepertinya.
Beliau yang bertahun di timur tengah barangkali sudah melihat tanah tumpah darahnya ini tidak mengamalkan pemerintahan yang sebenar, beliau dikatakan memperlekehkan Institusi Diraja tetapi lupa bahawa di timur tengah yang Islamnya lebih terserlah tetap mengekalkan sistem beraja seperti di Arab Saudi, Jordan, Kuwait, Oman, Qatar atau Bahrain malahan Institusi raja negara berkenaan yang mempengaruhi dan menjaga Islam sunnah wal Jamaah dengan sebaiknya lebih stabil daripada negara yang mengamalkan sistem Presiden seperti Iraq, Yaman, Libya, Mesir malahan negara Syria tempat beliau  merantau itu.. untuk apa beliau pulang ke Malaysia jika beliau mengagumi negara seperti Syria yang sedang kacau bilau sekarang ini. Menghina Institusi raja Melayu bererti menghina Melayu kalau hina Melayu teleklah kulit sawo matang dan hidung kurang mancung itu adakah beliau bukan Melayu yang dilahirkan dari perut Ibu Melayu ? malahan masjid tempat beliau beri tazkirah itu (jika boleh dikatakan tazkirah) sendiri namanya Kg Melayu Subang.
Azmir Mustapha ini sebenarnya sudah benar- benar jadi melampau dan tak kenal bayang sendiri.. bukan setakat dalam lakonan sahaja, beliau telah jadi buta dizaman Islam di Malaysia semakin diakui oleh dunia, Azmir yang berjubah ala jubah yahudi itu juga mengkritik seluruh sistem pentadbiran negara dan rukun negara dengan mengatakan semuanya tidak Islam termasuk tidak ada satu pun sekolah agama yang benar- benar Islam.. apakah maksud sebenar azmir menuduh dan mendakwa sebegitu adakah beliau ingin lebih popular daripada Bob Lokman..   
Janganlah rasa orang Islam dan pemimpin Islam lain tak cukup Islam berbanding diri sendiri.. cukuplah menjadi Pak Kadok yang beranggapan beliau lebih pandai daripada orang lain. Memanglah tidak ada negara Utopia di dunia ini jauh sekali negara yang benar- benar mampu menjadi negara Islam kehendak agama dengan sempurna tanpa cela.. Kalau diikutkan memang panjang lagi nak maki hamun ‘Ali Setan’ ni tetapi... menghormati bulan Ramadhan aku pendamkan dulu, tunggu apa perkembangan tindak tanduk beliau seterusnya..

Sabtu, 13 Ogos 2011

Melayu di P.Pinang mesti bersama kafir Zimmi untuk Islam


Alhamdulillah.. bersyukurlah kepada umat Islam yang tinggal di negeri- negeri selain Pulau Pinang dan beringatlah orang islam yang tinggal di Selangor. Dua negeri ini menuju kepada malapetaka kepada iman dan pegangan orang Islam di Malaysia. Kita tidak hairan jika Koh Tsu Khoon yang menghapuskan nilai- nilai Islam di kalangan orang Islam kerana BN sudah lama dituduh sekular dan toghut. Kita tidak menangis sekalipun Khalid Ibrahim memohon maaf kepada gereja atas keberanian JAIS dan Kita juga hanya mengeluh bila Azizan Abdul Razak tidak konsistem dalam menjalankan kehendak Islam.
Bersyukurlah orang Islam yang menjadi majoriti di Kelantan dan Terengganu kerana mereka seperti semua negeri di Malaysia termasuk Islam minoriti di Sabah dan Sarawak masih boleh bangun sahur dikejutkan oleh bacaan Al Quran dari pembesar suara di masjid berhampiran, orang Islam masih mendapat pahala mendengar alunan ayat suci sebelum berkumandang azan di masjid seluruh negara. Orang Islam di negeri lain boleh bersiap sedia menunaikan solat fardu dengan isyarat bacaan sebelum azan tetapi orang Islam di Pulau Pinang telah kembali ke belakang seperti Islam mula- mula diperkenalkan dalam perkembangan syiar Islam di waktu syaitan dan hantu masih berkeliaran kerana ayat suci lambat bergema di negeri Komunis.
Apa sudah jadi dengan negeri yang pernah melahirkan Lagenda Melayu Teuku zakaria, mana maruah waris Abdullah Fahim yang waraknya dimanfaat hingga kini dan kenapa Syeikh di Permatang Pauh merestui penghinaan oleh KM Umar Abdul Aziz.. Mudah untuk dijawab tapi teramat sukar untuk bangkit. Kuasa Melayu di Pulau Pinang sudah mati, Orang Islam yang ada dalam Exco negeri sudah lama dilembukan sejak Dr Fairus mengundur diri. Majlis agama yang ada di Pulau Pinang sudah dipasung oleh YB Malik yang menggantikan tempat Dr Fairus sebelum ini.. Dan orang Islam Pulau Pinang tidak payah mengharapkan pembelaan Nik Aziz yang akan bisu jika melibatkan rakan mereka. Orang Melayu Pulau Pinang mestilah berkerjasama erat bersama rakan kafir zimmi dalam Gerakan dan MCA kerana meruntuhkan pemerintahan kafir harbi DAP sudah menjadi jihad di Pulau Pinang.

Ahad, 7 Ogos 2011

JAIS - Gereja, bakal melonjak Kewibawaan Haji Hadi

Serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke Gereja Methodist, Damansara Utama malam rabu lalu telah sekali lagi menyedarkan orang melayu Islam bahawa penyebar agama Kristian sebenarnya tidak diam, mereka terus bergerak walaupun pada pandangan global agama itu semakin merosot pengaruhnya. Dalam serbuan itu lebih sepuluh orang Islam menghadiri apa yang dikatakan penganjuran majlis berbuka puasa oleh pihak gereja. Jika kes tersebut dirujuk kepada perlembagaan negara pemahaman kita adalah penyebaran agama selain Islam adalah dilarang di Malaysia tetapi dalam kes penyerbuan oleh JAIS ini mungkin pihak gereja akan terlepas kerana ia berlaku di dalam rumah ibadat mereka dan orang Islam tersebut dikatakan merelakan diri untuk bersama dalam upacara agama kristian.
Menteri Besar Selangor YAB Khalid Ibrahim terkedu dan hilang kata- katanya mungkin kerana beliau tidak pakar atau barangkali takut untuk membuat pendirian tegas, jadi beliau mohon menghadap Sultan Selangor untuk mendapatkan nasihat, sesuatu yang jarang berlaku kerana kebiasaanya Menteri Besar yang sepatutnya memberi buah fikiran kepada ketua negeri, kali ini Khalid Ibrahim memilih jalan selamat. Berbeza dengan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS, YB Khalid Samad yang tidak teragak- agak berkata tindakan JAIS itu tidak wajar kerana tidak semestinya orang Islam yang hadir ke majlis itu mempunyai niat murtad. YB Khalid Samad semakin jelas pemikiran sekularnya, beliau tidak melihat risiko akidah kesan menghadiri acara agama itu boleh membawa kepada mengikuti dan membenarkan acara agama selain Islam apalagi di bulan Ramadhan yang dituntut untuk perbanyakan amalan hanya kepada Allah swt bukan menyokong God dan konsep trinitinya. Mungkin jika kes seperti ini berlaku di Malaysia Timur Khalid Samad masih mendapat pembelaan atas keadaan masyarakat di sana yang kaum keluarga berlainan agama adalah perkara biasa. Seorang lagi YB PAS yang semakin tersingkir dari kepimpinan parti adalah YB Hassan Ali, beliau pula membela dan menyokong tindakan oleh JAIS beliau masih bertenaga untuk menyatakan pendiriannya itu tetapi sehingga kini tidak mahu mengulas kerana menghormati larangan MB yang meminta kes tersebut tidak diperbesarkan.
Jarang- jarang berlaku bila Presiden PAS Dato Hadi Awang terpaksa bersuara dan bermesyuarat berkaitan dengan kes yang sebenarnya tiada kaitan pun dengan UMNO ini. Hadi Awang akan membuat pendirian yang jelas tetapi akan berjumpa dengan JAIS dan Gereja terlebih dahulu.. Hadi Awang berada dalam tindakan responsif dan tidak terburu- buru dan apa jua keputusannya nanti bakal menentukan kewibawaannya sebagai Presiden PAS yang selama ini sering diganggu oleh mulut bisa Mursyidul Am PAS YAB Nik Abdul Aziz Nik Mat.  

Rabu, 3 Ogos 2011

Budaya Colek..

Colek sudah tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia terutama bagi orang Melayu di Pantai Timur Semenanjung. Kalau dulu colek ini adalah makanan kegemaran kaum perempuan terutama wanita mengandung yang mengidam asam. Colek tidak lagi berupa buah- buahan yang dicecah boleh jadi dengan cuka, kicap, sos yang diadun dengan pelbagai ramuan dan ada juga yang menjadikan budu sebagai colek yang digemari jika ia dimakan bersama buah celagi @ asam jawa. Kini colek sudah dipelbagai dan di upgredkan selari dengan kemampuan ekonomi dan gaya hidup, colek sudah di sertakan bersama makanan lauk dan bahan- bahan Yong Tau Foo juga rojak. Meriah jadinya gerai dan kedai makan waktu malam seolah nak melepaskan nafsu makan yang terhalang sepanjang hari. 
Bagi orang politik dan pemimpin persatuan pula inilah masanya hendak berjumpa dan menguatkan kedudukan, tak cukup dengan Imsakiah yang diedar, majlis buka puasa juga diadakan dengan niat yang tersembunyi dan waktu malam pula mengumpul penyokong untuk makan colek.. baguslah, kalau niat nak mengeratkan silaturrahim sambil bersedekah dan menjamu orang makan. Benarkah begitu..? Kadangkala majlis makan colek ini akan menganggu amalan malam hari di bulan ramadhan, bagi yang terlibat secara langsung dengan penyediaan jamuan makan colek mereka tidak dapat bersama jemaah di masjid untuk berterawih, jemputan pula kena bergegas ke tempat colek selepas terawih atau pun kena undur diri lebih awal  jika jamuan colek itu diluar mukim. Makan colek sebenarnya bukanlah mengenyangkan sangat ia adalah satu cara untuk bertemu dan berbual kosong bagi menggantikan program yang tidak dapat dilakukan pada waktu siang. Makan colek sudah semakin popular dan ditunggu- tunggu oleh kaki lepak waktu malam ia menggantikan kedai kopi dan warung waktu siang, kerana peranannya itu colek berkemungkinan lebih popular dari solat sunat terawih dan amalan sunat waktu malam dibulan yang berkat ini.

Selasa, 26 Julai 2011

Biometrik alat ghostbuster yang ditakuti PR

Biometrik ? .. oh rupa- rupanya alat kecil yang digunakan di bank- bank, pejabat pendaftaran dan pejabat- pejabat tertentu yang memerlukan kita menekap jari itu di namakan biometrik... Selepas pengumuman PM untuk memberi peruntukan kepada SPR bagi menyediakan sistem berkenaan ia telah mempopularkan alat canggih terkini itu. Apa yang kita tahu Biometrik adalah alat untuk mengesahkan biodata pemilik My Kad melalui pengesahan cap jari. Ini bermakna seseorang yang akan mengundi pada pilihanraya ke 13 nanti tetap mesti membawa pengenalan diri untuk mengesahkan tuan punya jari tersebut. Apakah yang diheboh dan dirisaukan oleh penentang penggunaan Biometrik ? Bukankah penggunaan ini telah menambahkan lagi kepada pengesahan pengundi kepada dua alat iaitu My Kad dan ibu jari.
Jadi kenapa PR tidak bersetuju dengan penggunaan alat tambahan SPR ini ? Adakah mereka telah tertutup ruang untuk membawa My Kad lebih dari satu pada tempat yang berlainan pada hari mengundi itu.. Jelas BN tidak gerun dengan kaedah tambahan ini malahan BN juga percaya 'pengundi hantu' sebenarnya jika ada mereka itu memihak kepada PR.
Ohh.. rupanya PR ada alasan yang sungguh ke depan dan tidak terfikir oleh orang yang tidak punya rasa curiga yang melampau. Masalahnya adalah 'pengkalan data'. Pengkalan data bermakna pusat yang memberi maklumat kepada biometrik tersebut.. kelakar pun ada.. logik yang melampau pun ada. Siapa yang tergamak menafikan data oleh Jabatan Pendaftaran ? Siapa yang begitu pintar mengubah maklumat pada urat jari dengan tepat untuk pengundi yang ramai... dan siapa pula yang jadi pak tolol untuk menukar My Kad pengundi bagi di samakan dengan maklumat pengkalan data ? Walaupun kita masih boleh berfikir bahawa penipuan berbelit dan banyak karenah itu boleh dibuat dengan usaha bersungguh- sungguh tetapi siapa yang berani jamin bahawa tangan ahli UMNO mesti mengundi dacing dan siapa berani menafikan ada ahli PAS sudah memangkah BN ? Rasanya tidak berbaloi jika penipuan canggih berisiko terbongkar itu dipaktikkan oleh Kerajaan.
Kenapa begitu tinggi perasaan curiga dan takutkan bayang- bayang menguasai pemimpin PR. Pemimpin PR sentiasa mencari alasan dan kes agar dilihat lebih baik dari BN. PR masih mempertahankan cara penggunaan dakwat celup jari pengundi. Cara ini diamalkan di Indonesia, Filipina juga Afghanistan, ramaikah yang mengakui pilihanraya negara tersebut lebih adil dan bebas dari penipuan ? Dan tidakkah ia masih dipersoalkan kerana dakwat tersebut boleh menghalang wudhuk walaupun dikatakan ia meresap air tetapi masih ada yang percaya Tatoo yang diharam oleh Islam juga meresap air.Tiga negara yang menggunakan dakwat tersebut dalam banyak perkara tidaklah semaju Malaysia dan negara tersebut sentiasa bergolak, tidak aman daripada pertikaian setiap kali pilihanraya. Kenapa negara- negara maju yang lain tidak menggunakan kaedah mencelup jari.. adakah Malaysia terlalu banyak penipuan dan pengundi hantu tetapi hantu yang dikatakan wujud itu tidak pernah berjaya dibuktikan oleh penuduhnya. Bawa saja nama hantu itu kepada pihak SPR untuk pemutihan sekiranya ada. Sekiranya ada pengundi hantu hingga mempengaruhi kemenangan calon ia boleh dilaporkan dan dibuktikan hingga dapat membatalkan kemenangan sesuatu pihak. Tetapi kenapa tidak dilakukan oleh pihak yang mendakwa ?
Bagi kita penggunaan Biometrik adalah semata- mata untuk mengukuhkan dakwaan bahawa SPR tetap adil dan gesaan menggunakan dakwat pencelup jari adalah cara terkebelakang untuk masyarakat yang mengamalkan penipuan secara meluas tetapi SPR sentiasa membuka talian semakan daftar pemilih.. semaklah tempat memilih dengan nombor MY Kad sesiapa pun yang kita ragui dan tangkaplah hantu itu kalau bukan kita sendiri sebenarnya memelihara hantu atau menjadi hantu. 

Rabu, 20 Julai 2011

Tayangan Perhimpunan Haram ; PDRM mengundur langkah.

PDRM akan menayangkan rakaman video berhubung perhimpunan haram 9 Julai 2011 kepada media di Dewan Theatrette Bukit Aman dalam minggu ini. Sehubungan dengan itu pihak polis mengalu- alukan bukti video dari sesiapa sahaja yang mempunyai bukti rakaman pada hari tersebut. DAP sudah menyatakan akan menyerahkan video dalam masa terdekat. Timbalan Presiden DAP Dr Tan Seng Giaw turut mengatakan bahawa bukti video yang akan diserahkan adalah juga yang telah disiarkan di You Tube, beliau juga menyatakan bahawa bukti dalam You Tube itu sebenarnya sudah memadai untuk PDRM buat siasatan. PAS pula sudah menegaskan tidak akan menyerahkan bukti video kepada pihak PDRM tetapi akan menyerahkan kepada SUHAKAM atas alasan tidak mempercayai ketelusan pihak PDRM, Timbalan Presiden PAS, Muhamad Sabu menggambarkan banyak rakaman yang dibuat oleh ahli perhimpunan, dan beliau juga bersetuju dengan langkah oleh PDRM. Manakala Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim bersedia menyediakan 'saksi mata' sekiranya diminta oleh PDRM.
Dari sudut pandangan satu pihak PDRM telah kalah dalam perang psiokologi dengan pihak pendemonstrasi, PDRM tidak punya jentera IT untuk melawan balik apa yang dipaparkan dalam You Tube dan tohmahan dalam alam siber. Timbul pertanyaan sejauh manakah jentera penangkis Siber wujud di Jabatan Polis atau KDN sendiri. PDRM telah mengambil tindakan mengundur ke belakang sambil membela diri sendiri dalam membuktikan mereka di pihak yang benar. Sebenarnya di kalangan ahli perhimpunan haram sendiri mereka sedar dan tahu bahawa PDRM bertindak betul tetapi untuk memburukkan jentera kerajaan BN mereka mengada- adakan keburukan dan mendedahkan rakaman yang berat sebelah iaitu tindakan balas balik oleh PDRM selepas di provokasi. Bagi peserta himpunan pula, mereka sebenarnya tahu bahawa kesalahan adalah di pihak mereka.. Walau dengan alasan apa sekalipun dalam hati kecil mereka akui bahawa mereka yang bersalah. Pengalaman dalam Pilihanraya kecil Ijok satu masa dulu juga membuktikan PDRM sebolehnya tidak mahu bertindak keras dan diluar arahan bila mana saya telah melakukan kekerasan dan membaling objek, selepas itu saya dikepung oleh FRU dengan belantan tetapi saya tidak melawan dan memberi kerjasama akhirnya saya tidak diapa- apakan. 
PDRM sepatutnya tidak melatah dan kerajaan mestilah bertegas tentang peranan neutral PDRM pada hari tersebut. Mungkin PDRM boleh mengambil pelajaran daripada pendekatan tegas oleh pasukan keselamatan negara maju yang tidak tunduk kepada mana- mana desakan oleh mana- mana pihak.. Mereka akan dilihat oleh orang awam sebagai institusi yang benar- benar menguatkuasakan undang- undang, dengan itu PDRM tidak akan diserang secara maya dan terangan atas alasan menyerang parti pemerintah.

Selasa, 12 Julai 2011

Kemewahan broker BN dan kejayaan PR menyubur rasuah dalam pilihanrayaa.

Bertemu dan berbual dengan seorang mastermine underground membuat kita tidak dapat menolak satu kaedah penting yang boleh menentukan kejayaan sesebuah parti politik dalam sesuatu pilihanraya. Bagi parti BN, malam terakhir adalah malam untuk mereka memilih antara kemenangan calon atau kekayaan peribadi terutama bagi yang memegang portfolio pengundi luar atau broker atas pagar. Kepercayaan bos mereka kadangkala dikhianati, di waktu terakhir ini ratusan ribu malahan boleh mencapai jutaan wang tunai untuk membeli undi berada di tangan mereka. Wang yang seharusnya sampai kepada sasaran tidak mencukupi, berkurang atau tidak sampai langsung, inilah satu sebab terjadinya peti undi mewah, sederhana atau peti undi boikot. bagi peti undi yang tidak berfungsi bermakna peruntukan untuk peti undi tersebut telah menjadi habuan seseorang dan peti undi yang aktif bermakna ia menerima apa yang diarahkan oleh ketua. Satu perkara yang sukar hendak ditangani adalah sifat jujur dan kepercayaan terutama bagi calon yang ghairah untuk menang, calon tersebut jadi mabuk dan tidak sedar adanya tikus sedang membaiki labu dalam partinya.
Perancang gerakan rahsia tersebut juga mengakui bahawa parti PR sama ada PAS yang mendakwa sebagai parti bersih rasuah sebenrnya lebih ke depan dan menyediakan habuan yang lumayan sehingga sanggup memberi sogokan kepada jentera lawan agar tidak terlalu aktif. Diakui bahawa PR mempunyai peruntukan untuk pilihanraya dalam nilai lebih besar disebabkan sebelum ini mereka hanya memikirkan perbelanjaan pilihanraya dan bukan janji pilihanraya, PR terutama PAS tidak perlu menghabiskan wang untuk pembangunan sebaliknya mereka menyalurkan peruntukan untuk pilihanraya sahaja. Satu pujian kepada jentera bawah tanah PAS adalah mereka rela habis wang, mereka lebih jujur dalam menyampaikan wang yang dikatakan rasuah pilihanraya itu sampai ke sasaran, PAS mempunyai ahli yang setia dan taksub untuk melihat kemenangan daripada merebut wang peruntukan kepada peti undi untuk diri dan keluarga.
Inilah yang membezakan politik wang BN dengan PR/ PAS. Parti BN mempunyai jentera pengagihan wang mereka yang mementingkan diri tetapi rela membolot semua wang dengan alasan mengurangkan rasuah dan biarlah parti tewas dengan terhormat. Manakala PR / PAS pula bertuah kerana berjaya tarbiahkan jentera penyogok wang mereka agar ikhlas dan menunggu balasan pahala daripada tuhan dengan cara menyampaikan wang membeli undi kepada sasaran sebanyak mungkin, dengan harapan semua pengundi merasa wang sogokan / rasuah dengan keyakinan bahawa diri terbebas dari wang tersebut, mereka ini akan rasa kepuasan yang sebenar bila parti menang.

Ahad, 3 Julai 2011

9 Julai.. hari perhimpunan PDRM

Memandangkan PDRM sudah memberi respon kepada ribuan laporan yang menentang perhimpunan BERSIH kita menjangkakan perhimpunan tersebut tidak akan mencapai sasaran seperti di awal penganjurannya, berkemungkinan juga ia akan dibatalkan pada hari tersebut tetapi jika sambutan masih lagi ramai pada hari itu kita yakin perhimpunan itu akan diteruskan juga, manakala penyertaan pesilat dan kumpulan seni bela diri Melayu yang bersemangat untuk turun tetapi kita berani jamin mereka tidak akan turun apalagi bila ada Sultan Melayu yang menegah perhimpunan pada hari tersebut walau atas nama penganjur apa sekalipun. Lebih -lebih lagi Sultan menggelarkan perhimpunan adalah tetap kotor biarpun dinamakan 'bersih'. Perkasa yang lantang dan membuat tawaran untuk menarik diri sekiranya Bersih juga batalkan hasrat mereka. Kita percaya kata- kata Ibrahim kali kali ini betul, ahli- ahli Perkasa dipercayai tetap turun pada hari itu tetapi dalam jumlah yang kecil hanya sebagai pemerhati dan mengesahkan kehadiran mereka tetapi mereka ada potensi untuk mencetuskan perbalahan dengan kumpulan bersih pada 9 Julai nanti. Bagi KJ dan Pemuda UMNO pula kita percaya anak buah KJ tetap bersiap sedia namun mereka tidak akan dapat menganggu kumpulan 'bersih' kerana pemuda UMNO bukanlah kumpulan yang seberani  dan seramai yang diharapkan, mereka ini biasanya cukup sekadar beraksi depan kamera dan tidak punya keberanian yang cukup sebagaimana beraninya mereka dalam tindakan untuk mendapat peluang rezeki dengan Kementerian.
Kita percaya pada hari tersebut PDRM lah yang menjadi dominen membuat perhimpunan dan menangkap kumpulan yang berhimpun. PDRM akan berjaya pada hari tersebut tapi sedikit kesilapan oleh PDRM tetap menjadi tumpuan dunia biarpun sebenarnya ahli 'bersih' sengaja minta ditangkap dan dipukul untuk menghalalkan tuduhan bahawa mereka teraniaya.

Khamis, 23 Jun 2011

Pakatan Ahzab... DAP menghina Sarawak.

Sebenarnya kita kena akui bahawa songkok itu bukan milik orang Islam sahaja kerana itulah parti PAS tidak ragu- ragu mendakwa songkok hanyalah budaya bangsa, PAS dengan jelas tidak suka memakai songkok, mereka melabelkan songkok adalah UMNO disebabkan itu PAS memilih kopiah untuk acara rasminya walaupun memakainya dengan persalinan baju Melayu menjadi tak kena tapi itulah PAS.. mereka melawan apa saja budaya UMNO manakala DAP pula masih menganggap songkok itu bercirikan Islam walaupun mereka tahu bahawa rakyat Indonesia yang berbilang agama memakai songkok dengan segak, India tidak mempersoalkan penggunaan songkok dikalangan atasan mereka, Russia pula menaikkan taraf songkok sebagai pakaian tentera dan acara rasmi begitu juga Nepal dan beberapa negara Eropah Timur.
Acara pembukaan persidangan Dun penggal pertama ke 17 telah membuka mata bukan saja rakyat Sarawak malahan juga seluruh rakyat Malaysia tetapi bagi sebahagian kaum cina perlakuan tidak memakai pakaian rasmi dewan untuk kesekian kalinya itu adalah kemenangan dalam menampilkan keangkuhan dan kuasa khasnya penyokong parti perkauman melampau DAP.
Perlakuan yang sangat tidak sensitif oleh 12 Adun DAP diketuai oleh Wong Ho Leng itu sepatutnya perlu di ambil perhatian oleh rakan PR terutamanya PAS yang sering mendabik diri sebagai parti pengamal Islam . Sebenarnya PAS adalah sebuah parti yang keliru dengan identitinya sendiri tetapi cukup berani mengharam dan mengkafirkan UMNO setaraf dengan ahli MCA dan MIC, PAS tidak segan silu mengiyakan pengakuan Lim Guan Eng menyamai Khalifah Umar Abdul Aziz, PAS boleh berdiam diri dalam kes – kes yang melibatkan penghinaan orang Islam sendiri semata- mata untuk menjaga hati rakan Pakatan Rakyat.
Hari ini sebuah negeri yang majoriti rakyatnya menganut agama selain Islam, negeri yang orang Melayunya minoriti tetapi diberikan kebijaksanaan oleh Allah hingga Berjaya menjadi ketua di Sarawak malangnya anugerah ini masih tidak lagi menimbulkan rasa bangga kepada PAS. Kebiadaban wakil rakyat pembangkang dari parti DAP sangat- sangat membuat kita rasa tercabar dan dihina bilamana semua semua wakil rakyat DAP tidak memakai pakaian istiadat dengan alasan bahawa pakaian bersongkok itu mempunyai ciri- ciri Islam. Timbul juga tanda tanya sejak bilakan DAP mementingkan agama dan jika ada apa agama yang ingin diperjuangkan mereka.. adakah Buddha, Tao, Kristian ataupun tidak beragama seperti Komunis.
Jika diterima alasan DAP itu sudah tentunya setiap rakyat tidak dapat lari dari pengaruh pakaian pelbagai agama dan bangsa termasuklah Adun Bukit Assek yang tidak menjaga susila itu. Bukankah selama ini semua Adun BN tidak menolak memakai pakaian beradat termasuklah oleh rakan mereka sendiri, rakyat tentu masih ingat tentang sambutan Tahun Baru Cina dan Yee Sang yang turut melibatkan semua pemimpin Malaysia termasuklah Menteri Besar Kelantan, benarkah dengan memakai pakaian bercirikan kecinaan menyebabkan pemakainya akan menjadi cina.
Dimanakah PAS sebagai rakan akrab dan kumpulan paling layak membuat teguran kepada DAP, mengapa DAP sahaja yang engkar sedangkan empat wakil rakyat PKR dan seorang wakil bebas tidak keberatan mengikut adat dan peraturan dewan. Kita juga kesal kerana kepimpinan DAP pusat tidak menegur atas sikap ahli mereka. Jika begitulah keadaannya kita tidak hairan mengapa PAS boleh mengorbankan matlamat Negara Islam yang menjadi asas penubuhan ianya tidak lain hanya disebabkan desakan DAP. DAP sebagai parti terjemahan PAP dari Singapura memang bencikan apa saja yang berkaitan dengan Islam walaupun ia cuma songkok.

Selasa, 14 Jun 2011

PAS bukan Islam..

Parti Islam Semalaysia sepatutnya disebut PIS tetapi entah mengapa ia terus dikekalkan sebagai PAS. Sepatutnya parti yang ditubuhkan oleh puak agama serpihan parti UMNO ini perlu jelas dari awal lagi bukan sahaja matlamat perjuangan tetapi juga jitu dalam menjenamakan nama parti.
PAS pada awalnya menjadi landasan perjuangan orang Melayu Islam mendapat sokongan meluas di kawasan majoriti Melayu di kampung -kampung akhirnya berjaya menembusi kawasan bandar dan disokong oleh berbilang kaum terutama kaum cina. PAS sudah nampak perubahan tanggapan oleh orang bukan Islam. 
Hari ini kita sudah biasa melihat pemimpin PAS memakai pakaian yang dulunya dikatakan tidak Islamik, meniru kafir dan memakai songkok bukan budaya orang Islam. Hari ini kemewahan dan harta dunia bukan lagi daki dan najis dunia kerana ianya perlu direbut oleh orang Islam, mencari harta dunia bukanlah bertentangan dengan ajaran Islam. Hari ini berkawan dengan bukan Islam tidak menjadi kesalahan sebagaimana haramnya UMNO-MIC-MCA satu masa dulu dan pelbaga lagi tuduhan semberono untuk menunjukkan bahawa hanya PAS yang mampu mentadbir sebuah negara Islam.
Semua itu kerana apa.. kerana inginkan sokongan rakyat, ingin berkuasa sedangkan UMNO pernah memberi peluang untuk membawa semangat Islam semasa bersama BN suatu masa dulu dan hingga kini UMNO tidak menolak untuk bekerjasama dengan PAS sekiranya PAS benar- benar ingin memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara tetapi sekiranya PAS menolak itu hanya keyakinan dan syok melampau parti PAS bersama PR yang terlalu yakin mengusai Putrajaya sebagaimana yakinnya Anwar Ibrahim merampas kerusi Perdana Menteri pasca pilihanraya 2008.
PAS sebenarnya tidak lagi perlu dihormati sebagai pengimbang kuasa yang membina untuk ummat Islam Malaysia, hanya UMNO yang akan muncul sebagai parti dominen yang mengutamakan melayu Islam.

Ahad, 12 Jun 2011

Red Warrior kalah final piala FA : Angkara angkuhnya PAS Kelantan..

Cubaan untuk membawa pulang piala FA ke Kelantan tahun ini gagal lagi selepas Red Warrior kecundang pada kali pertama ditangan Selangor dua tahun lalu, pada 2011 ini wira merah dikecewakan pula oleh Terengganu. Pada 2009 dulu kita turut berada di Stadium Bukit Jalil untuk melihat bagaimana pasukan yang dibentuk pertama kali oleh Tan Sri Annuar Musa melangkah pantas ke perlawanan akhir. Pada ketika itu  kain rentang memuji kejayaan Annuar Musa dibawa ke stadium dan berjaya ke perlawanan akhir pula adalah bonus yang cukup bermakna kepada negeri kelantan. 
Seperti juga respon kepada kekalahan pertama yang pernah kita suarakan dulu.. kali ini perkara yang sama juga masih berlaku kepada penyokong pasukan. Penyokong pasukan Kelantan masih bermain politik dan tetap dengan perlakuan kekampungan apabila masih membawa begitu banyak bendera PAS ke dalam stadium, memang diakui bahawa kerajaan itu diperintah oleh PAS tetapi penyokong yang tolol masih tidak faham dan tidak dapat menerima bahawa tulang belakang dan seluruh jentera pengurusan adalah pemimpin UMNO. Dalam mendidik penyokong agar hanya membawa bendera negeri sahaja ke stadium seolah tidak dipedulikan biarpun berkali- kali nasihat disuarakan oleh Annuar Musa tetapi perkara kurang cerdik itu terus juga berlaku seperti mendapat galakan oleh Nik Aziz sendiri.
Kalau pada kekalahan pertama dulu kita lantang mengatakan gelagat penyokong Kelantan turut menyumbang kepada kekalan itu, pada kali ini juga kita tetap mengatakan penyokong Kelantan tetap dengan perangai sama malahan kali ini kelakuan mereka mencampakkan mercun ke gol pasukan Terengganu adalah balasan tuhan untuk seluruh pasukan, kita berani mengatakan demikian adalah kerana gol yang dihasilkan pasukan penyu adalah dalam minit tambahan atas insiden mencampak mercun, itulah yang dikatakan 'hukum karma'.
Pada final 2001 ini juga masih banyak bendera PAS yang dibawa seolah- olah Red Warrior itu adalah jentera PAS hinggakan disudut mana pun kamera dihalakan akan kelihatan bendera hijau bulat berkibaran, di fikiran mereka perlawanan akhir ini antara Kelantan negeri PAS dan Terengganu negeri BN. Mungkin kita tidak mahu mempolitikkan kegembiraan Sultan Muhammad v yang nyata gembira bila Kelantan mendahului Terengganu tetapi kita bleh bayangkan begitulah juga perasaan Menteri Besarnya.
Nik Aziz dan kerajaan negeri juga sebenarnya begitu yakin kemenangan Kelantan sudah dalam tangan, perasaan yakin itulah menyebabkan beliau bersetuju memberikan cuti umum pada keesokkan harinya walaupun perlawanan belum dimulakan, kelam kabutlah sesetengan ibu-bapa yang kena berpatah balik bila dapat tahu asrama sekolah anak mereka meneruskan cuti sehari lagi hingga ada yang kena berpatah semula ke sekolah dan ada juga anak yang bersedih jika tidak diambil semula oleh keluarga.
Satu pengajaran barangkali juga kata orang kelantan 'pade denge muka puak- puak PAS Kelate' kerana jadi jaguh buta semangat kesukanan apabila membawa bendera hijau lumut dalam stadium, 'pade muka Nik Aziz' kerana tak jadi bersorak dan mengaku Red Warrior tu atas usaha beliau dan kerajaan negeri, 'pade muka Kerajaan negeri' sebab terlalu sombong bila awal- awal lagi dah bayangkan kemenangan dan beri cuti peristiwa. 
Satu tindakan yang amat matang dan jarang diperlihatkan oleh sultan atau raja negeri adalah reaksi Sultan Mizan yang bersahaja, tidak kelihatan sedikit pun kebangaan atau keriangan walaupun negerinya menang, mungkin juga kerana beliau meletakkan diri sebagai YDP Agong yang tidak boleh kelihatan memihak kepada mana- mana negeri biarpun seluruh keluarga beliau yang ada bersama tidak dapat menyembunyikan kegembiraan. Dan penyokong Terengganu pula tidak mengibarkan bendera BN walaupun negerinya dapat mengalahkan negeri yang dikuasai PAS jika itulah yang disimbolikkan.

Sabtu, 4 Jun 2011

Negeri Kecil Gua Musang di buli Kerajaan Kelantan..

Gua Musang satu- satunya daerah di Kelantan yang berjaya menampilkan personaliti sebagai negeri kecil di dalam negeri atau dengan kata lain sebuah Jajahan berdikari dan boleh menguruskan daerahnya sendiri dengan kawalan minima daripada pentadbiran negeri di Kota Bharu.
Gua Musang mempunyai rajanya sendiri yang juga mempunyai pengaruh dan kepatuhan rakyat yang ketara kepada setiap kata-kata dan kemahuannya, Tengku Razaleigh Hamzah sudah membuktikan bahawa beliau adalah raja di Gua Musang yang disayangi, beliau yang telah berkubu kuat di Gua Musang boleh membawa rakyatnya kemana sahaja yang diingininya. Dengan pengalaman menjadi ahli Parlimen Gua Musang selama 36 tahun iaitu bermula pada tahun 1974, Tengku Razaleigh mendapat kesetiaan yang tulen daripada masyarakat orang asli, dipertuan oleh orang Melayu dan dihormati oleh orang Cina yang ramai di Galas, dengan karisma yang dimiliki itu Tengku Razaleigh adalah aset penting kepada parti politik yang disertainya hanya semata- mata kerana rakyat bukan memilih parti tetapi memilih batang tubuh beliau.
Sebagai Parlimen yang sekian lama menjadi benteng terkuat kepada kerajaan pusat, Gua Musang mendapat perhatian yang istimewa dalam membangunkan kawasannya. Dengan adanya hospital, pasar raya, stesen keretapi, jalanraya yang dinaik taraf, balai polis yang lengkap, kem tentera yang strategik, masjid biru yang tersergam, agensi kemajuan tanah KESEDAR dan pelbagai kemudahan membolehkan Gua Musang menjadi wilayah yang penting dan boleh membangunkan ekonominya dengan cara tersendiri. Gua Musang juga boleh diibaratkan seperti sebuah negeri kecil yang bersatu dengan kemenangan tiga calon BN iaitu Nozula Mat Diah di Paloh, Mat Yusoff Ab Ghani di Nenggiri dan Ab Aziz Yusoff di Galas telah melengkapkan menteri kanan yang akan membantu Tengku Razaleigh mentadbir negeri kecilnya.
Rakyat Gua Musang sebahagian besarnya tidak memerlukan mereka ke bandar Kota Bharu atas urusan ekonomi atau berlibur, mereka boleh saja memilih Cameron Highlands, atau bandar bandar lain dinegeri Pahang dan beza masa yang tidak banyak sekiranya terus ke Kuala Lumpur, itulah antara keistimewaan Gua Musang yang berstruktur bukit batu kapur di Kelantan.
Namun langit tidak selalu cerah kepada negeri kecil Gua Musang, sudahlah sekian lama warganya merungut dengan kualiti komunikasi yang kurang memuaskan di zaman IT ini. Gua Musang juga terpaksa berhadapan dengan pentadbir dari Kota Bharu yang rancak mencabul hasil bumi dan hutan di Gua Musang. Tengku Razaleigh yang seolah hilang penaung selepas peralihan Kesultanan Kelantan yang kontroversi terpaksa mengerahkan semua menteri kanannya untuk menjadi benteng kepada serangan Menteri Besar dan kroni mereka menebang hutan, larikan balak, angkut tanah bukit dan membuka ladang sewenangnya. 
Orang asli Gua Musang sangat marah dan bersama menuntut penjelasan Menteri Besar atas pencerobohan yang melampau di Lojing oleh tauke- tauke cina dari negeri luar, mereka juga mempersoalkan peserta ladang rakyat yang terdiri daripada orang luar Gua Musang, rakyat Gua Musang semakin terancam dengan pembinaan kediaman yang mewah dan tidak mungkin disediakan kepada penduduk tempatan sekiranya harga sebuah banglo paling murah adalah RM1 juta dan rumah sebuah dengan keluasan 900 kaki persegi setinggi RM300 ribu iaitu satu jumlah harga yang menyamai lokasi terpilih di Kota Bharu.
Kemarahan rakyat Gua Musang kepada kerajaan negeri penaung di Kota Bharu adalah mesej yang jelas menggambarkan betapa rakyat Gua Musang marah dan dizahirkan dikertas undi setelah runggutan mereka tidak dipedulikan. Rintihan rakyat Gua Musang ini semakin mendapat simpati seluruh negeri, ia seharusnya menyedarkan Menteri Besar yang sedang tidur di Kota Darulnaim. 
Syarikat besar yang rakus membotakkan hutan Gua Musang bersama kroni, ahli parti PAS yang mengisi senarai peserta ladang rakyat, pengambilan tanah dan pembinaan kediaman untuk dijual kepada orang luar, hilang rasa hormat kepada Raja Gua Musang adalah antara perkara - perkara yang benar- benar membuat penduduk Gua Musang rasa dihina dan dikhianati oleh Kerajaan Kelantan.